Kepada peminat-peminat scene metal di Kota Kinabalu Sabah, kemunculan band As-Sirat merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Namum sedikit kekecewaan terpancar dari lubuk hati ini kerana aku sendiri tidak dapat bersama-sama dengan rakan seangkatan disebabkan komitmen ketika ini. Adalah menjadi harapan aku untuk beraksi bersama dengan anggota asal band As-Sirat. Walaubagaimanapun, selamat beraksi buat rakan-rakan yang lain, Pejal, Nedi, King, Sainal, Mike dan yang menggantikan posisi kami yang berada diseberang ini. Masuk waktu solat, tunaikan dahulu sebentar. Say No To Drugs, Alcohol, Violence, Free Sex!!!
Band ini ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada tahun 1999. As-Sirat bermula dari gabungan idea antara line-up asal band ini yang terdiri daripada Wan (vokal), Din (gitaris), Faizal (gitaris), Yadi (bassis) dan Ed (drum); di mana pada ketika itu mereka merupakan rakan sekolah. Terarah kepada jenis muzik yang berkonsepkan Melodic Black/Death Metal adalah merupakan deria sensitif mereka. Genre Metal di Kota Kinabalu pada ketika itu banyak mempengaruhi perkembangan band ini. Pengalaman beraksi bersama band terkenal (Demizer, Astagnigrat, Manggas, Perpetual, Kilatus, Mistik, etc) dalam scene Metal di Sabah dan Malaysia umumnya telah banyak mempengaruhi persembahan mereka di atas pentas.
Pada tahun 2001, band ini telah membuat transformasi yang besar dan memberi impak kepada scene Metal di Sabah dengan membawa masuk King (keyboard) dan Jay (gitaris) sebagai line-up tambahan serta Kins (gitar sessionist) yang terlibat secara langsung dengan perkembangan band ini. Sepanjang penglibatan mereka, mereka hanya berkesempatan meriliskan sebuah Demo yang berjudul “As-Sirat: Spiritual Dimensions” pada tahun 2003. Dalam demo ini mereka telah memuatkan 3 buah lagu yang telah menaikkan nama mereka seperti "The Crusade Warrior", "Whisper Of Silence Princess" dan "In Mahsyar Tragedy" (rujuk review di S.E.A.M.Force dan www.MetalTerus.com).
Disebabkan masing-masing mempunyai komitmen dan kekangan, hajat untuk meriliskan EP yang berjudul “As-Sirat: Remembrance” pada tahun 2006 masih tertangguh sehinggalah ke saat ini. Mengikut idea perancangan, EP tersebut bakal memuatkan 6 buah lagu termasuk 3 buah lagu lama yang telah dimuatkan dalam Demo “As-Sirat: Spiritual Dimensions”. Walaubagaimanapun, lagu-lagu tersebut (EP) sering kedengaran dalam setiap persembahan mereka. Sesuatu yang mengujakan apabila setiap kali band ini beraksi di pentas-pentas gigs, mereka sentiasa mendapat sambutan dan kemunculan mereka adalah sangat-sangat diharapkan oleh peminat fanatik mereka. As-Sirat mendapat nama dan tempat dikalangan peminat scene Metal di Kota Kinabalu hanyalah setelah mendapat pendedahan dan peluang, penghargaan seharusnya diberikan kepada saudara Cozenn (Demizer) dan rakan-rakan yang banyak membantu. Thanks.
Band ini terdiri daripada 6 ahli termasuk seorang pemain keybod dan mereka memilih melodic black/death metal. Ini adalah demo sulung mereka menampilkan 3 lagu kesemuanya. AS-SIRAT tidak jauh bezanya dengan band Sabahan yang pernah saya dengar (rujuk review di S.E.A.M.Force), mungkin mereka agak baik dengan menambah keybod tetapi itu tidak menjadikan mereka lebih baik dari yang lain. Melodic black/death metal yang tipikal. Sekali dengar okay, lebih dari itu saya sudah menjadi bosan. Lagu-lagu tersebut adalah; "The Crusade Warrior", "Whisper Of Silence Whisper" dan "In Mahsyar Tragedy". Demo ini disertakan dengan cover xerox dan boleh didapati dalam bentuk kaset (RM5) atau cd-r (RM8). *this article was review in www.MetalTerus.com