Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

academic (28) aku bukan ustaz... (30) alam perkahwinan (8) as-sirat (4) Bola bulat (5) buka minda (74) intro (2) kata-kata (17) kisah aku (11) masa depan (44) muzik (10) Professional (6) random (89) spiritual dimensions (17)
Showing posts with label Professional. Show all posts
Showing posts with label Professional. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Kenapa memilih bidang Ukur Bangunan...?

Dalam beberapa waktu ini aku telah didedahkan dengan beberapa kenyataan yang aku telah dengar sejak zaman menuntut lagi. Kenyataan itu memaparkan kerisauan yang wujud dalam diri sesetengah graduan dan juga penuntut dalam bidang ukur bangunan (segelintir). Perkara ini mengingatkan aku kepada rilisan entri yang bertajuk Masa Depan Juruukur Bangunan (Building Surveyor) di Malaysia.

Lagu yang sama kedengaran sampailah ke hari ini. Namun pada aku, seiring masa yang terus berjalan....graduan demi graduan dalam bidang ukur bangunan terus dikeluarkan. Dari segi perkembangan kerjaya dalam bidang professional pula, graduan ukur bangunan berada dimana-mana dan mudah diterima pasaran semasa.

Yang menjadi permasalahan utama adalah keyakinan dalam diri graduan itu sendiri. Tinjauan mendapati graduan yang menghadapi kesukaran / kelewatan mendapat perkerjaan adalah disebabkan kerana mereka pasif dalam aspek komunikasi fizikal dan bahasa. Walaupun ada di kalangan graduan yang tamat dengan gred rendah, mereka masih mendapat tempat dalam pasaran oleh kerana memiliki merit komunikasi dan kesediaan menyahut cabaran dan peluang yang diberikan.

Perlu diingatkan sekali lagi, rezeki ada dimana-mana. Mungkin komen yang aku lontarkan dalam sebuah blog pelajar ukur bangunan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi. Komen tersebut berbunyi:


Alhamdulillah, 
Jarang sekali melahirkan graduan yang benar-benar faham hala-tuju BS di Malaysia seperti tuan blog ini. Saya sangat "respect" dengan keberanian tuan blog mengutarakan pandangan dan berkongsi idea dengan profession lain semasa di JKR (harap diteruskan). Bergraduasi sebagai juruukur bangunan dan kemudian bekerja dengan memegang jawatan juruukur bangunan bukanlah pencapaian kerjaya yang muktamad. 
Perlu difahami bahawa, walaupun anda tidak memegang jawatan juruukur bangunan namun secara tidak langsung setiap keputusan dan pendapat yang akan anda berikan adalah dari perspektif seorang juruukur bangunan.
Selagi anda bergelumang dengan bidang alam bina (built environment) anda tetap berperanan sebagai seorang juruukur bangunan (saya berandaian, tuan blog juga bersetuju dengan saya). Melainkan anda yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan kemudian berkhidmat sebagai pramugara/i, itu adalah diluar dari kebiasaannya.
### Ibarat orang Melayu yang berhijrah ke luar negara, sampai bila-bila dia akan tetap menjadi orang Melayu. Melainkan seseorang itu memutuskan untuk tidak menjadi Melayu, maka dia akan jadi "AMERIKA...!!!".
Irwan Mohammad Ali

Semoga segala kekusutan bakal terlerai. Tapi aku percaya, perkara ini akan terus muncul dan sedikit demi sedikit akan hilang ditelan masa. Masa yang berlalu justeru akan mendewasakan profesion ukur bangunan dan para graduan itu kearah yang lebih matang dan bersedia meyahut segala cabaran. 

Maaf andai anda tidak sependapat dengan aku. Aku membebel demi survival profesion yang mempunyai peluang yang sangat cerah ini. Aku bangga menjadi sebahagian warga ukur bangunan! Anda...?

*baca "Graduan" sebagai sesiapa sahaja yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan.


ur_whispers
Bersamalah kita mengembangkan profesion ukur bangunan...
melahirkan professional yang berdaya saing...! 
Reade more >>

Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia 2012: ATM VS Kelantan FA.....Selamat berjuang...!!!


Image courtesy: Harian Metro

Sisi Pengurusan pasukan & Pemain-pemain

Malam ini kita akan menyaksikan pertembungan antara dua pasukan terbaik dalam liga Malaysia (2012). Perjalanan pasukan ATM mungkin lebih dramatik jika dibandingkan dengan pasukan Kelantan FA yang menewaskan pasukan Selangor FA dengan aksi cemerlang di minit-minit terakhir perlawanan di Stadium Shah Alam.


Berdasarkan kepada aksi di peringkat separuh akhir, aku lebih terpesona dengan aksi pasukan ATM yang menunjukkan aksi yang sangat memberangsangkan. Mereka ada kelas yang tersendiri dan sudah pasti akan memberikan saingan yang sengit dalam merebut kejuaraan Liga Super Malaysia 2013 nanti...!

Tidak kurang hebat juga pasukan Kelantan FA yang dijangkakan akan mengalami sedikit perubahan dibahagian hadapan kerana beberapa penyerang utama mereka digantung setelah mengumpul dua kad kuning dan kad merah masing-masing. Apa yang pasti, selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan.

Fair Play....!


Sisi Penonton...

Aksi perlawanan akhir pada malam ini tidak akan meriah tanpa sokongan padu daripada penyokong setia pasukan masing-masing. Kemeriahan dan suasana gempita dalam stadium tidak akan wujud tanpa kehadiran mereka. Aku sebagai salah seorang peminat bola sepak juga sering kali menikmati suasana sedemikian.

Namun, aku ingin menarik perhatian semua dengan berkongsi beberapa perkara yang mungkin remeh pada pandangan segelintir....tapi sangat serius pada pandangan aku. Terlebih dahulu aku selitkan beberapa keratan akhbar online dan blog sukan bagi menerangkan situasi yang perlu diberikan perhatian serius.


Kes #1

Penonton maut di Stadium Shah Alam
Wednesday, October 13, 2010
Semalam, berlangsung perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam. Perlawanan berakhir 0-0. Tapi bukan itu yang nak diperkatakan. tapi, tindak-tanduk penonton yang aku nak perkatakan. Aku tak tengok perlawanan tersebut di stadium dan juga TV (tiada siaran langsung), tapi selepas perlawanan, kawan penulis blog, Meor ada bertanyakan aku tentang perlawanan tersebut.
"Bro? Ada orang mati ke kat Stadium Shah Alam?"
Selepas aku mendapat perkhabaran, aku terus mencari berita di ruang cyber. Hasilnya:
Menurut laporan dari sumber internet dan berita Nightline TV3, ada penyokong yang terbunuh ketika menonton perlawanan tersebut. Ada berita yang mengatakan seorang penyokong Kelantan terbunuh kerana sesak nafas kerana berhimpit di dalam stadium.
Ada pula yang berkata ada dua mangsa kematian. Satu sesak nafas. Satu lagi mati ditikam di luar stadium oleh peminat Selangor. Ada yang kata mati sebab kena belasah ramai-ramai. Masih menunggu pengesahan rasmi dari laman web rasmi KAFA.
Jadi, inikah sikap peminat bola sepak yang sanggup berbunuh. Bergaduh sampai berbunuh-bunuhan? Inikah tamadun manusia? Bila tak puas hati terus berbunuhan?
"Tapi penyokong Selangor yang mulakan semua ni."
"Ala.. Penyokong Kelantan pun sama je."
Ini bukan pasal siapa mulakan dulu. Tapi ini adalah rasional pemikiran manusia. tak kan sebab tengok bola sampai berbunuhan. Tujuan kita menonton permainan bola sepak ialah untuk menikmati pemainan tercantik dunia dengan semangat cintakan bola sepak, bukannya jadi si bebal yang sanggup berbunuh-bunuhan.
Memang kita tak dapat nak menafikan yang Selangor dan Kelantan memang seteru kuat dalam Liga Super Malaysia. Tapi, tak semestinya sampai nak kena bergaduh.
Liverpool dan Everton pun musuh ketat jugak. Tapi, penyokong mereka selamba boleh duduk sebelah-sebelah. Bileh berpelukkan sambil menyanyi. Sama juga dengan penyokong ManU dan Man City.
"Tapi, kau tulis dulu penyokong Celtic dengan Rangers bergaduh sampai masuk hospital. Apa cerita?"
Itu negara lain, ini Malaysia. Tak kan nak ikut semua budaya orang luar. Fikirkan ikut pemikiran yang matang, bukan ikut nafsu. Kebanyakan yang datang Stadium Shah Alam tu beragama Islam. So, fikir sendiri la.
Kita tengok bola sebab kita sayangkan pasukan kegemaran kita dan cintakan bola sepak. Kita berkawan dengan penyokong lawan, bukannya gaduh berbunuhan. Apa yang tinggal pada bola sepak kalau semua peminat bermusuhan dan berbunuhan. Jangan sampai permainan bola sepak mati bersama-sama peminatnya. Jangan bunuh jiwa bola sepak.
Apa-apa pun salam takziah buat keluarga magsa dan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.
Kredit gambar:Facebook Nurul Fatiha - Bekas gimnas Malaysia & Pengulas sukan RTMPortal Rasmi KAFA
Sumber 



Kes #2
PARAH...Jazimin yang  disahkan buta mata kanan ditemani ibunya di PPUM, semalam.
PARAH...Jazimin yang disahkan buta mata kanan ditemani ibunya di PPUM, semalam.

Buta angkara penonton
Oleh Muhammad Apendy Issahakapendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.
Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.
Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.
“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.
“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/08/01


Kes #3

Ajal ketika tengok bola
Oleh RIADZ RADZI dan MOHAMAD NAUFAL MOHAMMAD IDRIS
am@hmetro.com.my
SOLAT... ahli keluarga dan rakan menunaikan solat jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
SOLAT... ahli keluarga dan rakan menunaikan solat jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
KLANG: “Ketika pasukan Kelantan menyerang, semua penyokong bersorak tapi saya lihat dia hanya duduk diam sebelum tiba-tiba rebah,” kata Nik Mohd Eppendi Nik Yaacob, 46, rakan Suharto Abdullah, 45, penyokong Kelantan yang meninggal dunia ketika sedang menonton perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Malaysia dengan Selangor di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
Nik Mohd Eppendi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, iaitu pada minit ke-63 perlawanan, rakannya tiba-tiba menjadi tidak bermaya menyebabkan dia segera memangku bahagian belakang badan Suharto daripada rebah mengenai penonton lain yang duduk di belakangnya.
“Waktu itu pasukan Kelantan sedang hebat mengasak dan semua penyokong bersorak. Kebanyakan penonton berdekatan tidak menyedari kejadian itu sebelum saya menjerit meminta tolong. Beberapa penonton kemudian membantu mengusung arwah yang sesak nafas ke tingkat bawah tempat duduk penonton stadium berkenaan,” katanya.
Katanya, mereka kemudian meminta bantuan anggota polis di situ sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Shah Alam menggunakan van milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagaimanapun, Suharto disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan pada jam 10.50 malam dipercayai akibat serangan jantung sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk bedah siasat.
Menceritakan kejadian itu, Nik Mohd Appendi berkata, dia bersama Suharto dan seorang rakan dikenali sebagai Mat Yaacob menaiki penerbangan Firefly dari Kota Bharu jam 3 petang kelmarin sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, kira-kira sejam kemudian. Mereka kemudian dijemput seorang lagi rakan dengan teksi untuk ke Stadium Shah Alam.
“Sepanjang bersama arwah semalam (kelmarin), dia nampak sihat dan ceria, malah begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Sebelum masuk ke stadium kira-kira jam 7.30 malam, kami berdua sempat membeli beberapa helai jersi pasukan Kelantan dan makan malam,” katanya.
Nik Mohd Eppendi berkata, sebelum memasuki stadium, Suharto yang juga ejen insurans sempat ditemubual kru sebuah stesen televisyen mengenai peluang Kelantan dan dia dengan bersemangat mengatakan Kelantan akan menang.
Katanya, sepanjang separuh masa pertama perlawanan, Suharto juga bersemangat dan bersorak bersama ribuan penyokong Kelantan serta tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesihatannya terganggu.
“Ketika perlawanan berehat, arwah pergi membeli minuman di tingkat bawah dan sebaik perlawanan separuh masa kedua bermula, saya mula lihat arwah tidak lagi bersorak dan hanya duduk diam,” katanya.
Sementara itu, isteri Suharto, Mazlina Othman, 43, berkata, suaminya penyokong setia skuad The Red Warriors dan tidak pernah ketinggalan menonton aksi pasukan itu di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14



Kes #4

FAM denda Kelantan RM40,000
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH18 Oktober 2012
Datuk Taufik Abdul Razak
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), yang menyasarkan gelaran ketiga musim ini, hari ini dikenakan denda RM40,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kesalahan penyokongnya membaling botol ke dalam padang, akhir Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, kesalahan ini dilakukan oleh penyokong Kelantan ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang dekat Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu.
Ketika pasukan itu bertemu pada saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan.
Kedua-dua pasukan itu bertemu semula pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
“Tindakan segelintir penonton yang membaling botol air ke padang menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan kira-kira 17 minit sebelum disambung semula.
“Jadi, hukuman denda RM40,000 dikenakan kepada Kelantan dan mereka tidak dibenarkan merayu," kata beliau pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Tambah Taufik: "Kelantan ada menghantar Borang B (tidak mengaku bersalah) atas tuduhan namun mereka lewat dua hari selepas tarikh tamat mengemukakan bantahan."
Selain Kafa, Taufik turut menjelaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa),  dan Persatuan Bola Sepak Sarawak turut dikenakan hukuman denda atas kesalahan kelakuan penonton.
"Pafa dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan penonton membakar roket sejurus nyanyian lagu Negaraku, membaling botol air ke atas penolong pengadil dan ke dalam padang.
“PBSNT pula  menerima denda RM10,000 kerana tindakan penyokong membaling botol di atas padang,” katanya sambil menambah:
"Manakala PBNS dikenakan hukuman denda RM5,000 atas kesalahan membaling sos cili ke atas padang dan juga penolong pengadil.
"Sarawak pula dikenakan denda 1,000 atas kesalahan menggunakan mercun," jelas beliau lagi.
Sumber


Rumusan

Ini adalah berdasarkan apa yang disiarkan oleh akhbar serta blogger sukan tempatan. Menurut kajian yang aku jalankan sekitar tahun lepas (Musim Liga Malaysia 2011). Permasalahan yang di"bold"kan di atas memang jelas berlaku di Malaysia. Kajian yang lebih mendalam perlu diteruskan bagi mencari solusi yang sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan fasiliti di stadium, persatuan-persatuan bolasepak negeri, kelab penyokong (para ultra's team masing-masing) dan FAM sendiri. Pihak-pihak yang berwajib perlu duduk berbincang dan berkongsi idea dalam memajukan sukan bolasepak negara dengan budaya yang sihat.


Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian serius adalah:


  1. Tahap kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk utama bagi mengekang kemasukan bahan-bahan terlarang seperti mercun ke dalam stadium (Irwan M. A., 2011);
  2. Pelan pengosongan bangunan (building evacuation plan) persediaan bagi sebarang bentuk kecemasan, dan dapat bertindak dengan pantas dan berkesan (Irwan M. A., 2011);
  3. Penempatan pasukan perubatan khusus untuk penonton dan tidak terhad hanya kepada pemain di dalam padang sahaja (Irwan M. A., 2011);
  4. Penguatkuasaan / kawalan tindak-tanduk penonton bagi membendung "keganasan" bolasepak (Irwan M. A., 2011);
  5. Penglibatan agensi luar seperti FRU, RELA, pasukan perubatan dan lain-lain perlu ditingkatkan (Irwan M. A., 2011);
  6. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di dalam stadium di kalangan penonton dengan memberi maklumat lengkap tentang aspek keselamatan seperti laluan kecemasan dan tempat berkumpul semasa kecemasan (Irwan M. A., 2011).   


Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan...!
Selamat menikmati perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2012...!
Jaga Keselamatan anda di dalam stadium...!
Jaga Akhlak...!


ur_whispers
Reade more >>

Friday, October 19, 2012

Alkisah banglo runtuh di Seksyen 7 Shah Alam














ANGGOTA bomba melihat bumbung konkrit yang runtuh hingga mengakibatkan seorang buruh maut manakala tujuh lagi cedera di Shah Alam semalam.



Mati dihempap konkrit 40 tan


SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.
Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.
Ekoran runtuhan itu, kesemua mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.
Difahamkan, banglo enam bilik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.
....................................................................................

Ulasan aku:


Pemilikan aset dalam bentuk property dewasa ini merupakan suatu keperluan yang sangat penting. Boleh jadi ianya mempunyai potensi yang sangat besar untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Sudah menjadi budaya di bandar-bandar utama di Malaysia, pembangunan kawasan kediaman yang pesat memungkinkan perkembangan yang drastik bagi sesebuah bandar itu. 

Suntingan akhbar online di atas (Sumber) amat menarik perhatian aku tentang kajian yang aku telah jalankan sekitar tahun 2010 dulu. Dalam kajian itu, aku memberi tumpuan kepada kesan/impak anjakan bangunan (building extension/modification) terhadap kawasan kejiranan perumahan teres kos rendah. Tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku semalam. Isunya tetap sama, "kegilaan dalam bentuk keinginan atau mungkin keperluan" masyarakat bandar membuat anjakan bangunan.

Apa yang menarik menjadi persoalan dan kerisauan sepanjang pemerhatian aku (anda juga mungkin berfikiran yang sama) adalah:

  1. Menurut laporan media (setakat ini), tidak ada bukti yang menunjukkan terdapatnya penyelia tapak (yang bertaraf kompeten) menyelia kawasan projek anjakan berkenaan;
  2. Aku juga mungkin berani menyatakan disini, spesifikasi yang disediakan bagi tujuan anjakan bangunan ini tidak dijalankan secara profesional. Boleh jadi, spesifikasi dan semua kerja-kerja berkaitan teknikal 100% diserahkan kepada tenaga kerja berkenaan (buruh Indonesia - Takziah kepada yang maut dan cedera).
  3. Kegagalan struktur menampung beban konkrit bernilai "40 tan" (mungkin anggaran kasar media).
  4. Apakah kajian lanjutan yang akan dilakukan oleh pihak KPKT, MBSA, dan badan yang berkaitan...? 
  5. Selain daripada menghantar pasukan penyelamat BOMBA, ambulans, SMART team, POLIS,......amat penting untuk melibatkan pasukan penyiasat / forensik bangunan yang terdiri daripada pakar-pakar berkenaan dengan kondisi bangunan terlibat serta dalam menilai punca kejadian. Mungkin pihak berkenaan perlu menubuhkan pasukan berkenaan yang terdiri daripada jurutera bangunan, jurutera struktur dan juruukur bangunan yang mempunyai kepakaran dalam bidang bangunan dan kawalan bangunan.
  6. Ehhhh....Pengerusi SPR kita berjiran dengan rumah (disebut sebagai mangsa) rupanya....


ur_whispers
Semoga ALLAH SWT merahmati mangsa runtuhan
mereka adalah saudara kita dari seberang 
yang berusaha mencari rezeki yang halal


Reade more >>

Thursday, February 24, 2011

Fikiran Random Februari 2011

Minggu ini merupakan antara minggu yang cukup mencabar. Fizikal berada dalam keadaan normal, namun tahap pemikiran sedang diuji dengan cukup hebat. Semuanya berkaitan pengurusan masa yang baik. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dan susun dengan sebaik mungkin. Antara perkara yang berlegar-legar dalam benak aku yang waras adalah:


  • Tahniah buat Noor Hafzam Kamarudin kerana mendapat berita yang sangat menggembirakan. Berita menggembirakan itu juga sangat menggembirakan aku. Terima kasih kerana menunggu satu lagi berita yang akan menggembirakan semua orang dengan penuh kesabaran.

  • Kertas kerja lawatan akademik untuk pelajar Master of Science in Facilities Management ke luar negara perlu disiapkan dan diusulkan secepatnya. Cadangan negara yang ingin dilawati adalah seperti Hong Kong, China (Beijing), Korea (Seoul), Australia. Tapi semua ini bergantung kepada kos perbelanjaan yang akan dianalisa kemudian. Sedang dalam proses...!!!

  • Aku telah menghantar abstrak satu research paper ke 2nd International Conference on Building Control yang akan berlansung pada bulan Jun nanti. Bermakna, bermula sekarang aku kena menyiapkan full manuscripts dalam tempoh terdekat ini. Aku boleh...!!!

  • Para pelajar postgraduate Master of Science in Facilities Management semester 2 (full time/part time) dan semester 3 (part time) telah selesai defense research proposal masing-masing. Selamat berperang dengan minda...!!!

  • Assignments juga semakin banyak yang perlu disiapkan. Emmmm enaknya...!!!

  • Aku telah mendapat email yang memaklumkan bahawa, pihak Head of Programme AP779 (Master of Science in Facilities Management) Assoc. Prof. Sr. Dr. Hj. Ahmad Ezanee Hashim dengan bantuan Puan Zarina Isnin sedang merancang sebuah program khas (professional/technical talk) dengan seorang jemputan  dari Berlin,  Prof. Dr. habil. Michael May (University of Applied Sciences Berlin). Program ini dijangka akan berlangsung pada 4hb Mac 2011 di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam. Tajuk yang akan disampaikan adalah "Sharing Experience on Facilities Management and Engineering Practices in Germany". Untuk sebarang maklumat lanjut nanti aku akan maklumkan.

(ur_whispers)
i'm falling love with u...
again......and again...
Reade more >>

Tuesday, February 1, 2011

Masa Depan Juruukur Bangunan (Building Surveyor) di Malaysia





(ur_whispers)

tahniah kepada yang memperjuangkan....
bukanlah mudah untuk sampai ke tahap ini....
semoga tercapai hajat untuk sampai ke tahap itu...!!!
Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...