Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Kata Kunci..!!!

Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Friday, October 14, 2011

As-Sirat Kembali Setelah Lama Tak Beraksi...!!!

Kepada peminat-peminat scene metal di Kota Kinabalu Sabah, kemunculan band As-Sirat merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Namum sedikit kekecewaan terpancar dari lubuk hati ini kerana aku sendiri tidak dapat bersama-sama dengan rakan seangkatan disebabkan komitmen ketika ini. Adalah menjadi harapan aku untuk beraksi bersama dengan anggota asal band As-Sirat. Walaubagaimanapun, selamat beraksi buat rakan-rakan yang lain, Pejal, Nedi, King, Sainal, Mike dan yang menggantikan posisi kami yang berada diseberang ini. Masuk waktu solat, tunaikan dahulu sebentar. Say No To Drugs, Alcohol, Violence, Free Sex!!!


more info klik SINI

(ur_whispers)
terkenang saat muda remaja....
Alhamdulillah, dari situ aku belajar erti kehidupan....
Reade more >>

Saturday, February 19, 2011

Aku, Telinga, Tekak & Logam Maut Merdu...

Aku
Suatu ketika dahulu aku juga seperti orang lain, menjalani kehidupan sehari-harian. Kadang-kala kisahnya menarik, ada ketikanya kisahnya juga berubah menjadi kurang menarik. Setiap kisah itu bagi aku amat berharga, sebabnya tidak semua akan melalui cerita yang sama! Aku di hari ini adalah kerana aku telah melalui hari-hari yang lalu!

Telinga
Halwa telingaku kadang-kala merasa rimas dengan bunyi sekeliling. Jiwa yang ada ketikanya merasa berat dan keras seperti logam yang kukuh ingin memberontak. Ketika itu mungkin itulah yang dikatakan darah muda, jiwa membara. Lalu pendengaranku tertumpu kearah bunyi yang bagi pandangan sesetengah pihak sebagai pencemaran bunyi!

Tekak
Disebabkan minat terarah kepada "pencemaran bunyi" itu (pendapat sesetengah pihak yang tidak mengerti dan skema itu!) maka tekak aku juga selalu basah dan kering kerananya. Mungkin sebab itu juga bila melayan bunyi sentimental, hasilnya sumbang belaka. Orang cakap nada lari! 

Logam maut merdu
Aku dewasa dengan bunyi logam. Adakalanya logam berat, juga logam kelajuan. Namun, aku paling meminati logam maut merdu. Sebab itulah setiap kali gigs, bunyi pilihan band As-Sirat adalah logam maut merdu!

Antara Aku, Telinga, Tekak & Logam Maut Merdu
Walaupun demikian itu aku telah alami, aku juga seperti insan lain. Walau dalam "kegilaan/keterujaan itu" aku tetap solat seperti orang lain, membaca ayat-ayat dalam Al-Quran, cuba memperbaiki akhlak, dan mengeratkan silaturahim sesama manusia. Bukankah itu perkara basis dalam hidup sebagai seorang ISLAM yang mengaku diri ini suatu masa nanti akan dihisab! Muzik / bunyi itu hanyalah peneman aku di masa-masa tertentu!

****
unsur-unsur pemujaan syaitan, air kencing syaitan, persundalan tidak ada kena-mengena dengan aku..!!! 
aku peminat logam maut merdu yang bebas dari itu semua..!!!

(ur_whispers)
Aku bingitkan telinga dan basahkan tekak dengan logam maut merdu!
logam maut merdu = melodic death metal......
logam berat = heavy metal.....
logam kelajuan = speed metal....

Reade more >>

Saturday, January 8, 2011

Review: The Killers

Entri pada hujung minggu ini di kala duduk berehat-rehat, pening memikirkan beberapa perkara, aku nak review sebuah lagi band yang diminati ramai. The Killers. Yup The Killers!!!


the killers.......
(photo source: credit to http://www.celebrity-mania.com/)

The Killers merupakan sebuah band rock yang berasal dari Las Vegas, Nevada, Amerika. Band ini telah ditubuhkan sejak tahun 2001 lagi. The Killers dianggotai oleh Brandon Flowers (lead vocal, keyboard, bass), Dave Keuning (lead guitar, back. vocal), Mark Stoermer (bass guitar, back. vocal) dan Ronnie Vannucci Jr. (drum, percussion).


Brandon Flowers
(photo source: credit to http://images.fanpop.com/)


Dave Keuning
(photo source: credit to http://upload.wikimedia.org/)


Mark Stoermer
(photo source: credit to http://image52.webshots.com/)


Ronnie Vannucci Jr.
(photo source: credit to http://images.fanpop.com/)

Sebagai sebuah band yang berpaksikan alternatif rock, mereka dipengaruhi oleh band-band dan gaya muzik yang telah lahir sekitar tahun 1980an. Antara album mereka yang mendapat perhatian adalah Hot Fuss (rilis pada tahun 2004). Album tersebut telah meletakkan mereka sangat suksess dalam arena muzik mainstream. Tidak dinafikan juga bahawa album ini adalah antara kegemaran aku (ketika entri ini ditulis pun sedang melayan - The Ballad of Micheal Valentine).

Seterusnya, dengan kejayaan album sulung mereka beralih kepada Sam's Town (rilis pada tahun 2006) dan sebuah album kompilasi berjudul Sawdust (rilis pada tahun 2007). Kemudian pada tahun 2008, album ketiga mereka yang berjudul Day & Age telah diriliskan. Bercakap tentang jualan album adalah sangat membrangsangkan di seluruh dunia (15 million units) terutamanya di Amerika (6 million units) sendiri dan juga United Kingdom (5 million units)..!

Untuk dijadikan cerita, cer...cer...cer...cer criter...cer criter....band ini merupakan antara santapan halwa telinga aku ketika study (Ijazah sarjana muda) dulu. Time malas-malas or santai-santai. Members siap cop aku sebagai fanatik THE KILLERS...!!! Hahaha...Whatever...But I like THE KILLERS...!!!


Hot Fuss (rilis pada tahun 2004)
(photo source: credit to http://www.melodic.net/)



Sam's Town (rilis pada tahun 2006) 
album cover yang sebenar too sexy.. 
(photo source: credit to http://2.bp.blogspot.com/)


Sawdust (rilis pada tahun 2007)
(photo source: credit to http://musiclinksforever.files.wordpress.com/)


Day & Age (rilis pada tahun 2008)
(photo source: credit to http://www.listenup.in/)

(ur_whispers)
I like the way Brandon Flowers sing a songs, 
Dave Keuning plays lead guitar, 
Mark Stoermer plays bass guitar, 
Ronnie Vannucci Jr. plays drum....!!!

Reade more >>

Friday, January 7, 2011

Selamatkan Jiwaku




Save My Soul
by: Padi

Now I'm sitting in the corner of my room
Staring through the window, watching the sun goes down
And the shadow starts to creep across the floor
In this Loneliness, I'm crying in my bed

And the rain begin to fall down on me
As the sadness growing deep inside me
I feel a little insecure right now
I am crawling, looking for a place to hide

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
Give me strength so I can save my soul

My minds keeps telling me to hold on
And says I have to be a real man
I'm still wondering if I'll ever find my way
That leads me to your light and to your grace

So where has all my lights gone?
For I need to fine the way out there
In my every breath, I am chanting your name
With every breath, I'm hoping
I can find the way to save my soul



(ur_whispers)
sayup-sayup kedengaran,
aku terjaga pabila mendengar lagu ini,
aku terbawa, membayangkan maksud itu...
selamatkan jiwaku di pagi ini...!!!


Reade more >>

Tuesday, December 28, 2010

Berusaha dan terus berusaha...

Sarjana Muda
by: Iwan Fals

Berjalan seorang pria muda,
Dengan jaket lusuh di pundaknya,
Di sela bibir tampak mengering,
Terselip sebatang rumput liar,

Jelas menatap awan berarak,
Wajah murung semakin terlihat,
Dengan langkah lemah tak terarah,
Keringat bercampur debu jalanan,

Engkau sarjana muda resah mencari kerja,
Menghandalkan ijazahmu,
Empat tahun lamanya bergelut dengan buku
Tuk jaminan masa depan

Langkah kakimu terhenti,
Di halaman sebuah jawatan

Termenung lesu engkau melangkah,
Dari pintu pejabat yang diharapkan,
Terngiang kata tiada pengambilan
Untuk kerja yang didambakan

Tak peduli berusaha lagi,
Namun kata sama kau dapatkan,
Jelas menatap awan berarak,
Wajah murung semakin terlihat,

Engkau sarjana muda resah tak dapat kerja,
Tak berguna ijazahmu,
Empat tahun lamanya bergelut dengan buku,
Sia-sia semuanya,

Setelah putus asa dia berkata “Maaf Ibu”…..

(ur_whispers)
jangan berputus asa....
teruskan berusaha....
Doa...Usaha...Ikhtiar...Tawakkal....
Reade more >>

Friday, August 6, 2010

Band Biography : AS-SIRAT (1999-2010)


As-Sirat
(1999-2010)

Band ini ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada tahun 1999. As-Sirat bermula dari gabungan idea antara line-up asal band ini yang terdiri daripada Wan (vokal), Din (gitaris), Faizal (gitaris), Yadi (bassis) dan Ed (drum); di mana pada ketika itu mereka merupakan rakan sekolah. Terarah kepada jenis muzik yang berkonsepkan Melodic Black/Death Metal adalah merupakan deria sensitif mereka. Genre Metal di Kota Kinabalu pada ketika itu banyak mempengaruhi perkembangan band ini. Pengalaman beraksi bersama band terkenal (Demizer, Astagnigrat, Manggas, Perpetual, Kilatus, Mistik, etc) dalam scene Metal di Sabah dan Malaysia umumnya telah banyak mempengaruhi persembahan mereka di atas pentas.

Pada tahun 2001, band ini telah membuat transformasi yang besar dan memberi impak kepada scene Metal di Sabah dengan membawa masuk King (keyboard) dan Jay (gitaris) sebagai line-up tambahan serta Kins (gitar sessionist) yang terlibat secara langsung dengan perkembangan band ini. Sepanjang penglibatan mereka, mereka hanya berkesempatan meriliskan sebuah Demo yang berjudul “As-Sirat: Spiritual Dimensions” pada tahun 2003. Dalam demo ini mereka telah memuatkan 3 buah lagu yang telah menaikkan nama mereka seperti "The Crusade Warrior", "Whisper Of Silence Princess" dan "In Mahsyar Tragedy" (rujuk review di S.E.A.M.Force dan www.MetalTerus.com).

Disebabkan masing-masing mempunyai komitmen dan kekangan, hajat untuk meriliskan EP yang berjudul “As-Sirat: Remembrance” pada tahun 2006 masih tertangguh sehinggalah ke saat ini. Mengikut idea perancangan, EP tersebut bakal memuatkan 6 buah lagu termasuk 3 buah lagu lama yang telah dimuatkan dalam Demo “As-Sirat: Spiritual Dimensions”. Walaubagaimanapun, lagu-lagu tersebut (EP) sering kedengaran dalam setiap persembahan mereka. Sesuatu yang mengujakan apabila setiap kali band ini beraksi di pentas-pentas gigs, mereka sentiasa mendapat sambutan dan kemunculan mereka adalah sangat-sangat diharapkan oleh peminat fanatik mereka. As-Sirat mendapat nama dan tempat dikalangan peminat scene Metal di Kota Kinabalu hanyalah setelah mendapat pendedahan dan peluang, penghargaan seharusnya diberikan kepada saudara Cozenn (Demizer) dan rakan-rakan yang banyak membantu. Thanks.

(ur_whispers)
...........................................diam seribu bahasa.....

Reade more >>

Wednesday, August 4, 2010

As-Sirat strikes back...!!!!!!


(ur_whispers)
tiket "GIG" adalah sangat terhad...
Please SMS ur name to 019-8080173 untuk booking tiket...
lame da x perform....mesti ramai yang kat luar tu rindu As-Sirat menggegarkan stage...
As-Sirat bakal menggegarkan Kota Kinabalu....come!!! support local act!!!!


Reade more >>

Sunday, July 11, 2010

Band Review : PADI



Hari ni aku nk review sebuah band yang aku minat. Padi…..salah satu band dari seberang yang selalu menjadi santapan telinga aku sejak album Lain Dunia hinggalah Tak Hanya Diam. Band ini terdiri daripada Ari (gitar), Fadly (vocal), Yoyo (drum), Rindra (bass) dan Piyu (gitar). Mereka bermula pada penghujung 90-an melalui single “Sobat” dalam sebuah kompilasi band indie di seberang. Secara jelasnya, band ini membawakan genre pop-rock.


1st Album: Lain Dunia

Pada 8 April 1997, mereka merupakan siswasah di Universitas Airlangga. Awal penubuhan mereka menggunakan nama Soda, namun diganti menjadi Padi yang membawa maksud mendalam, ’semakin berisi, semakin tunduk’.






2nd Album: Sesuatu Yang Tertunda

Pada peringkat awal mereka membuat persembahan dari pentas ke pentas, namun akhirnya mereka mendapat kontrak untuk merakamkan album. Kebanyakan album mereka mendapat sambutan dalam pasaran tempatan sehinggalan ke negera kita sendiri. Susunan musik yang kreatif, genius dan lebih detail membuatkan mereka mempunyai potensi yang lebih besar berbanding band pop indon yang lain. Pada aku, mereka banyak membuat eksperimentasi dan eksplorasi musik yang tidak terbatas.  

3rd Album: Save My Soul



4th Album: Padi

5th Album: Tak Hanya Diam

Berita yang sedang kedengaran pada ketika ini, ramai peminat-peminat setia mereka termasuk aku sedang menantikan kemunculan album terbaru mereka. Pada bulan Januari 2010 yang lalu, Padi telah melancarkan single terbaru mereka Terbakar Cemburu. Sekali dengar.......seperti biasa setiap lagu dan lirik mereka mempunyai kualiti dan musik yang matang. Sabar menanti kemunculan album terbaru Padi.


untuk mendengar single terbaru Padi, sila klik...http://www.youtube.com/watch?v=2MY8H8AW17s

(ur_whispers)
Band ni mmang aku minat dari dulu lagi, walaupun masa tu aku da terjebak dengan genre Metal.....namun, dalam hati ada taman bro...
Teruja dengar Padi nk rilis album terbaru...
Reade more >>

Friday, July 9, 2010

Band Review: The Bezkon

There are a lot of potential band from "Land Below The Wind" state yg bole pegi jau lg. The Bezkon, mari mengenali sejarah band ini....


Kugiran ini bermula pada awal tahun (2009),pada mulanya kugiran tersebut hanya bermain muzik sekadar untuk mengisi masa lapang...hahaha.....lama kelamaan minat terhadap muzik semakin mendalam & bercadang kunu-kunu ingin menubuhkan sebuah kugiran......haha...dan niat kami semua ingin sekali bermain d atas stage iaitu dalam erti kata lain,perform kat GIG'S lerr,hehe,tp sayangnya organized suma x bpa trust dgn band kmi,besalar kg2 jerr...dan start kat ctu,jugala kmi berusaha mencipta lagu demi lagu..dan bertekad ingin membuat DEMO sendiri la kunuk2 juga.hehe..dan ALHAMDULILLAH dengan izin dariNYA,kami sukses2 juga akhirnya...AMIN.Maka pada saat ini tercipta la sebuah kugiran biasa yang terdiri daripada 4 orang pemuda iaitu ARin,ac0,jae n ed THE BEZKON!!!!!!!!hahahahaha....

Band Members:


ARIN
ARIN=vocalist+1st guitarist


JAY=2nd guitarist


ZAL= bass

ED
ED=drummer
Songs:
  1. Bulan Pergi 4.15 min
  2. Kosong 5.08 min
  3. Ego Sang Dara 4.15 min

klu mau dgr lagu2 the Bezkon, sila klik this link>> http://www.myspace.com/thebezkon

(ur_whispers)
bole pergi jau band ni, improve mane2 yg patut.... mantapkn showmanship performance.....gud luck..
Reade more >>

Thursday, July 8, 2010

Vociferation Eternity: Best of Vociferation Eternity




This best of composition from Vociferation Eternity is taken from four albums For The (2002), Meadow’s Yearn (1999), Ocean Myth (1996), and Brutal All Stars/Tribute To Search. This catalog of sounds has the strength of evolution of the band and their dark progressive sound. Reminding me that even the mostbrutal of music has a range that is still being explored today, Vociferation Eternity is that and more. With aspects of dark, ambiance, progressive and melodic packaged to give just a taste of 15 tunes in 6 years from this band.

Vocals born of darkness and screams of a banshee added for effects that will boll you over. Chant Of sadness, Water Lilith, My Angel, Tragedianne, Seeds Of Love, The Die Is Cast, Ambrosia Grace, Irked, Meadow’s Yearn, Vociferation Eternity, Erotical Romanticism, Ocean Myth, The Lake Pauh Janggi, and the lasttwo being covers from the band Search, Metari Merah Di Ufuk Timur and SergalaSegalanya. You will feel the anguish and pain of both loss and love here for allto listen.


(ur_whispers)
one of my favorite band ever...
Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...