Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Petanda bahawa Allah SWT itu Pengasih dan Penyayang tidak semestinya anda perlu berada dalam keadaan gembira dan suka sentiasa. Dalam keadaan anda berduka-cita pun DIA tetap Maha Pengasih dan Maha Penyayang...!!! DIA lah satu-satunya...!!!
Dalam masa beberapa hari ini aku seperti biasa mengunakan masa untuk beberapa perkara tertentu. Bagi sesetengah orang mungkin tak penting, tapi bagi aku sangat penting. Kalau tak penting, aku tak buat. Tapi kadang-kadang benda penting pun aku tak buat, sebab "kemalasan" melanda...!!! Antara beberapa perkara yang menarik perhatian aku beberapa hari ini adalah seperti yang ditulis menggunakan papan kekunci Notebook 10.1" Led LCD dibawah ini:
- Waktu-waktu yang takde kuliah, aku habiskan masa tuk tidur. Sebab, aku tau lepas waktu tidur akan berkurangan. Tidak lupa juga untuk memasak dan membasuh. Normal..???
- Rancang nak keluar pegi berjogging, tapi tak jadi juga..!!!
- Berkenaan dengan Case study tuk BSV709, sedang menunggu feedback. Insyallah, line clear..!!! Sunway Lagoon or Desa Waterpark.
- Meluangkan sedikit masa di dalam library PTAR1, mencari bahan rujukan untuk tujuan research dan dissertation. Ternyata kedai mamak, kuil-kuil dan pusat hiburan lebih ramai pengunjung. Library juga kelihatan muram, suram dan sunyi seperti kebanyakkan Masjid-masjid dan surau-surau. Dimanakah anda...?
- Melihat budak-budak kat surau berlari-lari dan bermain, lantas aku sumbat mulut tiap sorang dengan Kek Cokelat Gardenia. Menyebabkan mereka hanya mampu terduduk diam lalu berkata, terima kasih Abang Wan...terima kasih Abang Wan..!!!
- Semalam ada berita yang mengembirakan buat peminat Manchester United yang telah membenam Liverpool (1-0) dalam saingan Piala FA...Glory!!!Glory!!!
- AJL25...??? Kita nak tiru cara hidup siapa...? Anyway tahniah kepada yang menang dan mempunyai album yang laris. Yang takde album tu rasenya tak layak.
- Astagfirullahalazim...secara tak sedar, kadang-kadang terlintas dalam hati merasa diri lebih baik dari orang lain walaupun tidak dizahirkan. Semoga niat diterima dan diikhlaskan. Amin Ya Allah.
- Silent mode..??? I'm so SORRY...
(ur_whispers)
If I disappointed you
If I hurt you
Sorry for everything
Sorry, I’m so sorry..!!!
If I hurt you
Sorry for everything
Sorry, I’m so sorry..!!!
No comments:
Post a Comment