Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

Sunday, March 20, 2016

Perjalanan Ph.D aku bermula di sini...!

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, aku kembali menulis.

(Posting terakhir aku bertarikh 22 Okt 2012, wowww agak lama juga blog ini bersawang..!)


Source



Bermula pada 4 Mac 2016 yang lalu, maka bermulalah perjalanan kehidupan aku yang baru sebagai pelajar Ph.D in Design & Built Environment (Mixed Mode). Aku kini berstatus anak sepenuh masa, suami sepenuh masa, ayah sepenuh masa, pensyarah universiti sepenuh masa, pelajar Ph.D sepenuh masa dan yang paling penting hamba Tuhan sepenuh masa.

Tiga minggu pertama kuliah yang agak padat. Tapi aku positif dan seronok dengan situasi ini (buat masa ini lah...hehehe). Alhamdulillah, aku sedang berusaha untuk lebih menghargai masa yang diberikan bersama keluarga, sahabat-sahabat seperjuangan Ph.D dan tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Ada banyak perkara yang ingin aku kongsikan berkenaan mod pengajian yang sedang aku jalani. Mod sebegini sangat membantu aku memahami proses research itu secara lebih tersusun dan terancang. Seronok. Menarik. 

Doakan aku dapat menempuhi perjalanan ini dengan tabah dan terus positif...! AMIN..


Source



Reade more >>

Monday, October 22, 2012

Kehidupan bergelar seorang pelajar

02 Oktober 2012 - Seri Iskandar. Usai Maghrib tadi aku singgah sebentar withdraw cash at ATM. Seorang student tengah cek balance, skrin menunjukkan hanya ada berbaki RM18 sahaja lalu beliau berlalu dengan rasa penuh kecewa. Jelas kesedihan terpancar sambil menundukkan kepala.

Tersentuh rasa melihat situasi itu. Perasaan itu datang kerana aku juga pernah melalui situasi yang sama. Semoga dia tabah dan bersabar mengharungi semua itu. Inilah yang dinamakan sebagai sebuah perjalanan kehidupan. Mungkin dengan setiap kesusahan yang menimpa akan lebih mematangkan seseorang itu.


ur_whispers
kehidupan ini sebuah pelajaran....
belajarlah hidup daripada kesusahan....
kesusahan itu akan mematangkan diri....

Reade more >>

Kenapa memilih bidang Ukur Bangunan...?

Dalam beberapa waktu ini aku telah didedahkan dengan beberapa kenyataan yang aku telah dengar sejak zaman menuntut lagi. Kenyataan itu memaparkan kerisauan yang wujud dalam diri sesetengah graduan dan juga penuntut dalam bidang ukur bangunan (segelintir). Perkara ini mengingatkan aku kepada rilisan entri yang bertajuk Masa Depan Juruukur Bangunan (Building Surveyor) di Malaysia.

Lagu yang sama kedengaran sampailah ke hari ini. Namun pada aku, seiring masa yang terus berjalan....graduan demi graduan dalam bidang ukur bangunan terus dikeluarkan. Dari segi perkembangan kerjaya dalam bidang professional pula, graduan ukur bangunan berada dimana-mana dan mudah diterima pasaran semasa.

Yang menjadi permasalahan utama adalah keyakinan dalam diri graduan itu sendiri. Tinjauan mendapati graduan yang menghadapi kesukaran / kelewatan mendapat perkerjaan adalah disebabkan kerana mereka pasif dalam aspek komunikasi fizikal dan bahasa. Walaupun ada di kalangan graduan yang tamat dengan gred rendah, mereka masih mendapat tempat dalam pasaran oleh kerana memiliki merit komunikasi dan kesediaan menyahut cabaran dan peluang yang diberikan.

Perlu diingatkan sekali lagi, rezeki ada dimana-mana. Mungkin komen yang aku lontarkan dalam sebuah blog pelajar ukur bangunan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi. Komen tersebut berbunyi:


Alhamdulillah, 
Jarang sekali melahirkan graduan yang benar-benar faham hala-tuju BS di Malaysia seperti tuan blog ini. Saya sangat "respect" dengan keberanian tuan blog mengutarakan pandangan dan berkongsi idea dengan profession lain semasa di JKR (harap diteruskan). Bergraduasi sebagai juruukur bangunan dan kemudian bekerja dengan memegang jawatan juruukur bangunan bukanlah pencapaian kerjaya yang muktamad. 
Perlu difahami bahawa, walaupun anda tidak memegang jawatan juruukur bangunan namun secara tidak langsung setiap keputusan dan pendapat yang akan anda berikan adalah dari perspektif seorang juruukur bangunan.
Selagi anda bergelumang dengan bidang alam bina (built environment) anda tetap berperanan sebagai seorang juruukur bangunan (saya berandaian, tuan blog juga bersetuju dengan saya). Melainkan anda yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan kemudian berkhidmat sebagai pramugara/i, itu adalah diluar dari kebiasaannya.
### Ibarat orang Melayu yang berhijrah ke luar negara, sampai bila-bila dia akan tetap menjadi orang Melayu. Melainkan seseorang itu memutuskan untuk tidak menjadi Melayu, maka dia akan jadi "AMERIKA...!!!".
Irwan Mohammad Ali

Semoga segala kekusutan bakal terlerai. Tapi aku percaya, perkara ini akan terus muncul dan sedikit demi sedikit akan hilang ditelan masa. Masa yang berlalu justeru akan mendewasakan profesion ukur bangunan dan para graduan itu kearah yang lebih matang dan bersedia meyahut segala cabaran. 

Maaf andai anda tidak sependapat dengan aku. Aku membebel demi survival profesion yang mempunyai peluang yang sangat cerah ini. Aku bangga menjadi sebahagian warga ukur bangunan! Anda...?

*baca "Graduan" sebagai sesiapa sahaja yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan.


ur_whispers
Bersamalah kita mengembangkan profesion ukur bangunan...
melahirkan professional yang berdaya saing...! 
Reade more >>

Friday, April 13, 2012

Sudah lama tidak menulis...!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang...

Agak terlalu lama untuk aku berpeluang menulis. Banyak perkara yang berlegar-legar dalam ingatan, namun sukar untuk difahami dan diamati. Aku berharap, melalui penulisan yang berterusan ini segala perkara yang berlegar-legar itu dapat dikongsi bersama. Berbekalkan semangat yang mula bercambah ini, aku ingin menulis dan terus menulis. Semoga Allah SWT memberikan aku dan semua yang aku sayangi dalam kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan. Tidak dilupakan juga doa dan sepenuh kasih sayang aku titipkan khas buat isteriku yang ketika ini berada dalam tempoh yang sangat-sangat mendebarkan menanti perubahan demi perubahan menanti cahaya mata. Semoga dipermudahkan semuanya.


Teduhkanlah hatiku
Lelahkanlah jiwaku
Duhai engkau cahaya mataku
Yang menuntun jalanku
Yang memandu hidupku
Yang meredupkan pedih penatku
Tersenyumlah.....Bahagialah....
Sungguh engkau
Yang melumpuhkan hatiku
Yang melipurkan rinduku
Senyuman itu menyenangkan aku

Lyric by: Padi


Aku mohon agar kalian mendoakan yang terbaik buat kami.

(ur_whispers)
masa terus berlalu
lalu aku melayang tinggi
kadang terlontar jauh
kadang terdampar semula
tersentak, tersedar, bangunlah!
Reade more >>

Thursday, November 10, 2011

Dari Lembaga Padi ke Seluruh Dunia....

Dimana aku...?


Sejak aku dibangku sekolah lagi, rakan-rakan dan aku sendiri sering ditanya tentang persoalan masa depan.
Ada yang bersemangat berkata "AKU NAK JADI POLIS", "AKU NAK JADI DOKTOR" dan bla...bla..bla.. Walaupun pada hakikatnya dengan umur yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa ketika itu, masing-masing memasang angan-angan sedemikian.

Kalau jadi doktor rambut kena macam ni ke...?


Tahun silih berganti dan aku beranjak dewasa. Ada ketikanya aku akan tergelak sendiri mengenangkan saat dibangku sekolah. Setiap kali aku ditanya tentang cita-citaku, maka setiap kali itu juga cita-citaku berubah. Adakalanya aku bercita-cita nak jadi BOMBA, ARKITEK, JURUTERBANG, dan yang paling mengejutkan cikgu dengan bangganya aku pernah bercita-cita nak jadi BURUH KASAR sebab semua profesion orang lain dah sebut (terbeliak mata cikgu mendengarkannya!).


Dulu pernah terpikir nak join diorang ni...


Dari sekolah rendah (UPSR) kemudian ke sekolah menengah (PMR dan SPM), lalu aku teruskan dengan Sijil, Diploma dan Ijazah. Tanpa mengenal erti penat (walaupun otak dah penat!) aku teruskan sehinggalah ketahap ini (Master)! Tahap seterusnya, INSYALLAH PhD.


Insyallah....dari Lembaga Padi ke seluruh Dunia! 


Aku punya prinsip, bila kita minta dengan penuh kesabaran INSYALLAH, DIA akan bagi. Alhamdulillah, aku daripada seorang budak kampung yang tidak mempunyai apa-apa kini aku mampu membuat ibu dan bapa merasa bangga mempunyai anak seperti aku! Bukan kekayaan yang aku cari, tapi ketenangan dan kebahagiaan bersama dengan semua orang yang aku sayangi. Kerana aku tahu harta, pangkat, darjat bukanlah segala-galanya. Tanpa semua ini kita masih tetap akan bahagia selagi DIA bersama kita.

Walau perit sekali pun hidup ini, 
Walau nikmat sekali pun hidup ini,
Ingatlah semua ini hanyalah pinjaman dan sementara sahaja,
Apa yang kekal hanyalah "bekal" untuk hari kemudian.

Semoga kita semua persiapkan bekalan yang sebaiknya!


Perjalanan harus ditempuhi dengan sabar dan tabah...!

(ur_whispers)
kejayaan bila kita dapat mentaati segala perintah Allah SWT,
mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
Reade more >>

Friday, September 9, 2011

Aku terima nikahnya (Part-1)

31 Ogos 2011 / 2 Syawal 1432

Perjalanan Klang - Damansara - Besut, Terengganu...







1 September 2011 / 3 Syawal 1432


Santai di petang hari...



















bersambung.....

2 September 2011 / 4 Syawal 1432

Peristiwa di pagi hari....?

Peristiwa di petang hari....?




(ur_whispers)
jauh perjalanan luas pemandangan....
Reade more >>

Monday, May 23, 2011

Coretan Penghujung Mei...

Arrrgggghhhh...
Sudah lama kiranya aku tidak menulis.
Seminggu yang lalu aku telah luangkan sedikit masa untuk berehat.
Setelah hari, minggu, bulan yang panjang berlalu dengan segala tugasan.
Alhamdulillah hanya dengan berkat perkenan dari Allah SWT aku dapat langsaikan semuanya.
Kini aku ada misi penting yang perlu dilaksanakan.

Misi apakah itu...?
Ketika ini apa yang boleh aku katakan adalah....aku perlu menyiapkan Thesis Master aku dengan segera...hahaha (kemalasan melanda....adusss)
Ya, dengan kadar yang segera.
Sebabnya ada misi yang lebih besar perlu dilalui.
Insyallah kita semua akan melaluinya.

Doakan aku agar semuanya berjalan lancar.
Amin.

(ur_whispers)
Laut Cina Selatan luas terbentang...
Namun itu bukan penghalang...
Untuk aku mengenalimu...
Sungguh hatiku telah ditawan olehmu...!!!


Musim berubah namun sentiasa begini...
Tidak jemu terus menanti...
Sungguh jauh pemandangan ini...
Namun dalam ramai cuma satu yang menawan hati...!!!
Reade more >>

Thursday, April 21, 2011

Antara usia dan realiti

Pejam celik, pejam celik...usia semakin meningkat.
Adakah aku sudah "merasa cukup" dengan pencapaian setakat ini...?
Itu aku kena jawab dengan jujur dalam diri sendiri.
Semakin usia aku beranjak sedikit demi sedikit, dalam tempoh itu juga tidak putus-putus rahmat dari-NYA.

ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH......

Namun, tidak cukup sekadar ucapan.

Hari ini usia aku meningkat lagi. semalam angka 26 yang terakhir.
Hari ini angka berubah kepada 27 pula.
Tidak banyak bezanya, aku yang 27 tetap aku yang 26. INSYALLAH.
Dari tidak mempunyai apa-apa, aku dibelai manja oleh ibu dan ayah.
Mereka banyak berjuang dalam hidup untuk aku dan yang lain.
Terima kasih kepada mereka, Anugerah Kasih Sayang Sepanjang Hayat hanya untuk mereka.

Aku dibesarkan dengan didikan yang sebaik mungkin. Hasil usaha mereka dan iltizam dari aku.
Alhamdulillah, dengan itu aku berada ditahap ini. Ya, hari ini pada angka 27.
Setiap yang memandang, mendengar, menerobos pasti akan tahu perjalanan aku sampai ke tahap ini.
Bagi mereka mungkin aku hanya mensia-siakan masa.
Mungkin juga bagi mereka aku adalah antara orang yang berjaya dalam hidup.
Oh mungkin juga. Tapi pada pandangan mereka.
Oh ya...Semua itu berlaku pada angka 27 hari ini.


Dalam angka ini juga aku telah megenali seseorang.
Cukup sesuai dipikirkan untuk menjadi teman hidupku.
Semoga dia sentiasa menemani dan memahami aku selalu.
Semoga semuanya berjalan lancar.


Namun....
Oh namum adakah itu bermakna dalam realiti kehidupan sebenar...?
Mungkin juga.
Semoga pada angka 27 ini ALLAH SWT menerima segala amal dan usaha yang aku lakukan.
Kerana dalam tempoh aku menuju angka 27 ini, tidak ada nilainya jika aku tidak dalam redha-NYA.
Semua kertas yang diagung-agungkan manusia tidak ada nilainya jika itu benar-benar berlaku.
Aku hanya mengharap redha-NYA.
Semoga kita semua sentiasa mendapat redha-NYA.
Di dunia yang serba mencabar ini dan akhirat yang penuh dengan segala penghisaban.

Selamat buat diriku pada usia 27 hari ini.
Semoga kehidupan realiti selepas kehidupan dunia ini aku dan kita semua juga selamat.


27
DUA PULUH TUJUH

(ur_whispers)
Ooo ALLAH selamatkanlah aku...
Ooo ALLAH selamatkanlah semua orang yang aku sayangi....
Ooo ALLAH selamatkanlah kami semua....
Redha-MU yang kami harapkan.....
Antara usia dan realiti...
Reade more >>

Friday, April 1, 2011

Hanya Tinggal Kenangan (1970-an - 2011)

Masa kecil-kecil dulu selalu lepak dengan kawan-kawan. Duduk bersahaja bercerita tentang hal di sekolah. Bila cerita tentang sekolah bukan ilmu pengetahuan yang didiskusikan, "budak mana...?"....."apa lagi....jangan kasi lama..."...itu adalah antara perkara yang selalu kedengaran.

Namun itu semua cerita lalu dan kini hanyalah tinggal kenangan. Yang baik jadikan iktibar, yang buruk jadikan teladan. Walaupun orang mengenali Kampung Lembaga Padi dengan bermacam-macam benchmark. Tetapi sebagai warga sejati kampung ini, aku merasa bangga kerana disitulah aku bermula.

Dari seorang budak kampung, sehinggalah ke satu tahap di mana aku berada ketika ini. Juga merasa bangga dengan kejayaan warga kampung yang sentiasa berusa mengubah nasib menjadi lebih baik. "Saya merasa bangga dengan kejayaan sahabat-sahabat semua, kerana anda juga adalah warga LPN...!"

Dari kampung ini lahir bermacam-macam perwatakan. Dari yang putih sehinggalah yang hitam. Tidak perlulah diungkapkan disini, sebab yang putih juga bisa berubah menjadi hitam lalu yang hitam juga bisa luntur menjadi putih. Kitalah yang akan menentukan nasib kita masing-masing. Teruslah berusaha mencari warna hidupmu, dan jangan jemuh merasa takut dan harap pada-NYA.

Bercerita tentang kampung yang kini hanyalah tinggal kenangan, walau dimana berada ikatan akan tetap wujud antara setiap warga. Sebagai ingatan dan kenangan bersama gambar-gambar berikut mungkin akan dijadikan sebagai pengubat rindu, bahan cerita kepada anak-anak, cucu cicit dan susur galur keturunan.

Mungkin akan terus dikenang untuk 1000 tahun yang akan datang.














Suddenly....

















All photos credit to: 


sebagai penutup al-kisah hayati lagu ini.....

Ujung Aspal Pondok Gede
by: Iwan Fals


Di kamar ini aku dilahirkan

Di balai bambu buah tangan bapakku
Di rumah ini aku dibesarkan
Dibelai mesra lentik jari ibu



Nama dusunku ujung aspal pondok gede
Rimbun dan anggun ramah senyum penghuni dusun



Kambing sembilan motor tiga bapak punya
Ladang yang luas habis sudah sebagai gantinya



Sampai saat tanah moyangku
Tersentuh sebuah rencana dari serakahnya kota
Terlihat murung wajah pribumi
Terdengar langkah hewan bernyanyi



Di depan masjid samping rumah wakil pak lurah
Tempat dulu kami bermain mengisi cerahnya hari
Namun sebentar lagi angkuh tembok pabrik berdiri
Satu persatu sahabat pergi dan tak akan pernah kembali


.........................


Satu persoalan kepada semua:

Setelah ini semua berlaku, perlukah kita berterima kasih pada pembangunan....?
Nampak gayanya pembangunan hanya meminggirkan masyarakat....
Kisah ini adalah salah satu daripada ribuan kisah yang melanda di serata dunia....

Bila tiba musim pilihanraya kita dicanangkan dengan pembangunan....
Lalu semua warga bersorak...

Setelah pilihanraya berlalu kita terpinggir kerana pembangunan....
Lalu semua warga bersedih....

Terima kasih kepada yang "perihatin" dengan nasib warga ini....
Setiap warga akan kenang setiap "jasa" itu...


(ur_whispers)
semoga berjumpa lagi....
kisah masa lalu untuk tatapan generasi masa hadapan...

Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...