Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Kehidupan bergelar seorang pelajar

02 Oktober 2012 - Seri Iskandar. Usai Maghrib tadi aku singgah sebentar withdraw cash at ATM. Seorang student tengah cek balance, skrin menunjukkan hanya ada berbaki RM18 sahaja lalu beliau berlalu dengan rasa penuh kecewa. Jelas kesedihan terpancar sambil menundukkan kepala.

Tersentuh rasa melihat situasi itu. Perasaan itu datang kerana aku juga pernah melalui situasi yang sama. Semoga dia tabah dan bersabar mengharungi semua itu. Inilah yang dinamakan sebagai sebuah perjalanan kehidupan. Mungkin dengan setiap kesusahan yang menimpa akan lebih mematangkan seseorang itu.


ur_whispers
kehidupan ini sebuah pelajaran....
belajarlah hidup daripada kesusahan....
kesusahan itu akan mematangkan diri....

Reade more >>

Wednesday, April 13, 2011

Ada kebenarnya juga...

Orang tabligh...

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Sumber: Di Sini

(ur_whispers)
ada kebenaranya juga...
semoga layak menjadi ummat yang terbaik...
Reade more >>

Thursday, February 17, 2011

Aku sudah bilang.....

Aku sudah bilang,
Aku cinta kamu,
Aku percaya kamu tahu itu,
Aku tahu kamu menguji aku.

Kamu sudah bilang,
Kamu cinta aku,
Kamu percaya aku tahu itu,
Kamu tahu aku menguji kamu.

Kami sudah bilang,
Kami cinta Kekasih-NYA,
Kami percaya Kekasih-NYA tahu itu,
Kami tahu Kekasih-NYA menguji kami.

Kita sudah bilang,
Kita cinta DIA,
Kita percaya DIA tahu itu,
Kita tahu DIA menguji kita.


(ur_whispers)
aku duduk-duduk bersahaja...
setelah pulang dari beriadah...
ku jamu roti canai & kafien segera 3+1...
lalu idea terlintas di fikiran...
tanpa aku sedari terciptanya ayat-ayat di atas...
Reade more >>

Friday, January 7, 2011

Selamatkan Jiwaku




Save My Soul
by: Padi

Now I'm sitting in the corner of my room
Staring through the window, watching the sun goes down
And the shadow starts to creep across the floor
In this Loneliness, I'm crying in my bed

And the rain begin to fall down on me
As the sadness growing deep inside me
I feel a little insecure right now
I am crawling, looking for a place to hide

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
Give me strength so I can save my soul

My minds keeps telling me to hold on
And says I have to be a real man
I'm still wondering if I'll ever find my way
That leads me to your light and to your grace

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
With every breath, I'm hoping
I can find the way to save my soul



(ur_whispers)
sayup-sayup kedengaran,
aku terjaga pabila mendengar lagu ini,
aku terbawa, membayangkan maksud itu...
selamatkan jiwaku di pagi ini...!!!


Reade more >>

Thursday, December 23, 2010

Apa Perbezaan Solat dan Sembahyang...?

Setiap kali aku bangun pagi untuk pergi melaksanakan tanggungjawab dan amanah pasti aku akan menghadapi dua situasi yang lumrah dalam kehidupan kotaraya. Perkara yang menjadi perhatian aku adalah, apabila masuk waktu subuh yang menandakan berakhirnya waktu malam dan akan bermulanya siang hari...manusia terbahagi kepada beberapa golongan.

Perkara ini akan sentiasa membelenggu pikiranku semasa pergi dan kembalinya dari melaksanakan kewajipan itu. Sebagai seorang Muslim yang cuba untuk menerapkan nilai-nilai kehidupan seperti yang telah diperintahkan, aku mendapati tidak ada jaminan untuk kita kekal dengan "hidayah" yang telah diberikan oleh-Nya. Sebaliknya hidayah akan berkurangan apabila Iman menjadi lemah dan malap. Aku meyakini bahawa Imanlah yang menjadi pendorong untuk kita menjadi orang yang patuh dan taat pada perintah-Nya. Tujuan entri ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang lebih baik dari yang lainya, niat aku hanyalah untuk menjadikannya sebagai iktibar bagi yang ingin dan berkehendakan kepada kebaikan. Untuk aku kekal dengan amal seperti ini pun perlukah hidayah dari ALLAH SWT yang akan memacu Iman dan memudahkan untuk kita beramal.

Berbalik kepada persoalan yang menjadi tajuk entri kali ini, setiap kali bangun di waktu subuh dan berjalan menuju ke Surau aku akan mengalami satu ambient yang sangat berbeza. Perbezaan yang aku maksudkan adalah pada ketika itu juga, orang yang mempunyai anutan kepercayaan yang berbeza dengan orang Muslim juga sibuk dengan tuntutan agama mereka. Pada masa itu juga, kuil berhampiran bercahaya terang benderang dan di penuhi dengan beberapa penganut yang taat. Pada aku, walaupun mereka bukan dari kalangan orang Muslim, namun ketaatan dan kesetiaan mereka jauh lebih baik berbanding orang Muslim itu sendiri. Pada pandangan kita, ternyata mereka menyembah selain daripada ALLAH SWT, Pencipta Alam Semesta, tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Namun, setibanya aku di Surau, hanya terdapat beberapa susuk tubuh yang selalu mengimarahkan surau dengan solat berjemaah. Sedangkan dalam masa yang sama masih ramai lagi saudara-saudara semuslim berada diluar dan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Semoga hendaknya mereka telah dan akan mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya.  "Sesungguhnya tiada bahagian dalam Islam orang yang meninggalkan Solat."

Solat itu mendekatkan kita dengan ALLAH SWT, tempat untuk memohon dan mengadukan segala masalah kerana DIA adalah penyelesai kepada segala masalah. Sedang mereka yang tidak beriman kepada-Nya "bersembahyang" dengan harapan Dewa dan Dewi mereka dapat memberikan perlindungan dan keberkatan dalam kehidupan mereka. Bukankah orang Islam itu memiliki ketinggian dan kemulian melalui perantaan Solat..? Bukankah Solat itu menjadikan seseorang Muslim itu bertambah dan berkah kehidupannya...? Segerakanlah mendirikan Solat, sesungguhnya Solat itu tiang agama. Islam hari ini telah runtuh bukan sebab orang lain, runtuhnya adalah kerana kita sendiri. Semoga kita mendapat iktibar dan beramal seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amin.


(ur_whispers)
semoga ALLAH SWT menjadikan aku, ahli keluarga, jiran-jiran, 
pemimpin-pemimpin, sahabat-sahabat,
Muslimin dan Muslimat,
orang yang sentiasa mendirikan Solat seperti yang dikehendaki.
Reade more >>

Wednesday, December 22, 2010

Hak milik bernilai RM1 tidak sama dengan RM1 juta yang diamanahkan

Untuk entri kali ini aku kutip dari celah pikiranku yang sedang memikirkan bermacam-macam hal. Aku amat tertarik dengan satu ungkapan yang mudah tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam bila direnungkan. Sebagai perumpamaan, manusia hari ini kurang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Sang Pencipta semesta alam, ALLAH SWT. Adakah anda merasa bersyukur dan cukup dengan RM1 dalam kocek anda? dan bagaimana pula perasaan anda apabila diamanahkan dengan sejumlah wang RM1 juta?

Sebagai penjelasan, RM1 itu adalah hak mutlak yang mana anda mempunyai kebebasan untuk membelanjakannya mengikut kemahuan walaupun nilainya adalah sangat rendah. Manakala amanah RM1 juta yang dipinjamkan pula adalah bukan hak mutlak anda, dan tidak mempunyai kebebasan langsung untuk menggunakannya. Hakikatnya pada saat ini, manusia mudah lupa dengan segala pemberian yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT atas segala nikmat walau sekecil mana pun ia.

Bersyukurlah dengan apa adanya hak milik anda yang telah ditentukan selama hidup ini. Matikanlah angan-angan untuk memiliki harta yang bertimbun-timbun yang pada hakikatnya bukan milik mutlak anda. Semua yang ada dalam dunia ini adalah pinjaman daripadaNYA sebagai ujian tahap IMAN setiap insan. Akhir nanti yang pasti akan dipersoalkan adalah, persoalan bocor yang semua kita telah mengetahuinya. Namun adakah kita telah bersedia untuk itu? Kita mengetahui akan tibanya waktu dimana dunia ini pasti akan ditinggalkan samada suka ataupun tidak, namun manusia selalu alpa dan leka dengan kenikmatan dunia yang memperdayakan ini. Bukan menolak keuntungan dunia. Tapi adakah siapa-siapa antara kalian yang boleh nyatakan, dengan keadaan dunia yang tidak menentu hari ini adakah kita telah mencapai satu tahap ketamadunan yang amat tinggi..? Jelas sekali ianya bertentangan dengan maksud tamadun itu sendiri.

Akhirnya kita akan kembali juga, kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar. Berkhidmatlah kepada sesama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sayangilah para pencinta ALLAH SWT dan orang tua dikalangan anda. Kasihilah kanak-kanak. Berbahagialah walau hanya dengan RM1, dan yang pasti anda akan merasa gundah dengan amanah RM1 juta yang hanyalah dipinjamkan.

(ur_whispers)
Alhamdulillah....
syukur atas segala nikmat....
kepada yang memberi nikmat....
Reade more >>

Monday, December 13, 2010

My Own Mind… (2010 Quotes Compilation)

#1
“What efforts are done to keep up our Faith (iman)....???”
(Irwan Mohammad Ali, 11th May 2010)


#2
“Hidup dengan teknologi rendah adalah lebih baik untuk kehidupan manusia.”
(Irwan Mohammad Ali, 21st July 2010)

#3
“Let me whisper in your ear the thing you want to hear.....”
(Irwan Mohammad Ali, 1st Aug 2010)

#4
“Semoga mendapat "kerahmatan" permulaan Ramadhan ini, juga semoga bakal disusuli dengan "keampunan"...adakah aku tergolong orang-orang yang mendapat Rahmat-NYA?”
(Irwan Mohammad Ali, 17th Aug 2010)

#5
“Memikirkan bermacam-macam masalah yang sedang menimpa umat hari ini, terlihat di kaca tv, terbaca di koran-koran, terdengar di bibir-bibir....adakah benar kita masih dlm pandangan kasih sayang Allah SWT...?”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#6
“Kemerosotan umat hari ini sama seperti kemerosotan umat yang telah mendahului kita...rawatan dan penyelesaian kepada masalah hari ini adalah sama seperti yang telah di buat oleh Nabi SAW....Baiki Iman...”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#7
“Berpesan: jangan tertipu dengan dunia yang menipu....
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#8
“Dunia semakin dikejar tanpa pedoman, semakin menjauh akhirat...”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#9
“Ketenangan datang bila merasa cukup dengan apa adanya, kegelisahan datang bila merasa tak cukup....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#10
“Bersyukurlah bukan sekadar dengan ucapan Alhamdulillah tetapi diiringi sujud dengan penuh keinsafan, takut dan harap....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#11
“Dan aku bukan rasul, nabi, malaikat, mahupun ustadz....aku hanya insan biasa seperti kamu…”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)


#12
“Cerita bangun pagi...ada yang bangun terus masuk kubur, ada yang bangun terus masuk hospital, ada yang bangun terus masuk pasar, ada yang bangun terus pergi sembahyang subuh...dimanakah anda..?”
(Irwan Mohammad Ali, 11th Oct 2010)

#13
“Belajar dari apa yang aku dengar…., 
belajar dari apa yang aku lihat…., 
belajar dari apa yang aku rasa…., 
belajar dari apa yang aku fikir....’
Belajar dari apa yang aku pelajari...”
(Irwan Mohammad Ali, 14th October 2010)

#14
“Bila merasa duka cita tanpa $$$...., 
Gundah gulana tanpa $$$....,
Susah hidup tanpa $$$....,
Bermakna $$$ telah menjadi TUHAN dalam hati...
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)

#15
“Bermohon pada ALLAH SWT,
Bergantunglah pada ALLAH SWT,
Sungguh DIA takkan pernah melupakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)
  
#16
“Ibu dan Ayah, 
penat lelah bekerja mencari sesuap nasi,
untuk si anak yang disayangi....
Anak-anak,
rajinlah berusaha,
untuk berbakti pada mereka....”
(Irwan Mohammad Ali, 25th October 2010)

#17
“Sedang memikir...,
sedang merancang...,
sedang menilai...,
sedang melaksanakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 29th Oct 2010)

#18
“Bila merasa marah, marahlah sebentar....”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#19
“Merasakan diri lebih baik dari orang lain adalah satu kesilapan yang sangat besar dalam kehidupan…”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#20
“Mengasihi & menyayangi orang di sekeliling anda di saat kehadirannya dirasai adalah jauh lebih bernilai, manakala satu kerugian besar bila di saat ketiadaanya kasih & sayang itu baru mula berputik…”
(Irwan Mohammad Ali, 13th Nov 2010)

#21
“Salam Lebaran dari anak perantauan buat mak dan ayah, famili tercinta serta sahabat handai; ternyata yang di sana berkorban, yang di sini pun berkorban, sama-samalah kita berkorban di hari yang penuh barakah…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H – 16th Nov 2010)

#22
“Kadang-kadang yang disembelih itu lagi mulia dari yang menyembelih. Tunaikanlah hak makhluk dengan sebaik-baiknya, hormatlahi mereka-mereka yang dikorbankan, sebab mereka benar-benar telah berkorban…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H- 16th Nov 2010M)

#23
"Cinta bukan hanya dengan ucapan I LOVE YOU, tetapi perlu dibuktikan dengan menunaikan segala janji-janji yang telah di ungkapkan.”
(Irwan M. A. & Noor Hafzam K., 17th Nov 2010)

#24
‎"Musuh yang meruntuhkan itu bukanlah musuh yang sering diperkatakan dan digambarkan oleh media massa, musuh itu biasanya dari kalangan kelompok itu sendiri…."
(Irwan Mohammad Ali, 24th Nov 2010)

#25
"Life is too short, don't waste your time."
(Irwan Mohammad Ali, 26th Nov 2010)
  
#26
"Kadang-kadang kita terlupa akan hakikat maksud hidup sebenar, rupanya kita telah dilalaikan dengan bermacam-macam bentuk hiburan, sukan dan politik yang merosakkan. Hiburan, sukan dan politik itu tidak salah, akan tetapi sikap berlebih-lebih itu yang menghancurkan. Tidak ada kehancuran yang lebih dahsyat melainkan kealpaan menuju kebinasaan yang kekal."
(Irwan Mohammad Ali, 30th Nov 2010)

#27
"Kejayaan hari ini adalah disebabkan oleh berkat doa kedua ibu-bapa anda. Bukan sebab kepandaian dan hasil usaha anda semata-mata. Tanpa mereka, anda bukan siapa-siapa." 
(Irwan Mohammad Ali, 2nd Dec 2010)

#28
"Wanita dikurniakan satu anugerah yang sangat bernilai, mereka bisa merubah kejahatan kepada kebaikan. Tetapi sangat sedikit bilangan yang memanfaatkannya.".
(Irwan Mohammad Ali, 8th Dec 2010)

#29
"Orang yang berkerja dan hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan cukup, bersyukurlah; sebab ada antara kita bekerja dan hidup dalam suasana yang serba kekurangan."
(Irwan Mohammad Ali, 9th Dec 2010)


(ur_whispers)
hak intelektual...
jenerator idea...
hak cipta terpelihara....

Reade more >>

Pesanan Cikgu (Re-entry)

Salaam to all,

We have now reached the end of the chapter...... A new phase of life begins.


I would sincerely like to apologize for all my shortcomings in sharing the two semesters with you. I would also like to express my gratitude for allowing me to share the knowledge, information, laughters and sorrow....

As you embark a new journey in life, I wish you all the best and success in what ever adventure and experience that you will encounter. My doa as a teacher, lecturer, makcik, kakak to you....


Always strive to be the best in whatever you do........ BE A LEADER not a follower......


Always seek Allah's forgiveness and guidance. Also from your parents.


Jangan lupa solat, engkar perintah Allah, derhaka ibu bapa, buang masa dan membuat perkara-perkara yang HARAM di sisi Islam. Bila hendak lakukan sesuatu, ingat kesannya ke atas diri dan ibu bapa serta keluarga.


Ramai orang akan tanya: "Itu anak siapa?".............. and one day you will also become a parent. 


Lastly, thank you for sharing with me a valuable experience and forgive me for all my shortcomings.


Wassalam;
Zarina Isnin (Ithnin)
CIKGU
Thursday, November 26, 2009 6:30 PM


*This message is actually dedicated to Part 6 Semester Jul-Oct 2009


(ur_whispers)
ingatan, teguran, pandangan dan semua bentuk bebelan 
akan sentiasa menjadi teman dikala susah mahupun senang...
begitulah hendaknya...

Reade more >>

Wednesday, November 17, 2010

EID-UL ADHA MUBARAK...!!!



Salam Lebaran dari anak perantauan buat mak dan ayah, famili tercinta serta sahabat handai; 
ternyata yang di sana berkorban, yang di sini pun berkorban, sama-samalah kita berkorban di hari yang penuh barakah 
(Irwan Mohammad Ali, 1431H - 2010)


May Allah SWT accept from us and you; 
and accept the Hajj of all those who went to perform it. 
Ameen.


(ur_whispers)
Blog Ur_whispers mengucapkan selamat menyambut lebaran...
sebarkan salam lebaran...
kumandangkan takbir...
dikala kesunyian atau keramaian...
Reade more >>

Tuesday, September 28, 2010

Catatan Rawak: Kembali....sambungan...

Setelah aku selesai menjalankan amanah, aku pun duduk semula dan mula memikirkan perkara-perkara yang perlu aku selesaikan dalam masa yang terdekat. Malam ini aku ada kelas. Kelas dengan Dr. Zarita. Seorang yang kool dan cergas dalam menyampaikan syarahan. Syarahan beliau berkaitan dengan Risk Management. "Jom gerak wan...". Sapa Faisal yang ada menyibuk kat sebelah ni..Penulisan aku tergantung disini seketika.

(ur_whispers)
tergantung...
apa yang tergantung aku pun tak pasti...
Reade more >>

Catatan Rawak: Kembali....

Petang Selasa, 28hb September 2010...Duduk dalam bilik sambil menanti ilham apa yang aku coretkan pada coretan kali ini. Sebenarnya, aku baru melalui minggu-minggu yang sangat padat dengan kerja-kerja hakiki dan tugasan-tugasan sampingan. Semuanya perlu disiapkan dalam masa yang sama. Harus aku akui, aku baru tersedar dari kemalasan yang teramat sangat. Buktinya, semalam aku baru basuh kesemua stok-stok pakaian yang telah aku pakai. Tugasan-tugasan dan kertas kerja juga tertangguh-tangguh walaupun tetap disiapkan sedikit demi sedikit. Menanti aku dalam beberapa minggu kehadapan adalah UiTM IID-2010, banyak lagi yang perlu diubah untuk disesuaikan dengan kajian asal. Momentum datang kembali, kini aku kembali. Kembali cergas seperti sedia-kala. Cergas untuk menhadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang aku rasakan akan membuatkan aku lain daripada yang aku masa kini. Cabaran pada masa sekarang.....azan sudah berkumandang, menandakan masuknya waktu maghrib bagi Shah Alam dan sewaktu dengannya...

(ur_whispers)
aku kembali....
kembali menulis....
menulis aku kembali.....
Reade more >>

Saturday, September 11, 2010

Syahdunya dengar Takbir Malam Raya di Masjid Nurul Iman....






(ur_whispers)
takkan asyik duk dengar jer,,,,
sepatutnya malam raya kita join bertakbir sekali.....
kemungkinan besar ini adalah takbir malam raya yang terakhir di Masjid Nurul Iman ini.... : (
Reade more >>

Eid -ul-Fitr Mubarak Greetings to All Muslims...


Salam Eid-ul-Fitr istimewa buat sanak saudara, 
kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia.....
Maaf Zahir dan Batin...

Dengan ingatan Tulus Ikhlas 
daripada kami sekeluarga...

Pak Ali's Family...
Reade more >>

Tuesday, August 17, 2010

What is your last words....?




and as a Muslims, this should be our famous last words....


(ur_whispers)
"Barang siapa yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah iman (2 syahadah),
wajiblah syurga baginya" - Mahfum Hadith Nabi SAW
sesungguhnya aku bersaksi.....
dan akan terus bersaksi....
dengan izin-Mu Ya Allah....
berilah Taufiq dan Hidayah Mu kepada sekalian Umat....
 

Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...