Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

academic (28) aku bukan ustaz... (30) alam perkahwinan (8) as-sirat (4) Bola bulat (5) buka minda (74) intro (2) kata-kata (17) kisah aku (11) masa depan (44) muzik (10) Professional (6) random (89) spiritual dimensions (17)
Showing posts with label aku bukan ustaz.... Show all posts
Showing posts with label aku bukan ustaz.... Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Perihal Berjaya dan Lulus...

Dalam apa jua perkara, semua ingin berjaya.
Sebagai seorang mahasiswa kejayaan yang ingin diperolehi adalah LULUS dengan cemerlang.
Atau paling tidak sekadar lulus bersyarat.
Semua orang ingin berjaya dan lulus.

Seorang petani akan dianggap berjaya sekiranya mendapat hasil yang baik.
Seorang pekerja kilang akan dianggap berjaya sekiranya mendapat menghasilkan produk yang bermutu.
Seorang penjawat awan akan dianggap berjaya sekiranya dapat berkhidmat dengan baik kepada negara.
Tidak kira apa jenis pekerjaan pun yang dilakukan, setiap orang menginginkan kejayaan.
Kejayaan yang berbentuk pendapatan, motivasi, penghargaan dan kepuasan dalam bekerja.

Umum mengetahui, ketika ini semua orang sedang sibuk mengejar kejayaan yang ingin dikecapi itu.
Namun, dalam mengejar kejayaan itu tidak semua orang melalui jalan yang putih.
Kenyataan ada juga yang melalui jalan hitam.

Jadi, apa kaitan diatas dengan entri aku kali ini...?

Ketika aku sedang sibuk dengan bermacam-macam tugasan (sangat memeningkan kepala), telah terlintas dalam pikiran aku tentang perkara yang sebaliknya.
Sedang aku asyik bertungkus lumus, berhempas pulas, menghabiskan wang ringgit, mengorbankan masa, mengawal perasaan hanya untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan, aku terpikir....aku terpikir adakah berbaloi dengan segala usaha ini...?
Mungkin berbaloi sekiranya aku mendapatkan keputusan yang baik lantas lulus dengan cemerlangnya.
Alangkah baik kalau itu semua berlaku pada aku dan anda sekalian.
Alhamdulillah, segala usaha yang dilakukan itu pasti akan mendapat pulangan yang setimpal.

Namun persoalan utama di sini adalah....adakah aku telah berusaha dengan sepenuh hati, jiwa dan raga untuk mendapatkan kelulusan yang akan dapat menyelamatkan aku, ahli keluarga, sahabat handai, semua ummat manusia daripada azab yang sangat dahsyat...?

Adakah cukup dengan hanya mengucap Alhamdulillah...?
Adakah cukup dengan hanya mengucap dua kalimah syahadat sekali...?
Adakah cukup dengan hanya solat 5 waktu...?
Adakah cukup dengan hanya membayar zakat...?
Adakah cukup dengan hanya berpuasa...?
Adakah cukup dengan hanya mengerjakan Haji...?

Untuk urusan kejayaan di dunia aku telah melakukan yang sebaik mungkin.
Dan aku sedang mengecapi hasilnya.

Untuk urusan kejayaan di akhirat (jujur aku katakan) aku belum melakukan apa-apa.
Dan aku perlu berusaha untuk mengecapinya.

Sebelum terlewat, sedarlah dari lamunan yang kita semua akan kembali.
Kembalinya kita sesudah kehidupan di dunia ini adalah untuk menjawab bermacam-macam persoalan.
Semoga kita semua dapat menjawabnya dengan cemerlang.
Untuk itu, aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan dunia ini.
Namun jangan dilupakan usaha untuk mendapat kejayaan di kehidupan akhirat dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Bukankah matlamat kita semua hidup di dunia ini adalah untuk kehidupan akhirat itu...?
Pikirkan bersama.


(ur_whispers)
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama tidak ada masa lagi

Reade more >>

Wednesday, April 13, 2011

Ada kebenarnya juga...

Orang tabligh...

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Sumber: Di Sini

(ur_whispers)
ada kebenaranya juga...
semoga layak menjadi ummat yang terbaik...
Reade more >>

Friday, February 25, 2011

Membaca & menyampaikan

Dalam kehidupan kita sehari-harian, adalah satu kekurangan dan kerugian sekiranya tidak membaca dan menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Adalah menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berfikir secara waras dan bertindak berdasarkan pemikiran yang logik akal. Namun, secara realitinya perkara ini jarang berlaku.

Untuk menjadi seorang manusia yang berstatus manusia, kita tidak boleh lari daripada membaca dan menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada kebanyakkan orang. Apabila kurangnya membaca dan menyampaikan maka status manusia tadi mungkin akan menjadi lebih rendah, sehinggakan ke tahap yang lebih teruk daripada binatang..! Oleh sebab itu, sering dipaparkan dalam koran-koran dan media elektronik tentang ketidakwarasan tindakan manusia disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam membaca dan menyampaikan.

Sehinggakan pada satu tahap, aku memikirkan apakah lagi kedahsyatan yang telah dilakukan oleh manusia dewasa ini yang tidak dapat mengelakkan kemurkaan dan bala bencana daripada Penguasa langit dan bumi, Pencipta sekalian manusia..? Adakah kita telah benar-benar maju..? Jikalau benar kita telah maju, adakah disebabkan dengan kemajuan kita itu telah menjadikan kita manusia yang benar-benar taat dan berserah diri pada Sang Pencipta..? Rasanya kita memiliki jawapan yang sama, tidak sekali-kali bukan..!

Berkenaan dengan membaca dan menyampaikan, aku menulis dan merekod atas maksud untuk berkongsi atas apa yang sering aku bacakan, fikirkan, renungkan, tasbihkan, dengarkan, melihatkan, perhatikan dan bincangkan. Setiap daripada kita adalah orang yang berilmu, dan sempadan ilmu itu adalah mengenal mana yang baik dan buruk. Sekiranya perkara asas ini kita tidak fahami, maka pada pendapat aku yang tidak seberapa ini kemungkinan terlucutlah status sebagai manusia. Kerana yang membezakan antara manusia dan binatang adalah ilmu..! Ini perkara basis..! Ilmu bukanlah UPSR, PMR, SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master atau PhD secara dasarnya. Ilmu terhasil kesan daripada pembacaan, penghayatan, pengamalan dan penyampaian dengan hati yang ikhlas. Bila tidak dikaitkan dengan amalan agama, semua itu hanyalah sekadar cari makan..!

Dalam banyak-banyak karya yang kita sering berhadapan dan teliti, bukan semuanya perlu dibaca dan disampaikan. Ada antaranya adalah sebagai maklumat semata-mata, tanpa amalan ianya tidak lebih daripada itu. Ilmu yang paling bermanfaat bagi aku adalah pengetahuan yang akan dapat membantu setiap daripada kita menjawab segala persoalan di dalam kubur dan dapat menyelamatkan diri daripada neraka dan masuk ke dalam Syurga (Insyallah, semoga kita tergolong dalam kelompok itu. Amin.). Sebab itu, apabila disarankan untuk mencari pasangan hidup, carilah si dia yang mempunyai pengetahuan agama (berserta amalannya sekali). Nescaya itu lebih berharga daripada dunia dan segala isinya kerana harganya adalah keselamatan di dunia dan akhirat.

Membaca dan menyampaikan adalah perkara yang aku dan kamu kena lakukan. Membaca dengan hati yang terbuka dan tenang akan kandungan ayat-ayat suci Al-Quran ul-Karim itu sangat penting dan fahamilah maksudnya dengan sebaik-baiknya. Sampaikan akan setiap perkara yang telah anda pelajari daripadanya dengan sedaya mungkin. Sebab Allah SWT melalui Nabi-nabi, Sahabat-sahabat, dan ulama-ulama seringkali mengingatkan: "Bukan kamu yang memberi rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu"; "Sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah syurga, sekiranya kamu mengetahui"; "Dunia hanyalah ujian untuk menguji keimanan" dan banyak lagi ayat sekiranya kita mendalaminya.

Amalkan setiap pembacaan dan penyampaian akan isi kandungan Al-Quran ul-Karim. Kerana ianya sangat bermanfaat, tidak kira di mana dan di zaman yang serba canggih sekali pun kita berada. Kembalilah pada Kalam Allah SWT dan As-Sunnah, pasti aku dan kamu tidak akan tersesat..!!! Aku bukanlah ustaz, aku juga sama seperti kamu. Aku hanya sekadar membaca dan menyampaikan dalam bentuk nukilan peribadi.

Jumaat,
Rabi Al-Awwal 22, 1432
Februari 25, 2011


(ur_whispers)
sambil melayan:
alunan irama lagu anggunmu,
the four season
attractive enigma
Reade more >>

Tuesday, February 15, 2011

Hari ini suatu ketika dahulu

Rabi Al-Awwal 12, 1432H

Suatu hari di masa dahulu.
Hari ini merupakan detik bermula tersebarnya rahmat untuk sekalian alam.
Kerana lahirnya Baginda Muhammad SAW adalah untuk tujuan kesejahteraan manusia di seluruh alam.
Berselawatlah kepada Baginda Muhammad SAW, nescaya kamu tidak akan rugi..!!!

Sebaik-baik idol untuk umat manusia adalah Baginda Muhammad SAW.
Baginda Muhammad SAW tidak pernah melupakan umatnya.
Namun umatnya sering melupakannya.
Sungguh tidak sepatutnya berlaku..!!!

Semoga aku hidup sesuai dengan maksud hidup Baginda Muhammad SAW.
Semoga aku hidup sesuai dengan cara hidup Baginda Muhammad SAW.
Semoga aku mati dalam keadaan yang mengembirakan Baginda Muhammad SAW.
Semoga aku dapat bangkit bersama-sama dengan Baginda Muhammad SAW.

Alangkah indahnya....


(ur_whispers)
Baginda Muhammad SAW diutuskan atas maksud yang sangat besar...
Mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah SWT...
Reade more >>

Wednesday, February 9, 2011

Buku Agung...!!!

Dalam kehidupan kita sehari-hari, sesuatu benda akan dianggap berharga dan sangat-sangat bermanfaat bila sering menjadi panduan dan bahan rujukan.

Manusia mempunyai bermacam-macam karenah, perwatakan, penampilan dan persepsi yang juga akan mendorong mereka untuk fokus dan menuju hari-hari mendatang.

Adalah menjadi trend dimasa kini untuk berhubungan secara sosial dalam jaringan komunikasi untuk mengetahui berita-berita terkini, bertukar-tukar maklumat dan berkongsi segala bentuk kegembiraan juga kesedihan.

Umum sedia maklum bahawa Facebook atau dalam bahasa "Muka buku" selalu menjadi 'santapan' utama di waktu pagi, tengah hari, petang, sebelum tidur, dan seboleh-bolehnya setiap masa dan keadaan!

Ironinya, fenomena muka buku ini telah menjadi budaya seharian dan menjadi santapan rohani kehidupan seseorang. Tidak dinafikan, malah ianya telah menjadi Buku Agung pada sesetengah pihak. Buku Agung yang aku maksudkan di sini adalah, menjadi tempat rujukan, tempat mengadu, berkongsi segala kegembiraan dan juga kesedihan.

Dalam pada itu, "mereka" (?) sebenarnya telah berjaya. Mereka berjaya mencipta sebuah kitab baru yang menjadi rujukan seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan. Kitab itu adalah Muka Buku atau pun lebih dikenali sebagai Facebook! Hampir semua telah terpedaya!


Sedang dalam masa yang sama Buku Agung yang sebenarnya semakin terlupakan...!!!

Berapa lama masa yang digunakan untuk menatap, merenung, mengkaji Buku Agung ini..?!!!

Sedangkan dalam buku Agung ini terdapat segala berita yang mengembirakan, kebahagian, panduan, pelajaran, peringatan dan untung rugi kehidupan selepas berpindah dari alam dunia ini.

Sedarlah, Buku Agung yang sepatutnya kita habiskan masa untuknya adalah Al-Quran ul-Karim..

Sungguh "Mereka" itu telah berjaya memesongkan manusia daripada Buku Agung yang sebenar..!!


*Komen agung anda sangat diperlukan jika anda meminati entri dalam blog ini. Silalah follow my blog, TQ.

(ur_whispers)
berapa banyak masa habis dengan Facebook...?
berapa banyak masa habis dengan Al-Quran...?
adakah manusia banyak masa untuk Facebook...?
adakah manusia sudah bosan dengan Al-Quran...?
hanya sebagai renungan bersama..!!!
Reade more >>

Tuesday, February 8, 2011

Maaf...Aku Tidak Tau...!!!

Si Polan A:           Kau tau tak...?

Si Polan B:           Maaf aku tidak tau...tau apa benda ni....?

Si Polan A:           Sebab aku tidak tau!!!

Si Polan B:           Kenapa kau tak nak ambil tau....?

Si Polan A:           Tau, tapi malas nak ambil tau...

Si Polan B:           Aku tau sangat kau ni pemalas...

Si Polan A:           Ye ker, aku tidak tau...

Si Polan B:           Sekarang baru kau tau...!!!

Si Polan A:           Tau apa sebenarnya ni...?

Si Polan B:           Manalah aku tau, kau yang tanya tadi...

Si Polan C:           Korang tau tak bila kita akan MATI...?

Si Polan A,B,C:   Maaf...Tak tau..!!!


(ur_whispers)
aku pun tidak tau...
sebab tak taulah kena buat persiapan...
bagaimana iman hari ini....??
Reade more >>

Sunday, February 6, 2011

Fikiran Random 06/02/2011



Perkara paling berharga bagi manusia 

(supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) 

adalah masa. 



Seorang yang kematian isteri, 

boleh cari isteri yang lain. 



Seorang yang kematian anak, 

boleh dapat anak yang lain. 



Seorang yang terbakar rumahnya, 

boleh cari rumah yang lain. 



Seorang yang rugi dalam perniagaannya, 

boleh bina perniagaan yang lain. 



Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, 

masa itu tak dapat diganti semula. 



Masa yang berlalu akan 

terus pergi buat selama-lamanya.

Source: HERE



(ur_whispers)
aku akan rugi dengan masa.... 
yang berlalu tanpa beramal....
berfikir, berzikir, bersyukur dan bersabar....

Reade more >>

Sunday, January 23, 2011

Berkenaan Budak "U"...

Entri kali ini aku nak share berkenaan dengan budak "U". Rata-rata ibu bapa berkeinginan agar setiap anak mereka tak kira lelaki ataupun perempuan mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Suatu ketika dahulu, universiti merupakan tempat para ilmuan dan sarjana berdiskusi, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu yang ada. Universiti merupakan platform (atau dalam bahasa melayunya disebut landasan) bagi mereka berkumpul dan menjadikan tempat tersebut sebagai sumber rujukan.

Zaman terus berubah. Budaya terus berkembang. Ilmu terus terbuka luas. Namun matlamat asal universiti itu sendiri kini sering dipertikaikan. Mungkin tidak bagi sesetengah tempat. Tetapi menurut pemerhatian, aku berpendapat kurang daripada 10% graduan yang dihasilkan adalah benar-benar telah menjadi pemikir, pencetus idea, pencipta, pengembang idea-idea dan pencetus perubahan ke arah kebaikan sejagat (yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku tergolong dalam kategori itu ataupun tidak).!!!

Bila melihat karenah mahasiswa hari ini, mungkin INI dapat mengambarkan situasi sebenar. Jika tidak, mungkin yang INI lagi bijak, atau yang INI.

Justeru itu, para mahasiswa perlulah berfikir sebagai seorang sarjana yang sebenar dan bukanya berfikir seperti orang biasa. Kerana aku berkeyakinan, anda mempunyai potensi, kelebihan dan sebab yang melayakkan anda berada di universiti. Jika tidak demikian, maka mahasiswa hanyalah seorang yang telah dihadiahkan dengan segulung sijil yang tidak akan membawa sebarang makna. Yang sudah pasti akan digunakan sekadar untuk mengenyangkan perut yang kosong, memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan kepentingan diri sendiri. Walhal, seorang sarjana mempunyai kapasiti tanggungjawab yang sangat besar terhadap masyarakat sejagat, haiwan dan persekitaran.

Aku melihat isu ini dari sudut yang terpencil. Aku melihat hari ini universiti sekadar tempat bertemu rakan-rakan, mempromosi fesyen yang tungang langgang di badan sendiri, tempat mencari "awek" dan "pakwe" yang serba "cun" dan "jambu", hanya sedakar bersembang kosong dan merasa bangga dengan status "AKU BUDAK U". Lihatlah di kiri dan kanan, budaya ilmu belum menjadi budaya sebenar. Dalam library sendiri pun jadi tempat bermadu kasih; bak kata En. Sr. Mahayudin Mahmood - "dah makan ke belum...?", "hari ni makan berapa butir nasi..?".

Namun, bukan semua mahasiswa seperti yang digambarkan. Aku juga berpendapat, masih terdapat idea-idea bernas dan hasil yang membanggakan. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh pentadbiran universiti dalam memastikan matlamat utama penubuhan sesebuah universiti itu terlaksana. Aku juga berharap agar dapat melakukan perubahan terhadap diri sendiri dan dalam masa yang sama menyeru (melalui entri ini) kepada semua sarjana.

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat membantu kita dalam kehidupan dunia yang sementara ini dan memberi kebahagiaan dan kesejahteraan di akhirat. Jika sekadar hanya untuk memenuhi "perut yang kosong"(nafsu di dunia), apa lagi yang perlu aku jelaskan. "Tepuk dada, tanyalah hati".

Ayuh bangun mahasiswa!!!

Jadilah pemikir..!!!

Jadilah pencetus idea..!!!

Jadilah pencipta..!!!

Jadilah pengembang idea-idea..!!! 

Jadilah pencetus perubahan ke arah kebaikan sejagat..!!!


TAHNIAH kepada yang telah melakukan perubahan..!!!



Jangan hanya berlagak "AKU BUDAK UNIVERSITI"..!!!



(ur_whispers)
lalalalalalalalala
bukan marah, juga bukan kecewa...
bersedih tidak, apatah lagi perasan bagus...
cuma risau memikirkan keadaan manusia hari ini (termasuk diri sendiri)...
Reade more >>

Friday, January 21, 2011

RIBA...???

Aku tertarik dengan tajuk khutbah Jumaat hari ini. Walaupun perkara ini amat penting, namun pada pengamatan aku khatib kurang tegas dalam khutbah yang disampaikan. Mungkin kerana usia yang telah lanjut atau masalah kesihatan. Bukan untuk aku mengulas masalah ini disini, mungkin pada entri yang lain. Tapi persoalan pokok yang merungsingkan aku adalah tajuk khutbah itu sendiri. RIBA..!!! (sebagai bacaan tambahan untuk memahami apa itu RIBA, boleh rujuk INI, INI dan juga INI)


Bercakap tentang riba mungkin ramai yang akan berkata, "Alah, hidup zaman sekarang ni memang tak boleh nak elak riba ni. Semua urusan ada sangkut paut dengan riba. Nak tak nak, kita tetap kena terima jugak..!!!"  Aku memandang masalah riba ini sebagai satu wabak atau penyakit yang amat parah kerana dalam setiap urusan jual beli kita hari ini terdedah dengan masalah riba. Dari pinjaman kenderaan, perumahan, modal memulakan perniagaan, pinjaman peribadi, mahupun pendidikan..!!! Lalu apakah kesan dan akibat yang parah untuk masa hadapan kesan daripada riba ini...???!!! Antara kesan-kesannya dibincangkan DI SINI, SINI dan SINI.



Sebagai renungan bersama:

Firman Allah Taala bermaksud:
"Barangsiapa yang kembali mengambil riba maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 275).



Dari Jabir R.A. berkata bermaksud:
"Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama."
(Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).






Semoga dengan KEAMPUNAN dan KERAHMATAN daripada ALLAH SWT dapat MENSUCIKAN segala harta dan jasad kita daripada RIBA yang terkutok..!!! 

Mungkin wabak inilah yang menjadi punca dan penyebab DOA-DOA orang yang BERIMAN tak terjawab.

Sesungguhnya aku melihat pada hari ini, penyakit ini semakin parah dan membusuk...!!!

Kemana lagi kita nak mengelak dan lari...???

Hanya pada ALLAH SWT tempat aku BERHARAP dan TAKUT..!!!


(ur_whispers)
Ya ALLAH...
Lindungilah kami,
Kasihanilah kami,
Sungguh luas dosa-dosa kami,
Hanya ampunan-MU yang MAHA LUAS kami dambakan...
Reade more >>

Amalkan Pemanduan Secara Berhemah

Aku dah banyak kali nak posting isu ini, tapi selalu tak berkesempatan. Ok, isunya adalah "memandu sambil menggunakan telefon bimbit..!!!". Aku dah banyak kali terserempak dengan orang seperti ini. Perasaan bercampur-baur. Rasa GERAM ada, MENYAMPAH pun ada, rasa nak BALING dengan pad lock pun ada. Berdasarkan pemerhatian yang aku buat (sebab hari-hari naik motor, dan terserempak dengan masalah ini) aku dapati, mereka ini adalah dari kalangan orang yang SANGAT SIBUK dengan bermacam-macam urusan sehingga boleh menggadaikan nyawa pengguna jalan yang lain. Antara tempat-tempat panas yang sering aku hadapi manusia seperti ini adalah di persimpangan jalan, kawasan traffic light, dan jalan utama (majoriti). 


Untuk itu, aku menyeru dan mengajak semua pengguna jalan raya sekalian.....

AMALKAN PEMANDUAN YANG BERHEMAH...!!! 

BERHATI-HATILAH SEMASA BERADA DI JALAN RAYA...!!!

HARGAILAH NYAWA ORANG LAIN, 
WALAUPUN ANDA TIDAK MENGHARGAI NYAWA SENDIRI...!!!

Sebelum dan semasa memulakan perjalanan menaiki kenderaan, terdapat beberapaa perkara yang perlu dicontohi. Tidak ada contoh dan tauladan yang paling mulia melaikan cara dan adab kehidupan yang telah ditunjukkan sebagai panduan kita oleh Nabi Muhammad SAW.!!!


ADAB PERJALANAN RINGKAS

1. Membaca doa naik kenderaan



2. Membaca 6 Surah + 1 Basmallah iaitu:
  • Al-Fatiha
  • Al-Maun
  • An-Nasr
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Nas
  • Basmallah
Setelah berikhtiar....

Kemudian bertawakkalah pada ALLAH SWT...

INSYALLAH, dipermudahkan perjalanan anda...


(ur_whispers)
beradab semasa berada di jalanan...
juga merupakan ibadat...



Reade more >>

Sunday, January 16, 2011

Harap & Takut

Pernahkan anda merasa berharap kepada Rahmat ALLAH SWT...? Bagaimana pula dengan perasaan takut pada Keadilan ALLAH SWT...? Sesungguhnya amatlah sukar untuk menentukan bahawasanya seseorang itu berada dalam keadaan yang diredhai serta dikasihi ataupun dimurkai serta terlaknat. Jangan sesekali anda memandang orang yang jauh daripada perintah ALLAH SWT itu hina dan orang yang zahirnya taat pada perintah ALLAH SWT itu mulia. Kehinaan dan kemuliaan adalah dalam ketentuan-NYA. Namun, janganlah pula anda memandang buruk pada orang yang taat pada perintah-NYA kerana dia juga sedang berusaha mencari redha ALLAH SWT. Sementara yang masih jauh daripada perintah ALLAH SWT, teruslah berusaha untuk berubah. Dengan niat dan azam yang kuat, Insyallah dengan taufik serta hidayat daripada-NYA anda akan lebih dekat pada-NYA.

Tujuan aku menulis entri ini adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri, keluarga, insan tersayang, sahabat handar serta manusia seluruhnya. ALLAH SWT tidak memandang pada rupa, harta, pangkat; sebaliknya ketakwaan dan keimanan yang sahih. Adakah kita benar-benar seorang yang beriman...? Tepuk dada tanyalah IMAN!!!

Cuba pandang sekeliling anda. Apa yang dapat anda simpulkan...?

  • Berapa ramai orang Islam tidak menutup aurat dengan sempurna..? Atas tertutup, yang bawah terdedah. Semua tertutup, tetapi yang tertutup amatlah ketat. Habis semua tertonjol, adakah sebab nak sangat menonjol di khalayak ramai...?

  • Berapa ramai orang Islam yang tidak menjaga Solat...? Solat itu tiang agama, orang yang meninggalkan solat itulah yang meruntuhkan agama. Nampak mudah, tapi sebenarnya amat berat. Seberat-berat seksaan adalah meninggalkan solat. Persoalan pertama di hari Hisab adalah berkenaan solat. Jika Solat diterima, maka semua amalan akan diterima. Tertolak solat, maka sia-sialah segala amalan. Bagi aku, orang yang miskin dan muflis di dunia dan akhirat adalah orang yang meninggalkan solat. Segerakanlah solat. Aku pun kadang-kadang cuai juga, sebab tu kena saling beringat. Bagi yang dah ada niat, segerakan niat anda itu, jangan cuma niat tinggal niat saja.

  • Berapa ramai yang mampu memberikan salam dan senyuman...? Mungkin sesetengah orang memandang perkara ini remeh, tapi ianya memberikan kesan yang sangat mendalam. Dengan salam kita akan saling memuliakan dan dengan senyuman sifat kasih sayang akan terjalin antara sesama manusia. Namun, perkara itu amatlah jauh daripada amalan masyarakat kita hari ini. Tamadun yang macam mana kita hendak contohi sebenarnya..? Bagi aku, tamadun manusia yang paling gemilang adalah zaman dimana terutusnya Nabi Muhammad SAW. Adakah kita hendak mencontohi kekasih ALLAH SWT atau tamadun yang dipelopori oleh Amerika? Britain? Jepun? etc? Contoh dan panduan yang lengkap telah diberikhabarkan oleh pembawa berita yang benar. Semuanya tercatat dalam Al-Quran dan Hadis. Tidak ada kehidupan yang lebih mulia melainkan mencontohi cara kehidupan suci murni Nabi Muhammad SAW. Aku yang lemah ini sedang berusaha kearah itu. Insyallah.

*Aku cuba memandang dari perspektif yang berbeza. Namun perspektif itu tidaklah berbeza bagi orang-orang yang terdahulu. Cuma cara kehidupan kita hari ini yang jauh daripada cahaya Islam yang sebenar menyebabkan kita beranggapan seolah-olah agama itu telah mati...!!! Matinya amalan agama, petanda orang Islam semakin jauh daripada ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW. Kita patut bertaubat dan beristigfar kerana pada zaman kita berada didunia ini Islam telah dipijak-pijak dan dihinakan. Bukan oleh orang lain, tetapi oleh orang yang mengaku diri Islam itu sendiri...!!! Astagfirullah al-azim...!!! Harap dan Takut itulah IMAN...!!!



(ur_whispers)
Cantiklah wanita yang berambut panjang...
Cantiklah lelaki yang memelihara janggut...
Kerana itu adalah satu tuntutan...

Reade more >>

Friday, January 7, 2011

Adakah ini yang dimaksudkan dengan KEHIDUPAN...???

Apa maksud kita dilahirkan ke dunia ini...?

Adakah anda pernah memikirkan persoalan yang asas ini...?

Bagi mereka yang mencari jawapan, pasti akan menemuinya. Penemuan yang pasti akan membuatkan anda menjadi taksub dan ghairah. Taksub dan ghairah untuk terus mencari jawapan disebalik putaran dunia yang pasti akan terhenti ini. Sejak kita dilahirkan, manusia telah cenderung untuk mengejar kemewahan dunia. Sedar tak sedar, aku juga turut tergoda dengan 'keindahan' dunia. Lalai dalam melaksanakan maksud dan tujuan sebenar kita dilahirkan didunia ini. 'Keindahan' yang takkan mungkin sama dengan apa yang ada di alam sebelah sana.

Persoalan yang bermain dalam fikiran aku adalah, adakah kita telah menjadi zalim dan kejam dengan diri sendiri...?

Adakah untuk mengejar kemajuan semata-mata...?

Kemajuan yang mana satu kita hajati...?

Sedarkah kita, negara manakah dalam dunia ini yang berstatus maju benar-benar 'maju'...?

Maju atau 'mundur' dalam erti klasik yang sepatutnya...?

Adakah ini yang dimaksudkan dengan kemajuan...?
Seluar dalam berjenama Camel, Levi's, adidas, renoma @ giant, tesco...
Seluar jeans Levi's, Guess, Lee, Wrangler's @ bundle
Baju-T berjenama adidas, NIKE, Puma @ cukup dengan brand murah...
Kereta berjenama Mitshubishi, Toyota, Proton @ cukup sekadar kereta second hand...
Rumah banglo, teres @ rumah flat bertingkat-tingkat...
Telefon bimbit Blackberry, Ipad dan macam-macam jenama lagi...
Laptop berjenama Apple, Acer, Dell @ Compaq...

Adakah adil untuk mengatakan bahawa 
dengan memiliki semua ini kita telah mencapai maksud KEHIDUPAN yang sebenar...?

*Entri ini ditulis berdasarkan pemerhatian aku terhadap cara kehidupan kebanyakkan manusia di saat ini. Perhatikanlah sekeliling anda, pasti akan merasai apa yang sedang aku fikirkan (atau mungkin juga berlawanan dengan apa yang aku fikirkan). Terpulang pada anda.

**Entri berkaitan Apa itu Kejayaan...? (Klik sini)

(ur_whispers)
maksud kehidupan kita yang sebenarnya
adalah untuk menghidupkan Al-Quran dan Sunnah
dalam kehidupan seharian...
kemewahan di dunia ini 
bukanlah jaminan kesudahan yang baik di "sana"
dekat kita padaNya, berbahagialah kita...
Reade more >>

Tuesday, January 4, 2011

Renungan

Sedang aku membaca Al-Quran pagi ini, aku telah sampai kepada Ayat 15 - 16 dalam Surah Hud dalam Juz yang ke-12. Antara lain maksudnya, ALLAH SWT berfirman yang mahfumnya:

Surah Hud; Juz 12

15. "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya KAMI berikan kepada mereka di dunia dengan kesempurnaan dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."


16. " Itulah orang yang tidak memperolehi apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."



kemudian pada Ayat 23, ALLAH SWT berfirman yang mahfumnya:

23. "Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya."

(sumber: Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Rasm Uthmani)

* Lapangkanlah sedikit masa untuk membaca dan cuba memahami isi kandungan Al-Quran

* Segala kekeliruan, ketidakpastian dalam kepala akan terjawab. Perkara yang membezakan manusia adalah berfikir..!!! 

* Dan sebaik-baik fikir adalah berfikir tentang kehidupan yang sangat panjang (hidup setelah bangkit dari mati)..!!!


(ur_whispers)
semoga aku, 
semoga ibu bapa,
semoga famili, 
semoga sahabat-sahabat, 
semoga semua orang yang beriman,
semoga yang sedang membaca entri ini,
tergolong di kalangan orang yang berbahagia itu...
Reade more >>

Monday, January 3, 2011

Apa Itu Kejayaan...?

Inikah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN...???!!!
(photo source: credit to http://www.ecosway.com/)

Setiap manusia menginginkan kejayaan. Namun, definisi kejayaan juga berbeza-beza. Apakah kejayaan sebenar yang perlu kita usahakan (menurut Al-Quran dan Sunah)...?

Seorang memiliki sebuah bangunan yang hebat. Ketinggiannya bertingkat-tingkat dan lengkapi dengan segala kemudahan yang canggih. Di atas bangunan itu tertera nama beliau. Tiap-tiap hari orang akan memandang kearah bangunan itu. Orang ramai akan mula tertanya-tanya, sungguh orang itu telah berjaya. Beliau juga memiliki beberapa jenis kereta yang mewah. Rumah miliknya adalah banglo yang berharga berjuta-juta ringgit. Namun, suatu ketika beliau telah diistiharkan bangkrap oleh pihak bank. Lalu nama di atas bangunan itu telah ditukarkan dengan nama pemilik yang baru. Ternyata dia bukan orang yang berjaya!

Cuba klik ke Google image search, then taip kejayaan. Apa yang anda lihat...??? (untuk lihat carian klik sini)

Jangan tertipu dengan dunia yang menipu!!!

Kejayaan bukan terletak kepada harta, pangkat dan kedudukan!!!
Semua ini tidak lain hanyalah ujian semata-mata!!!
Dalam masa sekelip mata sahaja semuanya boleh berubah!!!


Tidak ada satu ayat pun dalam AL-QURAN yang suci dan Hadis-hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa kejayaan terletak pada harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. Melainkan, kejayaan itu terletak dalam agama. Apa itu AGAMA..??? Agama adalah NASIHAT. Mentaati perintah ALLAH SWT dan mencontohi cara kehidupan RASULULLAH SAW. Tidak ada kejayaan selain daripada itu.

Siapakah mereka-mereka yang telah berjaya...???

Dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis mereka-mereka inilah sering disebutkan sebagai golongan yang telah berjaya (termasuk orang-orang sesudah mereka yang mencontohi kehidupan Rasulullah SAW).
  • Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul (A.S);
  • Sahabat-sahabat Rasulullah SAW (Radiallahuanhum);
  • Tabi'ut tabi'in;
  • Beserta orang-orang mengikuti jalan kehidupan sesudah mereka.

Dalam apa urusan dan aktiviti sekali pun yang kita melibatkan diri, contohilah orang-orang yang telah berjaya di atas. Tidak ada kejayaan melainkan hanyalah dengan mengikuti segala perintah ALLAH SWT dan mencontohi kehidupan suci murni Nabi Muhammad SAW.

(ur_whispers)
kehidupan moden hari ini
telah banyak mematikan amalan agama
kerana....usaha Yahudi dan Nasrani
telah sedikit sebanyak berjaya menyesatkan orang ISLAM...
Reade more >>

Api...!!! Api...!!! Api...!!! Tolong padamkan...

Ini gambar API...!!!
(photo source: credit to - http://www.separtz.com)


Api adalah satu tindakbalas yang berlaku antara haba + oksigen + bahan api. Apabila api marak dari sekecil-kecil nyalaan, maka setiap daripada orang yang melihatnya bertanggungjawab untuk memadamkan nyalaan sekecil itu. Namun sekiranya setiap daripada kita saling menuding jari dan saling menyalahkan, api sekecil itu akan terus menyala, berkembang dan merebak. Lebih membahayakan lagi, ianya mampu menyebabkan kematian. Memang semua sedia maklum bahawa kerja memadam api adalah tugas pihak BOMBA. Namun, adalah satu kejahilan dengan api sekecil-kecil nyalaan pun kita perlu menunggu pihak bomba datang untuk memadamkan api tersebut. Sebaliknya, setiap kita perlu berganding bahu dengan penuh tanggungjawab memadamkan api tersebut tanpa perlu tuding menuding dan berkata "Ini bukan kerja saya!!!". Apabila semua ambil tanggungjawab, maka selesai semua masalah.


Apa kaitan API dengan entri ini..???

Cerita diatas adalah perkara yang sedang bermain dalam benak aku. Masa silih berganti, dunia terus berkembang. Dari era pertanian. Kemudian era perindustrian. Kini era globalisasi tanpa sempadan. Pengetahuan dan informasi, semua berada di hujung jari. Namun tamadun manusia tidak juga bertambah baik. Bahkan kembali ke belakang. Menuju kearah kejahilian (Nauzubillah). Apakah signifikasi cerita API di atas dengan semua ini?

Sedarkah kita hari ini bahawa, sedar tak sedar, manusia sedang berbondong-bondong menuju kearah API yang maha dahsyat (API yang kekal - NERAKA). Ketika maksiat bermaharaja, apakah peranan kita terhadap masalah global ini...? Kiri dan kanan, atas dan bawah. Semua dipenuhi dengan maksiat. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat. Meninggalkan solat itu maksiat. Tidak jujur dalam perniagaan itu maksiat. Menipu itu maksiat.

Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk saling ingat memperingati. Kerana Allah SWT hanya meletakkan kejayaan dalam ketaatan pada perintah-NYA. Ingatlah setiap maksiat yang berlaku disekeliling kita, maka kita bertanggungjawab untuk mencegahnya. Tak perlu tunggu Ulama atau Ustaz untuk mencegahnya. Setiap orang yang beriman, maka wajib atasnya untuk mencegah maksiat. Dari sekecil-kecil maksiat. Apabila setiap orang menafikan tanggungjawab ini ("Ini bukan kerja saya!!!" - seperti kisah API diatas) maka maksiat akan terus bermaharaja.

Ibarat seorang ibu yang menyuruh anaknya untuk mengangkat sebuah bekas yang berisi kaca. Namun anak yang paling dewasa merasa malas untuk pergi mengangkatnya. Lalu si anak kecil berlari-lari menyahut seruan si ibu. Kemudian si anak kecil itu berjalan dengan beban di atas tanganya. Akibat daripada kemampuan dan pengetahuan yang tidak seberapa, si anak kecil itu telah keciciran bekas berisi kaca itu. Lalu berkecailah kaca di atas lantai. Percaya atau tidak, si ibu pasti akan memarahi si abang kepada anak kecil itu kerana membiarkan si anak kecil mengalas beban yang diluar kemampuannya.

Dikalangan kita ada orang yang lebih mengetahui dan berilmu. Setiap pengetahuan dan ilmu yang diperolehi akan dipersoalkan. Seperti juga ibu tadi, Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang akan terlebih dahulu mempersoalkan mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Dikala maksiat bermaharaja, dimana ilmu mereka digunakan untuk memperbaiki keadaan Umat.

Anda dan Aku tidak terkecuali dari melakukan maksiat. Sesiapa yang melihat maksiat perlu untuk menasihati. Silakan menasihati, anda dialu-alukan.

Aku bukan Ustaz, sekadar berfikir sejenak akan keadaan kita yang kian jauh dari maksud kehidupan yang sebenar!!!


(ur_whispers)
Demi masa...
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...
malaikan.....
+orang yang beriman; serta
+beramal soleh: serta
+saling menasihati kepada kebenaran; serta
+saling menasihati kepada kesabaran...!!!
Reade more >>

Saturday, January 1, 2011

Semalam di Shah Alam

Angka berubah lagi. Semalam 31/12/2010. Hari ini 1/1/2011. Tidak beza pun. Yang berubah hanyalah angka. Sedangkan perubahan yang paling penting adalah "perubahan diri sendiri". Ini adalah mutlak. Di kesempatan ini, aku mengucapkan semoga kita sentiasa mendapat Rahmat dan Kasih Sayang dari Yang Maha Kuasa.

Semalam aku di Shah Alam. Berlegar-legar sekitar Tasik dan Dataran Shah Alam. Ternyata tidak banyak yang berubah. Ramai anak muda Melayu yang duduk lepak bersahaja. Lelaki dan perempuan bersekali meraihkan malam. Sedang dunia penuh dengan cabaran yang semakin merunsingkan kepala, kita di Malaysia, spesifik untuk malam tadi di Shah Alam, boleh aku kategorikan sebagai kurang bertamadun.

Mat motor dengan motorsikal masing-masing. Bagi mereka hebat dan satu bonus jika menunggang bersama minah cun (cun ke???). Berpeleseran kesana sini dengan bunyi enjin yang menyakitkan telinga. Yang pada aku secara tidak langsung bisa mengundang makian dan sumpah-menyumpah. Mat aksesori kereta pula dengan sistem bunyian seakan-akan bom atom yang meletup di Hiroshima. Ada juga yang datang sekadar melepak dan meninjau keadaan. 

Seperti dalam lirik lagu Cerita Kedai Kopi "Di Eropah orang bentang idea, topik-topik didiskusi, anjakan paradigma bila kena kopi" (Malique feat Salam).

Apabila ini menjadi budaya dan amalan, apakah bentuk tamadun yang akan kita kecapi...???

Di wajah tampak gembira, terhibur dan bahagia. Tapi hakikatnya hati kosong, gundah gulana!!!
Semalam di Shah Alam....sejuta wajah, menunjukkan tamadun kita yang mundur!!!

*kita tunggu berita dalam bulan Ogos/September/Oktober 2011 (untuk pautan entri Klik Sini)

(ur_whispers)
asset agama, bangsa dan negara...
mengalami permasalahan besar...
aku dan kamu bertanggungjawab...
Reade more >>

Muhasabah Di Penghujung Tahun 2010

Dikala orang ramai sibuk bertanyakan azam baru untuk tahun yang mendatang, kita jangan alpa untuk menilai dan bermuhasabah diri. Selama 365 hari yang telah berlalu:


  • Adakah kita telah mencapai satu tahap yang telah di ingini dan di cita-citakan...? 
  • Adakah kita telah menjadi orang yang benar-benar beriman...?
  • Berapa banyak kita mengingati orang yang kurang bernasib baik dari kita...?
  • Adakah kita benar-benar telah mensyukuri nikmat kurnia yang telah diberikan...?
  • Adakah kita telah berkhidmat kepada kedua ibu dan bapa dengan sebaik-baiknya...?

AWAS!!!
Menurut pemerhatian aku, kadar pembuangan bayi amat berleluasa berlaku sekitar bulan September dan Oktober (bermakna "projek" biasanya berlaku semasa menyambut tahun baru). Untuk rekod, kes pembuangan bayi tertinggi di Malaysia adalah di negeri Selangor dengan jumlah yang amat tinggi. Kes kelahiran anak luar nikah di negeri Selangor amat mengejutkan, mencecah 1 JUTA orang. Majoriti adalah MELAYU beragama ISLAM (Sumber: Kuliah Maghrib Surau Al-Mizan)

PENCERAHAN!!!
ISLAM adalah agama yang suci dan sempurna. Masalah yang berlaku hari ini adalah disebabkan lemahnya IMAN dikalagan orang ISLAM itu sendiri (termasuk aku!). ISLAM sentiasa benar dan sempurna, yang bermasalah adalah orang yang beragama ISLAM tetapi mempunyai pegangan yang lemah.

Situasi A
Seorang budak sekolah yang bersekolah di Sekolah XXX gagal dalam peperiksaan SPM. Jadi, kita nak salahkan Sekolah XXX atau budak sekolah itu...? Sudah tentu kita akan menyalahkan budak sekolah itu, kerana cuai dalam pelajaran. Kerana, kita begitu yakin akan sistem yang sedia ada di Sekolah XXX adalah pada tahap yang terbaik dan sempurna.

Ulasan: 
Dewasa ini apa sahaja yang melibatkan masalah yang berpunca daripada penganut yang beragama ISLAM, pastinya yang mendapat kecaman, kutukan, makian, cacian, adalah agama ISLAM bukannya penganut yang beragama ISLAM itu. 

Kebiasaanya individu yang mendatangkan masalah, namun yang mendapat keburukan agama ISLAM itu sendiri. Berbeza dengan Situasi A di atas, yang mana mustahil orang akan menyalahkan Sekolah XXX. Sebaliknya mereka akan menyalahkan budak sekolah itu. Ini satu tindakan yang tepat.

Namun hakikatnya dalam situasi yang nyata hari ini, apa sahaja yang buruk dan tidak bermoral dikalangan individu yang beragama ISLAM, pastinya ISLAM yang mendapat kecaman. Ini tidak kena pada tempatnya. Aku yang bersalah, ISLAM sentiasa benar.



"Yang terbaik adalah yang memandang kelemahan diri sendiri dan
berusaha daripada kelemahan diri itu menjadi yang terbaik." 
(Irwan Mohammad Ali & Noor Hafzam Kamarudin, 2011)



(ur_whispers)
Ya ALLAH ampunilah kami....
Kami terlalu banyak berdosa pada-MU....
Reade more >>

Thursday, December 23, 2010

Apa Perbezaan Solat dan Sembahyang...?

Setiap kali aku bangun pagi untuk pergi melaksanakan tanggungjawab dan amanah pasti aku akan menghadapi dua situasi yang lumrah dalam kehidupan kotaraya. Perkara yang menjadi perhatian aku adalah, apabila masuk waktu subuh yang menandakan berakhirnya waktu malam dan akan bermulanya siang hari...manusia terbahagi kepada beberapa golongan.

Perkara ini akan sentiasa membelenggu pikiranku semasa pergi dan kembalinya dari melaksanakan kewajipan itu. Sebagai seorang Muslim yang cuba untuk menerapkan nilai-nilai kehidupan seperti yang telah diperintahkan, aku mendapati tidak ada jaminan untuk kita kekal dengan "hidayah" yang telah diberikan oleh-Nya. Sebaliknya hidayah akan berkurangan apabila Iman menjadi lemah dan malap. Aku meyakini bahawa Imanlah yang menjadi pendorong untuk kita menjadi orang yang patuh dan taat pada perintah-Nya. Tujuan entri ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang lebih baik dari yang lainya, niat aku hanyalah untuk menjadikannya sebagai iktibar bagi yang ingin dan berkehendakan kepada kebaikan. Untuk aku kekal dengan amal seperti ini pun perlukah hidayah dari ALLAH SWT yang akan memacu Iman dan memudahkan untuk kita beramal.

Berbalik kepada persoalan yang menjadi tajuk entri kali ini, setiap kali bangun di waktu subuh dan berjalan menuju ke Surau aku akan mengalami satu ambient yang sangat berbeza. Perbezaan yang aku maksudkan adalah pada ketika itu juga, orang yang mempunyai anutan kepercayaan yang berbeza dengan orang Muslim juga sibuk dengan tuntutan agama mereka. Pada masa itu juga, kuil berhampiran bercahaya terang benderang dan di penuhi dengan beberapa penganut yang taat. Pada aku, walaupun mereka bukan dari kalangan orang Muslim, namun ketaatan dan kesetiaan mereka jauh lebih baik berbanding orang Muslim itu sendiri. Pada pandangan kita, ternyata mereka menyembah selain daripada ALLAH SWT, Pencipta Alam Semesta, tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Namun, setibanya aku di Surau, hanya terdapat beberapa susuk tubuh yang selalu mengimarahkan surau dengan solat berjemaah. Sedangkan dalam masa yang sama masih ramai lagi saudara-saudara semuslim berada diluar dan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Semoga hendaknya mereka telah dan akan mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya.  "Sesungguhnya tiada bahagian dalam Islam orang yang meninggalkan Solat."

Solat itu mendekatkan kita dengan ALLAH SWT, tempat untuk memohon dan mengadukan segala masalah kerana DIA adalah penyelesai kepada segala masalah. Sedang mereka yang tidak beriman kepada-Nya "bersembahyang" dengan harapan Dewa dan Dewi mereka dapat memberikan perlindungan dan keberkatan dalam kehidupan mereka. Bukankah orang Islam itu memiliki ketinggian dan kemulian melalui perantaan Solat..? Bukankah Solat itu menjadikan seseorang Muslim itu bertambah dan berkah kehidupannya...? Segerakanlah mendirikan Solat, sesungguhnya Solat itu tiang agama. Islam hari ini telah runtuh bukan sebab orang lain, runtuhnya adalah kerana kita sendiri. Semoga kita mendapat iktibar dan beramal seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amin.


(ur_whispers)
semoga ALLAH SWT menjadikan aku, ahli keluarga, jiran-jiran, 
pemimpin-pemimpin, sahabat-sahabat,
Muslimin dan Muslimat,
orang yang sentiasa mendirikan Solat seperti yang dikehendaki.
Reade more >>

Wednesday, December 22, 2010

Hak milik bernilai RM1 tidak sama dengan RM1 juta yang diamanahkan

Untuk entri kali ini aku kutip dari celah pikiranku yang sedang memikirkan bermacam-macam hal. Aku amat tertarik dengan satu ungkapan yang mudah tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam bila direnungkan. Sebagai perumpamaan, manusia hari ini kurang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Sang Pencipta semesta alam, ALLAH SWT. Adakah anda merasa bersyukur dan cukup dengan RM1 dalam kocek anda? dan bagaimana pula perasaan anda apabila diamanahkan dengan sejumlah wang RM1 juta?

Sebagai penjelasan, RM1 itu adalah hak mutlak yang mana anda mempunyai kebebasan untuk membelanjakannya mengikut kemahuan walaupun nilainya adalah sangat rendah. Manakala amanah RM1 juta yang dipinjamkan pula adalah bukan hak mutlak anda, dan tidak mempunyai kebebasan langsung untuk menggunakannya. Hakikatnya pada saat ini, manusia mudah lupa dengan segala pemberian yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT atas segala nikmat walau sekecil mana pun ia.

Bersyukurlah dengan apa adanya hak milik anda yang telah ditentukan selama hidup ini. Matikanlah angan-angan untuk memiliki harta yang bertimbun-timbun yang pada hakikatnya bukan milik mutlak anda. Semua yang ada dalam dunia ini adalah pinjaman daripadaNYA sebagai ujian tahap IMAN setiap insan. Akhir nanti yang pasti akan dipersoalkan adalah, persoalan bocor yang semua kita telah mengetahuinya. Namun adakah kita telah bersedia untuk itu? Kita mengetahui akan tibanya waktu dimana dunia ini pasti akan ditinggalkan samada suka ataupun tidak, namun manusia selalu alpa dan leka dengan kenikmatan dunia yang memperdayakan ini. Bukan menolak keuntungan dunia. Tapi adakah siapa-siapa antara kalian yang boleh nyatakan, dengan keadaan dunia yang tidak menentu hari ini adakah kita telah mencapai satu tahap ketamadunan yang amat tinggi..? Jelas sekali ianya bertentangan dengan maksud tamadun itu sendiri.

Akhirnya kita akan kembali juga, kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar. Berkhidmatlah kepada sesama manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sayangilah para pencinta ALLAH SWT dan orang tua dikalangan anda. Kasihilah kanak-kanak. Berbahagialah walau hanya dengan RM1, dan yang pasti anda akan merasa gundah dengan amanah RM1 juta yang hanyalah dipinjamkan.

(ur_whispers)
Alhamdulillah....
syukur atas segala nikmat....
kepada yang memberi nikmat....
Reade more >>

Monday, December 13, 2010

My Own Mind… (2010 Quotes Compilation)

#1
“What efforts are done to keep up our Faith (iman)....???”
(Irwan Mohammad Ali, 11th May 2010)


#2
“Hidup dengan teknologi rendah adalah lebih baik untuk kehidupan manusia.”
(Irwan Mohammad Ali, 21st July 2010)

#3
“Let me whisper in your ear the thing you want to hear.....”
(Irwan Mohammad Ali, 1st Aug 2010)

#4
“Semoga mendapat "kerahmatan" permulaan Ramadhan ini, juga semoga bakal disusuli dengan "keampunan"...adakah aku tergolong orang-orang yang mendapat Rahmat-NYA?”
(Irwan Mohammad Ali, 17th Aug 2010)

#5
“Memikirkan bermacam-macam masalah yang sedang menimpa umat hari ini, terlihat di kaca tv, terbaca di koran-koran, terdengar di bibir-bibir....adakah benar kita masih dlm pandangan kasih sayang Allah SWT...?”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#6
“Kemerosotan umat hari ini sama seperti kemerosotan umat yang telah mendahului kita...rawatan dan penyelesaian kepada masalah hari ini adalah sama seperti yang telah di buat oleh Nabi SAW....Baiki Iman...”
(Irwan Mohammad Ali, 23rd Aug 2010)

#7
“Berpesan: jangan tertipu dengan dunia yang menipu....
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#8
“Dunia semakin dikejar tanpa pedoman, semakin menjauh akhirat...”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#9
“Ketenangan datang bila merasa cukup dengan apa adanya, kegelisahan datang bila merasa tak cukup....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#10
“Bersyukurlah bukan sekadar dengan ucapan Alhamdulillah tetapi diiringi sujud dengan penuh keinsafan, takut dan harap....”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)

#11
“Dan aku bukan rasul, nabi, malaikat, mahupun ustadz....aku hanya insan biasa seperti kamu…”
(Irwan Mohammad Ali, 19th Sept 2010)


#12
“Cerita bangun pagi...ada yang bangun terus masuk kubur, ada yang bangun terus masuk hospital, ada yang bangun terus masuk pasar, ada yang bangun terus pergi sembahyang subuh...dimanakah anda..?”
(Irwan Mohammad Ali, 11th Oct 2010)

#13
“Belajar dari apa yang aku dengar…., 
belajar dari apa yang aku lihat…., 
belajar dari apa yang aku rasa…., 
belajar dari apa yang aku fikir....’
Belajar dari apa yang aku pelajari...”
(Irwan Mohammad Ali, 14th October 2010)

#14
“Bila merasa duka cita tanpa $$$...., 
Gundah gulana tanpa $$$....,
Susah hidup tanpa $$$....,
Bermakna $$$ telah menjadi TUHAN dalam hati...
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)

#15
“Bermohon pada ALLAH SWT,
Bergantunglah pada ALLAH SWT,
Sungguh DIA takkan pernah melupakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 21st October 2010)
  
#16
“Ibu dan Ayah, 
penat lelah bekerja mencari sesuap nasi,
untuk si anak yang disayangi....
Anak-anak,
rajinlah berusaha,
untuk berbakti pada mereka....”
(Irwan Mohammad Ali, 25th October 2010)

#17
“Sedang memikir...,
sedang merancang...,
sedang menilai...,
sedang melaksanakan...”
(Irwan Mohammad Ali, 29th Oct 2010)

#18
“Bila merasa marah, marahlah sebentar....”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#19
“Merasakan diri lebih baik dari orang lain adalah satu kesilapan yang sangat besar dalam kehidupan…”
(Irwan Mohammad Ali, 10th Nov 2010)

#20
“Mengasihi & menyayangi orang di sekeliling anda di saat kehadirannya dirasai adalah jauh lebih bernilai, manakala satu kerugian besar bila di saat ketiadaanya kasih & sayang itu baru mula berputik…”
(Irwan Mohammad Ali, 13th Nov 2010)

#21
“Salam Lebaran dari anak perantauan buat mak dan ayah, famili tercinta serta sahabat handai; ternyata yang di sana berkorban, yang di sini pun berkorban, sama-samalah kita berkorban di hari yang penuh barakah…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H – 16th Nov 2010)

#22
“Kadang-kadang yang disembelih itu lagi mulia dari yang menyembelih. Tunaikanlah hak makhluk dengan sebaik-baiknya, hormatlahi mereka-mereka yang dikorbankan, sebab mereka benar-benar telah berkorban…”
(Irwan Mohammad Ali, 1431H- 16th Nov 2010M)

#23
"Cinta bukan hanya dengan ucapan I LOVE YOU, tetapi perlu dibuktikan dengan menunaikan segala janji-janji yang telah di ungkapkan.”
(Irwan M. A. & Noor Hafzam K., 17th Nov 2010)

#24
‎"Musuh yang meruntuhkan itu bukanlah musuh yang sering diperkatakan dan digambarkan oleh media massa, musuh itu biasanya dari kalangan kelompok itu sendiri…."
(Irwan Mohammad Ali, 24th Nov 2010)

#25
"Life is too short, don't waste your time."
(Irwan Mohammad Ali, 26th Nov 2010)
  
#26
"Kadang-kadang kita terlupa akan hakikat maksud hidup sebenar, rupanya kita telah dilalaikan dengan bermacam-macam bentuk hiburan, sukan dan politik yang merosakkan. Hiburan, sukan dan politik itu tidak salah, akan tetapi sikap berlebih-lebih itu yang menghancurkan. Tidak ada kehancuran yang lebih dahsyat melainkan kealpaan menuju kebinasaan yang kekal."
(Irwan Mohammad Ali, 30th Nov 2010)

#27
"Kejayaan hari ini adalah disebabkan oleh berkat doa kedua ibu-bapa anda. Bukan sebab kepandaian dan hasil usaha anda semata-mata. Tanpa mereka, anda bukan siapa-siapa." 
(Irwan Mohammad Ali, 2nd Dec 2010)

#28
"Wanita dikurniakan satu anugerah yang sangat bernilai, mereka bisa merubah kejahatan kepada kebaikan. Tetapi sangat sedikit bilangan yang memanfaatkannya.".
(Irwan Mohammad Ali, 8th Dec 2010)

#29
"Orang yang berkerja dan hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan cukup, bersyukurlah; sebab ada antara kita bekerja dan hidup dalam suasana yang serba kekurangan."
(Irwan Mohammad Ali, 9th Dec 2010)


(ur_whispers)
hak intelektual...
jenerator idea...
hak cipta terpelihara....

Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...