Hadith Pilihan Hari ini

Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika solatnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. (HR Tabrani, Targhib)

Random Hadith Widget

Monday, August 30, 2010

Minggu yang sangat panjang...

Dalam tempoh 2 minggu yang kebelakangan ini aku diselubungi dengan bermacam-macam perkara yang perlu diselesaikan. Aku telah melalui minggu yang amat panjang. Minggu yang padat dengan tugasan dan keinginan untuk memanfaatkan sisa-sisa terakhir bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Masa terus berlalu, dan yang pasti Ramadhan akan meninggalkan kita. Sama ada kita manfaatkan bulan yang mulia ini atau terbuang tanpa sedar.

10 hari terakhir telah berada di hadapan kita, manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Belum ada kepastian yang kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

Ada banyak cerita yang ingin dikongsikan, ada masa terluang lagi entri baru akan menyusul..

(ur_whispers)
ur_whispers telah disibukkan dengan bermacam-macam urusan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...