Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

academic (28) aku bukan ustaz... (30) alam perkahwinan (8) as-sirat (4) Bola bulat (5) buka minda (74) intro (2) kata-kata (17) kisah aku (11) masa depan (44) muzik (10) Professional (6) random (89) spiritual dimensions (17)
Showing posts with label spiritual dimensions. Show all posts
Showing posts with label spiritual dimensions. Show all posts

Friday, October 14, 2011

As-Sirat Kembali Setelah Lama Tak Beraksi...!!!

Kepada peminat-peminat scene metal di Kota Kinabalu Sabah, kemunculan band As-Sirat merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Namum sedikit kekecewaan terpancar dari lubuk hati ini kerana aku sendiri tidak dapat bersama-sama dengan rakan seangkatan disebabkan komitmen ketika ini. Adalah menjadi harapan aku untuk beraksi bersama dengan anggota asal band As-Sirat. Walaubagaimanapun, selamat beraksi buat rakan-rakan yang lain, Pejal, Nedi, King, Sainal, Mike dan yang menggantikan posisi kami yang berada diseberang ini. Masuk waktu solat, tunaikan dahulu sebentar. Say No To Drugs, Alcohol, Violence, Free Sex!!!


more info klik SINI

(ur_whispers)
terkenang saat muda remaja....
Alhamdulillah, dari situ aku belajar erti kehidupan....
Reade more >>

Saturday, February 5, 2011

10 Oldest Mosques in the World

01. Quba Mosque, Saudi Arabia
First Built: 622
 

02. Al-Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia
First Built: 622

03. Masjid al-Qiblatain, Saudi Arabia

First Built: 623

04. Jawatha Mosque, Saudi Arabia

First Built: 629


05.
 Masjid al-Haram, Saudi Arabia

First Built: 638

06. Great Mosque of Kufa, Iraq

First Built: 639


07. 
Mosque of Uqba, Tunisia

First Built: 670


08.
 Imam Hussain Mosque, Iraq

First Built: 680


09.
 Al-Aqsa Mosque, Jerusalem

First Built: 705


10.
 Al-Zaytuna Mosque, Tunisia

First Built: 709


From this SOURCES via e-mail


(ur_whispers)
salat in the Mosque is 25 or 27 times more valuable.... 
compared to the one performed in the home....
Reade more >>

Friday, January 7, 2011

Selamatkan Jiwaku




Save My Soul
by: Padi

Now I'm sitting in the corner of my room
Staring through the window, watching the sun goes down
And the shadow starts to creep across the floor
In this Loneliness, I'm crying in my bed

And the rain begin to fall down on me
As the sadness growing deep inside me
I feel a little insecure right now
I am crawling, looking for a place to hide

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
Give me strength so I can save my soul

My minds keeps telling me to hold on
And says I have to be a real man
I'm still wondering if I'll ever find my way
That leads me to your light and to your grace

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
With every breath, I'm hoping
I can find the way to save my soul



(ur_whispers)
sayup-sayup kedengaran,
aku terjaga pabila mendengar lagu ini,
aku terbawa, membayangkan maksud itu...
selamatkan jiwaku di pagi ini...!!!


Reade more >>

Monday, January 3, 2011

Api...!!! Api...!!! Api...!!! Tolong padamkan...

Ini gambar API...!!!
(photo source: credit to - http://www.separtz.com)


Api adalah satu tindakbalas yang berlaku antara haba + oksigen + bahan api. Apabila api marak dari sekecil-kecil nyalaan, maka setiap daripada orang yang melihatnya bertanggungjawab untuk memadamkan nyalaan sekecil itu. Namun sekiranya setiap daripada kita saling menuding jari dan saling menyalahkan, api sekecil itu akan terus menyala, berkembang dan merebak. Lebih membahayakan lagi, ianya mampu menyebabkan kematian. Memang semua sedia maklum bahawa kerja memadam api adalah tugas pihak BOMBA. Namun, adalah satu kejahilan dengan api sekecil-kecil nyalaan pun kita perlu menunggu pihak bomba datang untuk memadamkan api tersebut. Sebaliknya, setiap kita perlu berganding bahu dengan penuh tanggungjawab memadamkan api tersebut tanpa perlu tuding menuding dan berkata "Ini bukan kerja saya!!!". Apabila semua ambil tanggungjawab, maka selesai semua masalah.


Apa kaitan API dengan entri ini..???

Cerita diatas adalah perkara yang sedang bermain dalam benak aku. Masa silih berganti, dunia terus berkembang. Dari era pertanian. Kemudian era perindustrian. Kini era globalisasi tanpa sempadan. Pengetahuan dan informasi, semua berada di hujung jari. Namun tamadun manusia tidak juga bertambah baik. Bahkan kembali ke belakang. Menuju kearah kejahilian (Nauzubillah). Apakah signifikasi cerita API di atas dengan semua ini?

Sedarkah kita hari ini bahawa, sedar tak sedar, manusia sedang berbondong-bondong menuju kearah API yang maha dahsyat (API yang kekal - NERAKA). Ketika maksiat bermaharaja, apakah peranan kita terhadap masalah global ini...? Kiri dan kanan, atas dan bawah. Semua dipenuhi dengan maksiat. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat. Meninggalkan solat itu maksiat. Tidak jujur dalam perniagaan itu maksiat. Menipu itu maksiat.

Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk saling ingat memperingati. Kerana Allah SWT hanya meletakkan kejayaan dalam ketaatan pada perintah-NYA. Ingatlah setiap maksiat yang berlaku disekeliling kita, maka kita bertanggungjawab untuk mencegahnya. Tak perlu tunggu Ulama atau Ustaz untuk mencegahnya. Setiap orang yang beriman, maka wajib atasnya untuk mencegah maksiat. Dari sekecil-kecil maksiat. Apabila setiap orang menafikan tanggungjawab ini ("Ini bukan kerja saya!!!" - seperti kisah API diatas) maka maksiat akan terus bermaharaja.

Ibarat seorang ibu yang menyuruh anaknya untuk mengangkat sebuah bekas yang berisi kaca. Namun anak yang paling dewasa merasa malas untuk pergi mengangkatnya. Lalu si anak kecil berlari-lari menyahut seruan si ibu. Kemudian si anak kecil itu berjalan dengan beban di atas tanganya. Akibat daripada kemampuan dan pengetahuan yang tidak seberapa, si anak kecil itu telah keciciran bekas berisi kaca itu. Lalu berkecailah kaca di atas lantai. Percaya atau tidak, si ibu pasti akan memarahi si abang kepada anak kecil itu kerana membiarkan si anak kecil mengalas beban yang diluar kemampuannya.

Dikalangan kita ada orang yang lebih mengetahui dan berilmu. Setiap pengetahuan dan ilmu yang diperolehi akan dipersoalkan. Seperti juga ibu tadi, Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang akan terlebih dahulu mempersoalkan mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Dikala maksiat bermaharaja, dimana ilmu mereka digunakan untuk memperbaiki keadaan Umat.

Anda dan Aku tidak terkecuali dari melakukan maksiat. Sesiapa yang melihat maksiat perlu untuk menasihati. Silakan menasihati, anda dialu-alukan.

Aku bukan Ustaz, sekadar berfikir sejenak akan keadaan kita yang kian jauh dari maksud kehidupan yang sebenar!!!


(ur_whispers)
Demi masa...
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...
malaikan.....
+orang yang beriman; serta
+beramal soleh: serta
+saling menasihati kepada kebenaran; serta
+saling menasihati kepada kesabaran...!!!
Reade more >>

Thursday, December 23, 2010

Apa Perbezaan Solat dan Sembahyang...?

Setiap kali aku bangun pagi untuk pergi melaksanakan tanggungjawab dan amanah pasti aku akan menghadapi dua situasi yang lumrah dalam kehidupan kotaraya. Perkara yang menjadi perhatian aku adalah, apabila masuk waktu subuh yang menandakan berakhirnya waktu malam dan akan bermulanya siang hari...manusia terbahagi kepada beberapa golongan.

Perkara ini akan sentiasa membelenggu pikiranku semasa pergi dan kembalinya dari melaksanakan kewajipan itu. Sebagai seorang Muslim yang cuba untuk menerapkan nilai-nilai kehidupan seperti yang telah diperintahkan, aku mendapati tidak ada jaminan untuk kita kekal dengan "hidayah" yang telah diberikan oleh-Nya. Sebaliknya hidayah akan berkurangan apabila Iman menjadi lemah dan malap. Aku meyakini bahawa Imanlah yang menjadi pendorong untuk kita menjadi orang yang patuh dan taat pada perintah-Nya. Tujuan entri ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang lebih baik dari yang lainya, niat aku hanyalah untuk menjadikannya sebagai iktibar bagi yang ingin dan berkehendakan kepada kebaikan. Untuk aku kekal dengan amal seperti ini pun perlukah hidayah dari ALLAH SWT yang akan memacu Iman dan memudahkan untuk kita beramal.

Berbalik kepada persoalan yang menjadi tajuk entri kali ini, setiap kali bangun di waktu subuh dan berjalan menuju ke Surau aku akan mengalami satu ambient yang sangat berbeza. Perbezaan yang aku maksudkan adalah pada ketika itu juga, orang yang mempunyai anutan kepercayaan yang berbeza dengan orang Muslim juga sibuk dengan tuntutan agama mereka. Pada masa itu juga, kuil berhampiran bercahaya terang benderang dan di penuhi dengan beberapa penganut yang taat. Pada aku, walaupun mereka bukan dari kalangan orang Muslim, namun ketaatan dan kesetiaan mereka jauh lebih baik berbanding orang Muslim itu sendiri. Pada pandangan kita, ternyata mereka menyembah selain daripada ALLAH SWT, Pencipta Alam Semesta, tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Namun, setibanya aku di Surau, hanya terdapat beberapa susuk tubuh yang selalu mengimarahkan surau dengan solat berjemaah. Sedangkan dalam masa yang sama masih ramai lagi saudara-saudara semuslim berada diluar dan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Semoga hendaknya mereka telah dan akan mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya.  "Sesungguhnya tiada bahagian dalam Islam orang yang meninggalkan Solat."

Solat itu mendekatkan kita dengan ALLAH SWT, tempat untuk memohon dan mengadukan segala masalah kerana DIA adalah penyelesai kepada segala masalah. Sedang mereka yang tidak beriman kepada-Nya "bersembahyang" dengan harapan Dewa dan Dewi mereka dapat memberikan perlindungan dan keberkatan dalam kehidupan mereka. Bukankah orang Islam itu memiliki ketinggian dan kemulian melalui perantaan Solat..? Bukankah Solat itu menjadikan seseorang Muslim itu bertambah dan berkah kehidupannya...? Segerakanlah mendirikan Solat, sesungguhnya Solat itu tiang agama. Islam hari ini telah runtuh bukan sebab orang lain, runtuhnya adalah kerana kita sendiri. Semoga kita mendapat iktibar dan beramal seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amin.


(ur_whispers)
semoga ALLAH SWT menjadikan aku, ahli keluarga, jiran-jiran, 
pemimpin-pemimpin, sahabat-sahabat,
Muslimin dan Muslimat,
orang yang sentiasa mendirikan Solat seperti yang dikehendaki.
Reade more >>

Wednesday, December 22, 2010

Hak milik bernilai RM1 tidak sama dengan RM1 juta yang diamanahkan

Untuk entri kali ini aku kutip dari celah pikiranku yang sedang memikirkan bermacam-macam hal. Aku amat tertarik dengan satu ungkapan yang mudah tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam bila direnungkan. Sebagai perumpamaan, manusia hari ini kurang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Sang Pencipta semesta alam, ALLAH SWT. Adakah anda merasa bersyukur dan cukup dengan RM1 dalam kocek anda? dan bagaimana pula perasaan anda apabila diamanahkan dengan sejumlah wang RM1 juta?

Sebagai penjelasan, RM1 itu adalah hak mutlak yang mana anda mempunyai kebebasan untuk membelanjakannya mengikut kemahuan walaupun nilainya adalah sangat rendah. Manakala amanah RM1 juta yang dipinjamkan pula adalah bukan hak mutlak anda, dan tidak mempunyai kebebasan langsung untuk menggunakannya. Hakikatnya pada saat ini, manusia mudah lupa dengan segala pemberian yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT atas segala nikmat walau sekecil mana pun ia.

Bersyukurlah dengan apa adanya hak milik anda yang telah ditentukan selama hidup ini. Matikanlah angan-angan untuk memiliki harta yang bertimbun-timbun yang pada hakikatnya bukan milik mutlak anda. Semua yang ada dalam dunia ini adalah pinjaman daripadaNYA sebagai ujian tahap IMAN setiap insan. Akhir nanti yang pasti akan dipersoalkan adalah, persoalan bocor yang semua kita telah mengetahuinya. Namun adakah kita telah bersedia untuk itu? Kita mengetahui akan tibanya waktu dimana dunia ini pasti akan ditinggalkan samada suka ataupun tidak, namun manusia selalu alpa dan leka dengan kenikmatan dunia yang memperdayakan ini. Bukan menolak keuntungan dunia. Tapi adakah siapa-siapa antara kalian yang boleh nyatakan, dengan keadaan dunia yang tidak menentu hari ini adakah kita telah mencapai satu tahap ketamadunan yang amat tinggi..? Jelas sekali ianya bertentangan dengan maksud tamadun itu sendiri.

Akhirnya kita akan kembali juga, kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar. Berkhidmatlah kepada sesama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sayangilah para pencinta ALLAH SWT dan orang tua dikalangan anda. Kasihilah kanak-kanak. Berbahagialah walau hanya dengan RM1, dan yang pasti anda akan merasa gundah dengan amanah RM1 juta yang hanyalah dipinjamkan.

(ur_whispers)
Alhamdulillah....
syukur atas segala nikmat....
kepada yang memberi nikmat....
Reade more >>

Monday, December 13, 2010

My Own Mind… (2010 Quotes Compilation)

#1
“What efforts are done to keep up our Faith (iman)....???”
(Irwan Mohammad Ali, 11th May 2010)


#2
“Hidup dengan teknologi rendah adalah lebih baik untuk kehidupan manusia.”
(Irwan Mohammad Ali, 21st July 2010)

#3
“Let me whisper in your ear the thing you want to hear.....”
(Irwan Mohammad Ali, 1st Aug 2010)

#4
“Semoga mendapat "kerahmatan" permulaan Ramadhan ini, juga semoga bakal disusuli dengan "keampunan"...adakah aku tergolong orang-orang yang mendapat Rahmat-NYA?”
(Irwan Mohammad Ali, 17th Aug 2010)

#5
“Memikirkan bermacam-macam masalah yang sedang menimpa umat hari ini, terlihat di kaca tv, terbaca di koran-koran, terdengar di bibir-bibir....adakah benar kita masih dlm pandangan kasih sayang Allah SWT...?”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#6
“Kemerosotan umat hari ini sama seperti kemerosotan umat yang telah mendahului kita...rawatan dan penyelesaian kepada masalah hari ini adalah sama seperti yang telah di buat oleh Nabi SAW....Baiki Iman...”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#7
“Berpesan: jangan tertipu dengan dunia yang menipu....
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#8
“Dunia semakin dikejar tanpa pedoman, semakin menjauh akhirat...”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#9
“Ketenangan datang bila merasa cukup dengan apa adanya, kegelisahan datang bila merasa tak cukup....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#10
“Bersyukurlah bukan sekadar dengan ucapan Alhamdulillah tetapi diiringi sujud dengan penuh keinsafan, takut dan harap....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#11
“Dan aku bukan rasul, nabi, malaikat, mahupun ustadz....aku hanya insan biasa seperti kamu…”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)


#12
“Cerita bangun pagi...ada yang bangun terus masuk kubur, ada yang bangun terus masuk hospital, ada yang bangun terus masuk pasar, ada yang bangun terus pergi sembahyang subuh...dimanakah anda..?”
(Irwan Mohammad Ali, 11th Oct 2010)

#13
“Belajar dari apa yang aku dengar…., 
belajar dari apa yang aku lihat…., 
belajar dari apa yang aku rasa…., 
belajar dari apa yang aku fikir....’
Belajar dari apa yang aku pelajari...”
(Irwan Mohammad Ali, 14th October 2010)

#14
“Bila merasa duka cita tanpa $$$...., 
Gundah gulana tanpa $$$....,
Susah hidup tanpa $$$....,
Bermakna $$$ telah menjadi TUHAN dalam hati...
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)

#15
“Bermohon pada ALLAH SWT,
Bergantunglah pada ALLAH SWT,
Sungguh DIA takkan pernah melupakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)
  
#16
“Ibu dan Ayah, 
penat lelah bekerja mencari sesuap nasi,
untuk si anak yang disayangi....
Anak-anak,
rajinlah berusaha,
untuk berbakti pada mereka....”
(Irwan Mohammad Ali, 25th October 2010)

#17
“Sedang memikir...,
sedang merancang...,
sedang menilai...,
sedang melaksanakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 29th Oct 2010)

#18
“Bila merasa marah, marahlah sebentar....”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#19
“Merasakan diri lebih baik dari orang lain adalah satu kesilapan yang sangat besar dalam kehidupan…”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#20
“Mengasihi & menyayangi orang di sekeliling anda di saat kehadirannya dirasai adalah jauh lebih bernilai, manakala satu kerugian besar bila di saat ketiadaanya kasih & sayang itu baru mula berputik…”
(Irwan Mohammad Ali, 13th Nov 2010)

#21
“Salam Lebaran dari anak perantauan buat mak dan ayah, famili tercinta serta sahabat handai; ternyata yang di sana berkorban, yang di sini pun berkorban, sama-samalah kita berkorban di hari yang penuh barakah…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H – 16th Nov 2010)

#22
“Kadang-kadang yang disembelih itu lagi mulia dari yang menyembelih. Tunaikanlah hak makhluk dengan sebaik-baiknya, hormatlahi mereka-mereka yang dikorbankan, sebab mereka benar-benar telah berkorban…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H- 16th Nov 2010M)

#23
"Cinta bukan hanya dengan ucapan I LOVE YOU, tetapi perlu dibuktikan dengan menunaikan segala janji-janji yang telah di ungkapkan.”
(Irwan M. A. & Noor Hafzam K., 17th Nov 2010)

#24
‎"Musuh yang meruntuhkan itu bukanlah musuh yang sering diperkatakan dan digambarkan oleh media massa, musuh itu biasanya dari kalangan kelompok itu sendiri…."
(Irwan Mohammad Ali, 24th Nov 2010)

#25
"Life is too short, don't waste your time."
(Irwan Mohammad Ali, 26th Nov 2010)
  
#26
"Kadang-kadang kita terlupa akan hakikat maksud hidup sebenar, rupanya kita telah dilalaikan dengan bermacam-macam bentuk hiburan, sukan dan politik yang merosakkan. Hiburan, sukan dan politik itu tidak salah, akan tetapi sikap berlebih-lebih itu yang menghancurkan. Tidak ada kehancuran yang lebih dahsyat melainkan kealpaan menuju kebinasaan yang kekal."
(Irwan Mohammad Ali, 30th Nov 2010)

#27
"Kejayaan hari ini adalah disebabkan oleh berkat doa kedua ibu-bapa anda. Bukan sebab kepandaian dan hasil usaha anda semata-mata. Tanpa mereka, anda bukan siapa-siapa." 
(Irwan Mohammad Ali, 2nd Dec 2010)

#28
"Wanita dikurniakan satu anugerah yang sangat bernilai, mereka bisa merubah kejahatan kepada kebaikan. Tetapi sangat sedikit bilangan yang memanfaatkannya.".
(Irwan Mohammad Ali, 8th Dec 2010)

#29
"Orang yang berkerja dan hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan cukup, bersyukurlah; sebab ada antara kita bekerja dan hidup dalam suasana yang serba kekurangan."
(Irwan Mohammad Ali, 9th Dec 2010)


(ur_whispers)
hak intelektual...
jenerator idea...
hak cipta terpelihara....

Reade more >>

Sunday, October 10, 2010

Kisah Aku, Dia dan Seekor Anak Cicak

Kisah Aku
Dalam minggu yang terakhir bulan September lepas, aku telah menghadirkan diri ke beberapa aktiviti yang agak penting. Antara aktiviti yang telah aku sertai adalah Seminar de Raya anjuran BISA-UiTM Shah Alam; Malaysia Building Surveying Academic Carnival 2010 di UiTM Seri Iskandar, Perak; dan akhir sekali Experiential Retreat di Janda Baik, Bentong, Pahang. Jelas sekali aku telah melalui minggu yang sangat padat dengan aktiviti akademik. Dalam kesibukan itu, tidak dilupakan tugasan yang perlu di galas bersama walau kemana pun aku pergi. Alhamdulillah, semua itu telah aku lalui dengan penuh sabar dan berfikiran positif.


Kisah Dia
Dia berada jau dari pandangan mata aku. Tapi tidak bermakna aku melupakan dia. Dia sentiasa aku ingati. Ingatan aku tidak pernah kosong daripada mengingati dia. Dalam kesibukan aku, mungkin dia sedang merasakan kesunyian. Tapi kesunyian itu bukanlah seperti yang aku maksudkan. Dalam kesibukkan aku tidak lupa menghubunginya melalui telefon. Rupa-rupanya dalam kesunyiannya dia teringatkan seseorang. Seseorang yang telah memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian terhadap dirinya sepanjang hidupnya.


Kisah Seekor Anak Cicak
Dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Klang, aku menunggang sebuah motosikal. Aku tidak keseorangan pada malam itu, aku ditemani seekor anak cicak. Anak cicak yang rasanya baru lahir kedunia dan masih baru dengan keadaan sekeliling. Rupanya aku tidak keseorangan. Aku dihiburkan sepanjang perjalanan dengan gelagat anak cicak yang bergantungan di cermin sisi motosikal. Aku terpaksa menghadkan kelajuan perjalanan aku kepada kelajuan yang boleh ditanggung oleh anak cicak itu untuk terus bertahan. Lucu melihat gelagat anak cicak sepanjang perjalanan itu. Aku tidak sampai hati untuk menyingkirkan anak cicak itu daripada keadaan asalnya. Aku hanya membiarkan anak cicak itu terusan begitu. Semoga anak cicak itu mampu bertahan dan memulakan kehidupannya.



Kisah Aku, Dia dan Seekor Anak Cicak
Dalam kesibukan aku mengendalikan segala urusan harian, aku perlu memastikan setiap apa yang aku hasilkan adalah yang terbaik. Dan hasil yang terbaik adalah musuh utama kepada kemalasan. Dalam menghadapi situasi yang serba mencabar dan kesuntukkan waktu, aku perlu bijak dan pengurusan. Pegurusan waktu untuk tugasan hakiki. Pengurusan waktu untuk orang yang tersayang. Pengurusan waktu untuk mengabdikan diri pada yang Maha Esa.

Mungkin dalam kesibukkan aku, ada ketikanya aku alpa dan lalai. Tidak ada yang sempurna dalam diri ini. Kesunyian yang terdorong oleh rindu yang sangat mendalam mungkin menjadi faktor utama. Dia telah mengadukan halnya kepada aku. Kesunyian yang sangat mendalam. Sungguh dalam perasaan dia pada malam itu, hanya wanita yang mengetahui hati seorang wanita. Perasaan sebagai seorang anak. Perasaan sebagai seorang saudara. Perasaan sebagai seorang kekasih. Dalam kesunyian dia menangis. Menangis mengenangkan orang yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Namun, hidup perlu diteruskan. Perlu tabah menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini.

Dalam kesunyian, kerinduan dan kesedihan terpancar dari matanya yang cantik. Air matanya mengalir tanpa disedari. Aku melihat air mata itu menitis. Aku tersentuh dengan apa yang aku dengar. Aku tersentuh dengan apa yang aku lihat. Aku tersentuh. Namun aku perlu menjadi pembakar semangat kepada dirinya. Lalu aku ceritakan kisah seekor anak cicak yang menemani perjalanan aku. Dia mendengar dengan penuh perhatian. Dan kesunyian, kerinduan dan kesedihan pun beransur pergi. Senyuman indah mula terpancar. Dia tersenyum mesra. Dia tersenyum manis. Kisah seekor anak cicak membuat dia merasa bahagia. Tidak perlu wang bertimbun-timbun. Tidak perlu janji-janji manis. Kebahagiaan akan datang tanpa perlu diundang. Kebahagian akan datang dalam kerelaan hati.

Semuanya berlaku dalam satu malam.....


(ur_whispers)
perlu diakui, kadang-kadang manusia merasa alpa....
alpa dengan kerja seharian....
alpa sehingga terlupa ada insan yang perlukan perhatian...
semoga kisah aku, dia dan seekor anak cicak menjadi iktibar....
Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...