Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Thursday, September 9, 2010

Burasa oh burasa....mari belajar buat Burasa....

Mesti ada yang heran atau tak berapa nak paham entri kali ini...Ok, pendek cerita Hari Raya Eidulfitri pun dah dekat. Kebiasaanya masyarakat Melayu Bugis di seluruh dunia akan menyediakan juadah ataupun resepi istimewa a.k.a "handalan" / "ongko bah tu"...Dengan ini aku mengistiharkan menu tersebut adalah "BURASA"...Barang siapa yang mempunyai darah berketurunan Melayu Bugis, kalau tak tau gak...tu maknanya korang bukan Melayu Bugis asli, boleh main jauh-jauh okey..

So, mari kita mengenali menu juadah ini yang perlu diketahui secara basis...Antara bahan-bahannya adalah:

1. Daun pisang - masa kecik2 dulu slalu mak suh g beli daun pisang...biasanya siapa lambat, alamatnya dapatlah daun yang tak berapa elok sket...


2. Santan Kelapa - masa kecik2 jugalah selalu menjadi 'mangsa' pegi parut kelapa....punyalah malas bile mendapat arahan dari big boss masa tu...hahaha...memori....

3. Beras - kalau tak tau gak, tak paham lah...bahan utama yang bakal menjadi santapan...

4. Tali rapia - sama seperti di atas, khas tuk digunakan mengikat...

5. Kopi 'O' (terbaik kalau ada)   - kadang-kadang caffeine hitam jenis serbuk ni membantu merancakkan aktiviti mengikat burasa gak...

tuk membuatkan anda lebih memahami sequence membuat burasa ni, disertakan image yang tak seberapa berkualiti.



Daun pisang digunakan untuk membungkus beras yang telah direndam dengan santan....


Beras yang telah direndam dengan air santan....enakkk..

Kerja-kerja membungkus beras kedalam daun pisang...high skill required bro...

beras di letakkan dengan elok-elok di atas daun pisang...
 
beras diisi dengan secukupnya....

kemudian dibungkus dengan cermat....

bungkusan kemudian dilipat pada kedua hujungnya...

inilah rupa bentuk setelah diisi dalam bungkusan dan dilipat dengan daun pisang....

seterusnya pula kerja-kerja mengikat bungkusan tadi...biasanya dalam masyarakat Melayu Bugis dikerjakan oleh kaum lelaki...

ikatan biasanya dua bungkus ataupun tiga bungkus sekaligus...

tujuan ikatan adalah untuk mengelakkan beras terkeluar daripada daun pisang dan paling penting mengekalkan bentuk segi empat setelah siap dimasak...
inilah rupabentuk burasa yang telah siap diikat dan sedia untuk dimasak keesokkan harinya...

kebiasaanya sehari sebelum hari raya, masyarakat Melayu Bugis akan memasak burasa dengan menggunakan kayu api... untuk memastikan burasa betul-betul masak, proses memasak berlangsung selama 8 or 9 jam...pastikan air dalam bekas sentiasa cukup...

gunakanlah tong gas jenis LPG, kerana alam sekitar akan terjaga daripada pencemaran asap menu burasa anda...hahaha...pissss...

lauk yang biasanya dihidangkan untuk dicecah bersama-sama burasa...emmmmm hari ini berbuka dengan burasa....



(ur_whisper)
 saat2 begini mungkin takkan ada lagi di masa hadapan.....
so, pesanan tuk anak dara yang berketurunan Melayu Bugis tu belajar2lah menu tradisi ni...
tuk org yang nak jadi menantu kepada masyarakat Melayu Bugis tu, paham2lah k...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...