Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Monday, October 22, 2012

Kenapa memilih bidang Ukur Bangunan...?

Dalam beberapa waktu ini aku telah didedahkan dengan beberapa kenyataan yang aku telah dengar sejak zaman menuntut lagi. Kenyataan itu memaparkan kerisauan yang wujud dalam diri sesetengah graduan dan juga penuntut dalam bidang ukur bangunan (segelintir). Perkara ini mengingatkan aku kepada rilisan entri yang bertajuk Masa Depan Juruukur Bangunan (Building Surveyor) di Malaysia.

Lagu yang sama kedengaran sampailah ke hari ini. Namun pada aku, seiring masa yang terus berjalan....graduan demi graduan dalam bidang ukur bangunan terus dikeluarkan. Dari segi perkembangan kerjaya dalam bidang professional pula, graduan ukur bangunan berada dimana-mana dan mudah diterima pasaran semasa.

Yang menjadi permasalahan utama adalah keyakinan dalam diri graduan itu sendiri. Tinjauan mendapati graduan yang menghadapi kesukaran / kelewatan mendapat perkerjaan adalah disebabkan kerana mereka pasif dalam aspek komunikasi fizikal dan bahasa. Walaupun ada di kalangan graduan yang tamat dengan gred rendah, mereka masih mendapat tempat dalam pasaran oleh kerana memiliki merit komunikasi dan kesediaan menyahut cabaran dan peluang yang diberikan.

Perlu diingatkan sekali lagi, rezeki ada dimana-mana. Mungkin komen yang aku lontarkan dalam sebuah blog pelajar ukur bangunan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas lagi. Komen tersebut berbunyi:


Alhamdulillah, 
Jarang sekali melahirkan graduan yang benar-benar faham hala-tuju BS di Malaysia seperti tuan blog ini. Saya sangat "respect" dengan keberanian tuan blog mengutarakan pandangan dan berkongsi idea dengan profession lain semasa di JKR (harap diteruskan). Bergraduasi sebagai juruukur bangunan dan kemudian bekerja dengan memegang jawatan juruukur bangunan bukanlah pencapaian kerjaya yang muktamad. 
Perlu difahami bahawa, walaupun anda tidak memegang jawatan juruukur bangunan namun secara tidak langsung setiap keputusan dan pendapat yang akan anda berikan adalah dari perspektif seorang juruukur bangunan.
Selagi anda bergelumang dengan bidang alam bina (built environment) anda tetap berperanan sebagai seorang juruukur bangunan (saya berandaian, tuan blog juga bersetuju dengan saya). Melainkan anda yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan kemudian berkhidmat sebagai pramugara/i, itu adalah diluar dari kebiasaannya.
### Ibarat orang Melayu yang berhijrah ke luar negara, sampai bila-bila dia akan tetap menjadi orang Melayu. Melainkan seseorang itu memutuskan untuk tidak menjadi Melayu, maka dia akan jadi "AMERIKA...!!!".
Irwan Mohammad Ali

Semoga segala kekusutan bakal terlerai. Tapi aku percaya, perkara ini akan terus muncul dan sedikit demi sedikit akan hilang ditelan masa. Masa yang berlalu justeru akan mendewasakan profesion ukur bangunan dan para graduan itu kearah yang lebih matang dan bersedia meyahut segala cabaran. 

Maaf andai anda tidak sependapat dengan aku. Aku membebel demi survival profesion yang mempunyai peluang yang sangat cerah ini. Aku bangga menjadi sebahagian warga ukur bangunan! Anda...?

*baca "Graduan" sebagai sesiapa sahaja yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan.


ur_whispers
Bersamalah kita mengembangkan profesion ukur bangunan...
melahirkan professional yang berdaya saing...! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...