Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Sunday, March 6, 2011

Tips: Menghadapi Bakal Mertua...

Dalam banyak-banyak entri aku, kali ini merupakan antara yang bakal menjadi panduan kepada aku dan pasangan (bakal isterilah). Rasanya ramai yang sering mengeluh kerana bakal berhadapan dengan seseorang yang "asing" dalam hidup. Mengikut pemerhatian aku, topik ini sangat-sangat penting. Silap langkah semasa berhadapan dengan mertua, akan menyebabkan persepsi negatif dan yang lebih merumitkan jika ianya berkekalan. Oleh itu, sebagai persiapan entri ini didedikasikan khas buat diriku dan pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Selamat mencuba..!!!

Menurut gadisdanwanita.com, terdapat 5 tips yang sangat berguna semasa berhadapan situasi ini. Antaranya adalah:

1. Kenali Siapa Bakal Mertua Anda
Sudah tentu ini merupakan perkara penting untuk semua pihak kena lakukan, baik di pihak lelaki mahupun wanita. Tujuannya adalah untuk mengeratkan tali silaturahim dan saling mengenali bakal keluarga terdekat. Memahami bakal mertua adalah sangat penting. Oleh itu, kenalilah mereka dengan sebaik-baiknya. Elakkan berfikiran negatif terhadap mereka...!!!

2. Cuba Telefon Dulu
Cuba-cubalah telefon mereka dan bersembang santai. Tapi ianya agak mencabar...!!!

3. Tepati Masa
Sangat-sangat penting...!!!

4. Jaga Pemakaian
Pakailah pakaian yang bersesuaian, kerana setiap penampilan anda dari hujung rambut ke hujung kaki akan menjadi tumpuan. Juga sangat penting...!!!

5. Jaga Adab Sopan
Setiap pergerakan anda bakal diperhatikan. Sila jaga tingkah laku anda. Jangan salah faham, menjaga adab sopan tidak bererti anda hipokrit...!!!

*kena sedar bahawa menjadi norma manusia untuk mendapatkan yang terbaik, begitu jugalah dengan mertua. 



Sementara itu hiptv.info pula menambah:

1. Jangan Takut
Adalah menjadi kewajipan bakal menantu mempunyai perasaan takut untuk berhadapan bakal mertua. Bermacam-macam perasaan akan timbul. Terbayang-bayang seperti seekor singa yang bersedia untuk menerkam mangsanya. Agaknya macam tulah...!!! 

2. Jaga Percakapan
Anda akan diperhatikan setiap kali berkata-kata. Kawal percakapan anda, tapi janganlah sampai anda merasa kurang selesa. Cuba bercakap seperti kebiasaannya.

3. Jadilah Diri Sendiri
Yup...jadilah diri anda sendiri. Ini akan memudahkan proses penerimaan mertua terhadap diri anda.

4. Jangan Lupa Memuji
Jangan merasa lokek/kedekut untuk memuji bakal mertua anda. Pujilah kesungguhan mereka sebagai contoh; atas pekerjaan yang diusahakan atau atas kejayaan anak-anak mereka ini.

5. Jangan Lupa Tawarkan Bantuan
Ringan-ringankanlah hati untuk menawarkan bantuan sekiranya perlu. Jangan pula menawarkan bantuan yang anda sendiri tidak mampu melakukannya. Sedikit sebanyak tunjukkanlah usaha anda.

6. Bersedia Menerima Kritikan
Perkara yang menjadi halangan besar kepada bakal menantu adalah apabila mereka sukar menerima kritikan dan bangkangan. Setiap kritikan yang dilontarkan kebiasaanya akan menjadi perkara negatif dalam minda bakal menantu, oleh itu cubalah berfikiran positif. Anggaplah itu sekadar nasihat yang berguna untuk masa hadapan. Tidak semua kritikan itu berniat untuk menjatuhkan anda...!!!


Kesimpulan aku:

Sebagai bakal menantu, kita perlulah bersedia menghadapi bakal mertua dengan persiapan yang sebaiknya. Anggaplah seperti hendak berkenalan dengan orang baru. Dalam kita berkenalan dengan orang baru, kebiasaanya bermacam-macam perkara bermain dalam minda tentang perwatakan orang itu. Antara persoalan pertama yang muncul adalah, adakah dia ni baik atau jahat; lembut atau kasar. 

Namun persepsi itu akan berubah setelah mengenali siapa diri orang itu yang sebenarnya. Jika negatif maka negatiflah jawabnya, andai positif maka positiflah hasilnya. Kurangkan rasa takut dan gemuruh itu. Sama ada anda suka atau tidak, mereka tetap bakal mertua anda. Percayalah, semuanya akan baik-baik saja.

Selamat mencuba buat yang sedang merancang...!!!


(ur_whispers)
rancanglah dengan sebaik-baiknya...
hadapilah dengan rasional...
terimalah dengan rasa syukur...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...