Inikah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN...???!!!
(photo source: credit to http://www.ecosway.com/)
Setiap manusia menginginkan kejayaan. Namun, definisi kejayaan juga berbeza-beza. Apakah kejayaan sebenar yang perlu kita usahakan (menurut Al-Quran dan Sunah)...?
Seorang memiliki sebuah bangunan yang hebat. Ketinggiannya bertingkat-tingkat dan lengkapi dengan segala kemudahan yang canggih. Di atas bangunan itu tertera nama beliau. Tiap-tiap hari orang akan memandang kearah bangunan itu. Orang ramai akan mula tertanya-tanya, sungguh orang itu telah berjaya. Beliau juga memiliki beberapa jenis kereta yang mewah. Rumah miliknya adalah banglo yang berharga berjuta-juta ringgit. Namun, suatu ketika beliau telah diistiharkan bangkrap oleh pihak bank. Lalu nama di atas bangunan itu telah ditukarkan dengan nama pemilik yang baru. Ternyata dia bukan orang yang berjaya!
Cuba klik ke Google image search, then taip kejayaan. Apa yang anda lihat...??? (untuk lihat carian klik sini)
Jangan tertipu dengan dunia yang menipu!!!
Kejayaan bukan terletak kepada harta, pangkat dan kedudukan!!!
Semua ini tidak lain hanyalah ujian semata-mata!!!
Dalam masa sekelip mata sahaja semuanya boleh berubah!!!
Tidak ada satu ayat pun dalam AL-QURAN yang suci dan Hadis-hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa kejayaan terletak pada harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. Melainkan, kejayaan itu terletak dalam agama. Apa itu AGAMA..??? Agama adalah NASIHAT. Mentaati perintah ALLAH SWT dan mencontohi cara kehidupan RASULULLAH SAW. Tidak ada kejayaan selain daripada itu.
Siapakah mereka-mereka yang telah berjaya...???
Dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis mereka-mereka inilah sering disebutkan sebagai golongan yang telah berjaya (termasuk orang-orang sesudah mereka yang mencontohi kehidupan Rasulullah SAW).
- Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul (A.S);
- Sahabat-sahabat Rasulullah SAW (Radiallahuanhum);
- Tabi'ut tabi'in;
- Beserta orang-orang mengikuti jalan kehidupan sesudah mereka.
Dalam apa urusan dan aktiviti sekali pun yang kita melibatkan diri, contohilah orang-orang yang telah berjaya di atas. Tidak ada kejayaan melainkan hanyalah dengan mengikuti segala perintah ALLAH SWT dan mencontohi kehidupan suci murni Nabi Muhammad SAW.
(ur_whispers)
kehidupan moden hari ini
telah banyak mematikan amalan agama
kerana....usaha Yahudi dan Nasrani
telah sedikit sebanyak berjaya menyesatkan orang ISLAM...
No comments:
Post a Comment