Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Saturday, January 8, 2011

Review: The Killers

Entri pada hujung minggu ini di kala duduk berehat-rehat, pening memikirkan beberapa perkara, aku nak review sebuah lagi band yang diminati ramai. The Killers. Yup The Killers!!!


the killers.......
(photo source: credit to http://www.celebrity-mania.com/)

The Killers merupakan sebuah band rock yang berasal dari Las Vegas, Nevada, Amerika. Band ini telah ditubuhkan sejak tahun 2001 lagi. The Killers dianggotai oleh Brandon Flowers (lead vocal, keyboard, bass), Dave Keuning (lead guitar, back. vocal), Mark Stoermer (bass guitar, back. vocal) dan Ronnie Vannucci Jr. (drum, percussion).


Brandon Flowers
(photo source: credit to http://images.fanpop.com/)


Dave Keuning
(photo source: credit to http://upload.wikimedia.org/)


Mark Stoermer
(photo source: credit to http://image52.webshots.com/)


Ronnie Vannucci Jr.
(photo source: credit to http://images.fanpop.com/)

Sebagai sebuah band yang berpaksikan alternatif rock, mereka dipengaruhi oleh band-band dan gaya muzik yang telah lahir sekitar tahun 1980an. Antara album mereka yang mendapat perhatian adalah Hot Fuss (rilis pada tahun 2004). Album tersebut telah meletakkan mereka sangat suksess dalam arena muzik mainstream. Tidak dinafikan juga bahawa album ini adalah antara kegemaran aku (ketika entri ini ditulis pun sedang melayan - The Ballad of Micheal Valentine).

Seterusnya, dengan kejayaan album sulung mereka beralih kepada Sam's Town (rilis pada tahun 2006) dan sebuah album kompilasi berjudul Sawdust (rilis pada tahun 2007). Kemudian pada tahun 2008, album ketiga mereka yang berjudul Day & Age telah diriliskan. Bercakap tentang jualan album adalah sangat membrangsangkan di seluruh dunia (15 million units) terutamanya di Amerika (6 million units) sendiri dan juga United Kingdom (5 million units)..!

Untuk dijadikan cerita, cer...cer...cer...cer criter...cer criter....band ini merupakan antara santapan halwa telinga aku ketika study (Ijazah sarjana muda) dulu. Time malas-malas or santai-santai. Members siap cop aku sebagai fanatik THE KILLERS...!!! Hahaha...Whatever...But I like THE KILLERS...!!!


Hot Fuss (rilis pada tahun 2004)
(photo source: credit to http://www.melodic.net/)



Sam's Town (rilis pada tahun 2006) 
album cover yang sebenar too sexy.. 
(photo source: credit to http://2.bp.blogspot.com/)


Sawdust (rilis pada tahun 2007)
(photo source: credit to http://musiclinksforever.files.wordpress.com/)


Day & Age (rilis pada tahun 2008)
(photo source: credit to http://www.listenup.in/)

(ur_whispers)
I like the way Brandon Flowers sing a songs, 
Dave Keuning plays lead guitar, 
Mark Stoermer plays bass guitar, 
Ronnie Vannucci Jr. plays drum....!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...