Image courtesy: Harian Metro
Sisi Pengurusan pasukan & Pemain-pemain
Malam ini kita akan menyaksikan pertembungan antara dua pasukan terbaik dalam liga Malaysia (2012). Perjalanan pasukan ATM mungkin lebih dramatik jika dibandingkan dengan pasukan Kelantan FA yang menewaskan pasukan Selangor FA dengan aksi cemerlang di minit-minit terakhir perlawanan di Stadium Shah Alam.
Berdasarkan kepada aksi di peringkat separuh akhir, aku lebih terpesona dengan aksi pasukan ATM yang menunjukkan aksi yang sangat memberangsangkan. Mereka ada kelas yang tersendiri dan sudah pasti akan memberikan saingan yang sengit dalam merebut kejuaraan Liga Super Malaysia 2013 nanti...!
Tidak kurang hebat juga pasukan Kelantan FA yang dijangkakan akan mengalami sedikit perubahan dibahagian hadapan kerana beberapa penyerang utama mereka digantung setelah mengumpul dua kad kuning dan kad merah masing-masing. Apa yang pasti, selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan.
Fair Play....!
Sisi Penonton...
Aksi perlawanan akhir pada malam ini tidak akan meriah tanpa sokongan padu daripada penyokong setia pasukan masing-masing. Kemeriahan dan suasana gempita dalam stadium tidak akan wujud tanpa kehadiran mereka. Aku sebagai salah seorang peminat bola sepak juga sering kali menikmati suasana sedemikian.
Namun, aku ingin menarik perhatian semua dengan berkongsi beberapa perkara yang mungkin remeh pada pandangan segelintir....tapi sangat serius pada pandangan aku. Terlebih dahulu aku selitkan beberapa keratan akhbar online dan blog sukan bagi menerangkan situasi yang perlu diberikan perhatian serius.
Kes #1
Penonton maut di Stadium Shah Alam
Wednesday, October 13, 2010
Semalam, berlangsung perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam. Perlawanan berakhir 0-0. Tapi bukan itu yang nak diperkatakan. tapi, tindak-tanduk penonton yang aku nak perkatakan. Aku tak tengok perlawanan tersebut di stadium dan juga TV (tiada siaran langsung), tapi selepas perlawanan, kawan penulis blog, Meor ada bertanyakan aku tentang perlawanan tersebut.
"Bro? Ada orang mati ke kat Stadium Shah Alam?"
Selepas aku mendapat perkhabaran, aku terus mencari berita di ruang cyber. Hasilnya:
Menurut laporan dari sumber internet dan berita Nightline TV3, ada penyokong yang terbunuh ketika menonton perlawanan tersebut. Ada berita yang mengatakan seorang penyokong Kelantan terbunuh kerana sesak nafas kerana berhimpit di dalam stadium.
Ada pula yang berkata ada dua mangsa kematian. Satu sesak nafas. Satu lagi mati ditikam di luar stadium oleh peminat Selangor. Ada yang kata mati sebab kena belasah ramai-ramai. Masih menunggu pengesahan rasmi dari laman web rasmi KAFA.
Jadi, inikah sikap peminat bola sepak yang sanggup berbunuh. Bergaduh sampai berbunuh-bunuhan? Inikah tamadun manusia? Bila tak puas hati terus berbunuhan?
"Tapi penyokong Selangor yang mulakan semua ni."
"Ala.. Penyokong Kelantan pun sama je."
Ini bukan pasal siapa mulakan dulu. Tapi ini adalah rasional pemikiran manusia. tak kan sebab tengok bola sampai berbunuhan. Tujuan kita menonton permainan bola sepak ialah untuk menikmati pemainan tercantik dunia dengan semangat cintakan bola sepak, bukannya jadi si bebal yang sanggup berbunuh-bunuhan.
Memang kita tak dapat nak menafikan yang Selangor dan Kelantan memang seteru kuat dalam Liga Super Malaysia. Tapi, tak semestinya sampai nak kena bergaduh.
Liverpool dan Everton pun musuh ketat jugak. Tapi, penyokong mereka selamba boleh duduk sebelah-sebelah. Bileh berpelukkan sambil menyanyi. Sama juga dengan penyokong ManU dan Man City.
"Tapi, kau tulis dulu penyokong Celtic dengan Rangers bergaduh sampai masuk hospital. Apa cerita?"
Itu negara lain, ini Malaysia. Tak kan nak ikut semua budaya orang luar. Fikirkan ikut pemikiran yang matang, bukan ikut nafsu. Kebanyakan yang datang Stadium Shah Alam tu beragama Islam. So, fikir sendiri la.
Kita tengok bola sebab kita sayangkan pasukan kegemaran kita dan cintakan bola sepak. Kita berkawan dengan penyokong lawan, bukannya gaduh berbunuhan. Apa yang tinggal pada bola sepak kalau semua peminat bermusuhan dan berbunuhan. Jangan sampai permainan bola sepak mati bersama-sama peminatnya. Jangan bunuh jiwa bola sepak.
Apa-apa pun salam takziah buat keluarga magsa dan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.
Kredit gambar:Facebook Nurul Fatiha - Bekas gimnas Malaysia & Pengulas sukan RTMPortal Rasmi KAFA
Sumber
Menurut laporan dari sumber internet dan berita Nightline TV3, ada penyokong yang terbunuh ketika menonton perlawanan tersebut. Ada berita yang mengatakan seorang penyokong Kelantan terbunuh kerana sesak nafas kerana berhimpit di dalam stadium.
Ada pula yang berkata ada dua mangsa kematian. Satu sesak nafas. Satu lagi mati ditikam di luar stadium oleh peminat Selangor. Ada yang kata mati sebab kena belasah ramai-ramai. Masih menunggu pengesahan rasmi dari laman web rasmi KAFA.
Jadi, inikah sikap peminat bola sepak yang sanggup berbunuh. Bergaduh sampai berbunuh-bunuhan? Inikah tamadun manusia? Bila tak puas hati terus berbunuhan?
"Tapi penyokong Selangor yang mulakan semua ni."
"Ala.. Penyokong Kelantan pun sama je."
Ini bukan pasal siapa mulakan dulu. Tapi ini adalah rasional pemikiran manusia. tak kan sebab tengok bola sampai berbunuhan. Tujuan kita menonton permainan bola sepak ialah untuk menikmati pemainan tercantik dunia dengan semangat cintakan bola sepak, bukannya jadi si bebal yang sanggup berbunuh-bunuhan.
Memang kita tak dapat nak menafikan yang Selangor dan Kelantan memang seteru kuat dalam Liga Super Malaysia. Tapi, tak semestinya sampai nak kena bergaduh.
Liverpool dan Everton pun musuh ketat jugak. Tapi, penyokong mereka selamba boleh duduk sebelah-sebelah. Bileh berpelukkan sambil menyanyi. Sama juga dengan penyokong ManU dan Man City.
"Tapi, kau tulis dulu penyokong Celtic dengan Rangers bergaduh sampai masuk hospital. Apa cerita?"
Itu negara lain, ini Malaysia. Tak kan nak ikut semua budaya orang luar. Fikirkan ikut pemikiran yang matang, bukan ikut nafsu. Kebanyakan yang datang Stadium Shah Alam tu beragama Islam. So, fikir sendiri la.
Kita tengok bola sebab kita sayangkan pasukan kegemaran kita dan cintakan bola sepak. Kita berkawan dengan penyokong lawan, bukannya gaduh berbunuhan. Apa yang tinggal pada bola sepak kalau semua peminat bermusuhan dan berbunuhan. Jangan sampai permainan bola sepak mati bersama-sama peminatnya. Jangan bunuh jiwa bola sepak.
Apa-apa pun salam takziah buat keluarga magsa dan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.
Kredit gambar:Facebook Nurul Fatiha - Bekas gimnas Malaysia & Pengulas sukan RTMPortal Rasmi KAFA
Sumber
Kes #2
PARAH...Jazimin yang disahkan buta mata kanan ditemani ibunya di PPUM, semalam.
Buta angkara penonton
Oleh Muhammad Apendy Issahakapendy@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab.
Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.
Menceritakan kejadian, Ahmad Jazimin yang menjalankan perniagaan mencetak kad kahwin berkata, dia bersama beberapa rakan lain daripada Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) duduk di tempat terbuka dalam stadium berkenaan.
“Sebaik saja lagu Negaraku habis dinyanyikan, saya terdengar bunyi letupan dan ketika itu juga mata terasa pedih. Saya kemudian merasakan sesuatu mengalir dari mata kanan. Apabila saya pegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dua rakan yang berada berhampiran memapah saya keluar.
“Rakan membawa saya keluar di celah ribuan penonton lain ke sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya yang ditemani ibu, Surakiah Mamat, 63, ketika ditemui di PPUM, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/08/01
Kes #3
Ajal ketika tengok bola
Oleh RIADZ RADZI dan MOHAMAD NAUFAL MOHAMMAD IDRIS
am@hmetro.com.my
SOLAT... ahli keluarga dan rakan menunaikan solat jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
KLANG: “Ketika pasukan Kelantan menyerang, semua penyokong bersorak tapi saya lihat dia hanya duduk diam sebelum tiba-tiba rebah,” kata Nik Mohd Eppendi Nik Yaacob, 46, rakan Suharto Abdullah, 45, penyokong Kelantan yang meninggal dunia ketika sedang menonton perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Malaysia dengan Selangor di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
Nik Mohd Eppendi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, iaitu pada minit ke-63 perlawanan, rakannya tiba-tiba menjadi tidak bermaya menyebabkan dia segera memangku bahagian belakang badan Suharto daripada rebah mengenai penonton lain yang duduk di belakangnya.
“Waktu itu pasukan Kelantan sedang hebat mengasak dan semua penyokong bersorak. Kebanyakan penonton berdekatan tidak menyedari kejadian itu sebelum saya menjerit meminta tolong. Beberapa penonton kemudian membantu mengusung arwah yang sesak nafas ke tingkat bawah tempat duduk penonton stadium berkenaan,” katanya.
Katanya, mereka kemudian meminta bantuan anggota polis di situ sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Shah Alam menggunakan van milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagaimanapun, Suharto disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan pada jam 10.50 malam dipercayai akibat serangan jantung sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk bedah siasat.
Menceritakan kejadian itu, Nik Mohd Appendi berkata, dia bersama Suharto dan seorang rakan dikenali sebagai Mat Yaacob menaiki penerbangan Firefly dari Kota Bharu jam 3 petang kelmarin sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, kira-kira sejam kemudian. Mereka kemudian dijemput seorang lagi rakan dengan teksi untuk ke Stadium Shah Alam.
“Sepanjang bersama arwah semalam (kelmarin), dia nampak sihat dan ceria, malah begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Sebelum masuk ke stadium kira-kira jam 7.30 malam, kami berdua sempat membeli beberapa helai jersi pasukan Kelantan dan makan malam,” katanya.
Nik Mohd Eppendi berkata, sebelum memasuki stadium, Suharto yang juga ejen insurans sempat ditemubual kru sebuah stesen televisyen mengenai peluang Kelantan dan dia dengan bersemangat mengatakan Kelantan akan menang.
Katanya, sepanjang separuh masa pertama perlawanan, Suharto juga bersemangat dan bersorak bersama ribuan penyokong Kelantan serta tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesihatannya terganggu.
“Ketika perlawanan berehat, arwah pergi membeli minuman di tingkat bawah dan sebaik perlawanan separuh masa kedua bermula, saya mula lihat arwah tidak lagi bersorak dan hanya duduk diam,” katanya.
Sementara itu, isteri Suharto, Mazlina Othman, 43, berkata, suaminya penyokong setia skuad The Red Warriors dan tidak pernah ketinggalan menonton aksi pasukan itu di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14
Kes #4
FAM denda Kelantan RM40,000
18 Oktober 2012
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), yang menyasarkan gelaran ketiga musim ini, hari ini dikenakan denda RM40,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kesalahan penyokongnya membaling botol ke dalam padang, akhir Ogos lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, kesalahan ini dilakukan oleh penyokong Kelantan ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang dekat Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu.
Ketika pasukan itu bertemu pada saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan.
Kedua-dua pasukan itu bertemu semula pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
“Tindakan segelintir penonton yang membaling botol air ke padang menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan kira-kira 17 minit sebelum disambung semula.
“Jadi, hukuman denda RM40,000 dikenakan kepada Kelantan dan mereka tidak dibenarkan merayu," kata beliau pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Tambah Taufik: "Kelantan ada menghantar Borang B (tidak mengaku bersalah) atas tuduhan namun mereka lewat dua hari selepas tarikh tamat mengemukakan bantahan."
Selain Kafa, Taufik turut menjelaskan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), dan Persatuan Bola Sepak Sarawak turut dikenakan hukuman denda atas kesalahan kelakuan penonton.
"Pafa dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan penonton membakar roket sejurus nyanyian lagu Negaraku, membaling botol air ke atas penolong pengadil dan ke dalam padang.
“PBSNT pula menerima denda RM10,000 kerana tindakan penyokong membaling botol di atas padang,” katanya sambil menambah:
"Manakala PBNS dikenakan hukuman denda RM5,000 atas kesalahan membaling sos cili ke atas padang dan juga penolong pengadil.
"Sarawak pula dikenakan denda 1,000 atas kesalahan menggunakan mercun," jelas beliau lagi.Sumber
Rumusan
Ini adalah berdasarkan apa yang disiarkan oleh akhbar serta blogger sukan tempatan. Menurut kajian yang aku jalankan sekitar tahun lepas (Musim Liga Malaysia 2011). Permasalahan yang di"bold"kan di atas memang jelas berlaku di Malaysia. Kajian yang lebih mendalam perlu diteruskan bagi mencari solusi yang sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan fasiliti di stadium, persatuan-persatuan bolasepak negeri, kelab penyokong (para ultra's team masing-masing) dan FAM sendiri. Pihak-pihak yang berwajib perlu duduk berbincang dan berkongsi idea dalam memajukan sukan bolasepak negara dengan budaya yang sihat.
Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian serius adalah:
- Tahap kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk utama bagi mengekang kemasukan bahan-bahan terlarang seperti mercun ke dalam stadium (Irwan M. A., 2011);
- Pelan pengosongan bangunan (building evacuation plan) persediaan bagi sebarang bentuk kecemasan, dan dapat bertindak dengan pantas dan berkesan (Irwan M. A., 2011);
- Penempatan pasukan perubatan khusus untuk penonton dan tidak terhad hanya kepada pemain di dalam padang sahaja (Irwan M. A., 2011);
- Penguatkuasaan / kawalan tindak-tanduk penonton bagi membendung "keganasan" bolasepak (Irwan M. A., 2011);
- Penglibatan agensi luar seperti FRU, RELA, pasukan perubatan dan lain-lain perlu ditingkatkan (Irwan M. A., 2011);
- Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di dalam stadium di kalangan penonton dengan memberi maklumat lengkap tentang aspek keselamatan seperti laluan kecemasan dan tempat berkumpul semasa kecemasan (Irwan M. A., 2011).
Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan...!
Selamat menikmati perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia 2012...!
Jaga Keselamatan anda di dalam stadium...!
Jaga Akhlak...!
No comments:
Post a Comment