Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Saturday, October 15, 2011

Antara dua lorong...

Hidup ini hanya berkisarkan kepada dua pasangan. Kiri dan kanan. Hitam dan putih. Baik dan jahat. Mulia dan hina. Miskin dan kaya. Ketawa dan menangis. Cantik dan buruk. Realiti dan fantasi. Ada banyak lagi contoh yang dapat menggambarkan pasangan ini. Dan yang paling signifikan dalam kehidupan sebagai umat manusia adalah syurga dan neraka.

Satu lorong aku lalui penuh dengan kegembiraan. Manusia berjumpa dan saling sapa-menyapa. Gelak ketawa dan keriangan menghiasi suasana. Dalam keadaan yang menghiburkan dan menceriakan ini pasti ramai yang ingin agar sentiasa lorong kehidupannya dipenuhi dengan suasana yang menggembirakan. Tidak dapat dinafikan bahawa lumrah manusia menginginkan kebahagian mutlak.

Satu lorong lagi aku lalui penuh dengan kedukaan. Manusia teruji dengan bermacam-macam musibah. Kesedihan dan tangisan menjadi peneman. Suasana suram dan tidak ada yang bergelak ketawa. Masing-masing menginsafi suasana. Tidak ramai yang ingin melalui lorong ini kerana ianya penuh dengan kedukaan dan kesulitan. Satu saat pasti kita semua akan melalui lorong ini.

Lorong pertama aku melalui sebuah keramaian manusia. Lorong kedua itu pula memisahkan alam dunia ini dengan alam akhirat.

Antara dua lorong itu yang mana ingin dilalui...?




(ur_whispers)
semoga ketika melalui lorong pertama kita sentiasa bersedia melalui lorong kedua itu!
Reade more >>

Sebuah Ulasan Bola Sepak Malaysia - Piala Malaysia 2011

Jika kita memandang kehadapan dengan penuh perihatin dan berwawasan, sudah tentu tidak mustahil untuk melihat bola sepak Malaysia setaraf dengan negara luar. Cuba bayangkan terpampang di koran-koran yang mendedahkan kehebatan, gosip-gosip perpindahan pemain, percaturan pengurus dan jurulatih, perdebatan serta spekulasi antara pasukan yang bertanding, penonton yang tidak jemu datang memberi sokongan moral di stadium, sana-sini orang bercerita tentang bola sepak tempatan dan tidak lagi memandang ke sebelah sana.

Namun, semua ini masih belum jelas pada pandangan aku sebagai peminat bola sepak tempatan. Adakah kita hanya mampu tergelak melihat aksi "Ramli" yang beraksi bersama pasukan Manchester United dalam iklan TM...? Pasti ramai yang tergelak akan iklan ini kerana mungkin disebabkan oleh kenyataan bahawa kita hanya mampu bermimpi. Apa yang menjadi kesalan dan kehampaan yang sering kali jatuh tergolek adalah disebabkan oleh penghargaan kita terhadap bola sepak tempatan. Faktor ini telah mendorong kepada beberapa masalah berikut yang sering menghantui peminat bola sepak tempatan (pada pengamatan aku). Antaranya adalah:

1. Kesukaran untuk mendapatkan informasi terkini pasukan tempatan yang diminati sama ada melalui akhbar perdana (hanya segelintir pasukan yang mendapat liputan), laman web (tidak dimuatkan dengan informasi terkini - termasuk web FAM sendiri).

2. Peraturan yang sering berubah-ubah menyebabkan peminat menjadi bosan!

3. Pentadbiran FAM yang tidak melalui transformasi, sedangkan mereka menginginkan transformasi dalam bola sepak negara.

4. Tahap keselamatan yang rendah di dalam stadium khususnya dikalangan penonton.

Justeru itu, adalah wajar untuk kita melihat segala kelemahan dan kepincangan ini dari sudut yang positif dan berusaha untuk membangunkan kembali bola sepak negara. Kemungkinan cadangan yang aku berikan ini mampu untuk merubah keadaan. Antaranya:

1. Memberikan keyakinan kepada peminat bola sepak tempatan melalui liputan yang meluas didalam akhbar perdana tempatan.

2. Menyiarkan 2 atau 3 perlawanan bola sepak tempatan secara siaran langsung untuk menarik minat penonton ke stadium. Peminat bola sepak tidak akan teragak-agak untuk meluangkan masa ke stadium sekiranya mutu pemain terbukti. Sebagai pembuktiannya, peminat perlu mengetahui aksi dan kualiti yang ada pada sesebuah pasukan. Dengan menyaksikan perlawanan secara langsung di tv, mereka dapat menilai dan sedikit sebanyak mempengaruhi peminat untuk hadir ke stadium.

3. Menetapkan peraturan yang jelas dan berwawasan dalam memartabatkan bola sepak tempatan.

4. Melantik mereka yang layak untuk mentadbir sesebuah pasukan dan badan induk bola sepak negara.

Akhir sekali, adalah menjadi harapan agar apa yang aku nyatakan diperenggan pertama artikel ini menjadi kenyataan dan kita tidak lagi tergelak melihat iklan dan aksi anak tempatan dipentas antarabangsa. Dan pada masa itu, kita mampu merasa bangga dan mendapat pujian atas kebangkitan bola sepak tempatan setanding dengan yang ada sekarang.

*Artikel ini ditulis sebagai respon kepada aksi suku akhir Piala Malaysia 2011 yang berlangsung ketika ini. Tahniah dan syabas buat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir.

Selamat maju jaya buat bola sepak negara...!!!


persatuan_bolasepak-fam


(ur_whispers)
siapa kata kita tidak boleh....



Reade more >>

Friday, October 14, 2011

As-Sirat Kembali Setelah Lama Tak Beraksi...!!!

Kepada peminat-peminat scene metal di Kota Kinabalu Sabah, kemunculan band As-Sirat merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Namum sedikit kekecewaan terpancar dari lubuk hati ini kerana aku sendiri tidak dapat bersama-sama dengan rakan seangkatan disebabkan komitmen ketika ini. Adalah menjadi harapan aku untuk beraksi bersama dengan anggota asal band As-Sirat. Walaubagaimanapun, selamat beraksi buat rakan-rakan yang lain, Pejal, Nedi, King, Sainal, Mike dan yang menggantikan posisi kami yang berada diseberang ini. Masuk waktu solat, tunaikan dahulu sebentar. Say No To Drugs, Alcohol, Violence, Free Sex!!!


more info klik SINI

(ur_whispers)
terkenang saat muda remaja....
Alhamdulillah, dari situ aku belajar erti kehidupan....
Reade more >>

Friday, September 9, 2011

Aku terima nikahnya (Part-1)

31 Ogos 2011 / 2 Syawal 1432

Perjalanan Klang - Damansara - Besut, Terengganu...







1 September 2011 / 3 Syawal 1432


Santai di petang hari...



















bersambung.....

2 September 2011 / 4 Syawal 1432

Peristiwa di pagi hari....?

Peristiwa di petang hari....?




(ur_whispers)
jauh perjalanan luas pemandangan....
Reade more >>

Monday, May 23, 2011

Coretan Penghujung Mei...

Arrrgggghhhh...
Sudah lama kiranya aku tidak menulis.
Seminggu yang lalu aku telah luangkan sedikit masa untuk berehat.
Setelah hari, minggu, bulan yang panjang berlalu dengan segala tugasan.
Alhamdulillah hanya dengan berkat perkenan dari Allah SWT aku dapat langsaikan semuanya.
Kini aku ada misi penting yang perlu dilaksanakan.

Misi apakah itu...?
Ketika ini apa yang boleh aku katakan adalah....aku perlu menyiapkan Thesis Master aku dengan segera...hahaha (kemalasan melanda....adusss)
Ya, dengan kadar yang segera.
Sebabnya ada misi yang lebih besar perlu dilalui.
Insyallah kita semua akan melaluinya.

Doakan aku agar semuanya berjalan lancar.
Amin.

(ur_whispers)
Laut Cina Selatan luas terbentang...
Namun itu bukan penghalang...
Untuk aku mengenalimu...
Sungguh hatiku telah ditawan olehmu...!!!


Musim berubah namun sentiasa begini...
Tidak jemu terus menanti...
Sungguh jauh pemandangan ini...
Namun dalam ramai cuma satu yang menawan hati...!!!
Reade more >>

Sunday, April 24, 2011

Perihal Berjaya dan Lulus...

Dalam apa jua perkara, semua ingin berjaya.
Sebagai seorang mahasiswa kejayaan yang ingin diperolehi adalah LULUS dengan cemerlang.
Atau paling tidak sekadar lulus bersyarat.
Semua orang ingin berjaya dan lulus.

Seorang petani akan dianggap berjaya sekiranya mendapat hasil yang baik.
Seorang pekerja kilang akan dianggap berjaya sekiranya mendapat menghasilkan produk yang bermutu.
Seorang penjawat awan akan dianggap berjaya sekiranya dapat berkhidmat dengan baik kepada negara.
Tidak kira apa jenis pekerjaan pun yang dilakukan, setiap orang menginginkan kejayaan.
Kejayaan yang berbentuk pendapatan, motivasi, penghargaan dan kepuasan dalam bekerja.

Umum mengetahui, ketika ini semua orang sedang sibuk mengejar kejayaan yang ingin dikecapi itu.
Namun, dalam mengejar kejayaan itu tidak semua orang melalui jalan yang putih.
Kenyataan ada juga yang melalui jalan hitam.

Jadi, apa kaitan diatas dengan entri aku kali ini...?

Ketika aku sedang sibuk dengan bermacam-macam tugasan (sangat memeningkan kepala), telah terlintas dalam pikiran aku tentang perkara yang sebaliknya.
Sedang aku asyik bertungkus lumus, berhempas pulas, menghabiskan wang ringgit, mengorbankan masa, mengawal perasaan hanya untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan, aku terpikir....aku terpikir adakah berbaloi dengan segala usaha ini...?
Mungkin berbaloi sekiranya aku mendapatkan keputusan yang baik lantas lulus dengan cemerlangnya.
Alangkah baik kalau itu semua berlaku pada aku dan anda sekalian.
Alhamdulillah, segala usaha yang dilakukan itu pasti akan mendapat pulangan yang setimpal.

Namun persoalan utama di sini adalah....adakah aku telah berusaha dengan sepenuh hati, jiwa dan raga untuk mendapatkan kelulusan yang akan dapat menyelamatkan aku, ahli keluarga, sahabat handai, semua ummat manusia daripada azab yang sangat dahsyat...?

Adakah cukup dengan hanya mengucap Alhamdulillah...?
Adakah cukup dengan hanya mengucap dua kalimah syahadat sekali...?
Adakah cukup dengan hanya solat 5 waktu...?
Adakah cukup dengan hanya membayar zakat...?
Adakah cukup dengan hanya berpuasa...?
Adakah cukup dengan hanya mengerjakan Haji...?

Untuk urusan kejayaan di dunia aku telah melakukan yang sebaik mungkin.
Dan aku sedang mengecapi hasilnya.

Untuk urusan kejayaan di akhirat (jujur aku katakan) aku belum melakukan apa-apa.
Dan aku perlu berusaha untuk mengecapinya.

Sebelum terlewat, sedarlah dari lamunan yang kita semua akan kembali.
Kembalinya kita sesudah kehidupan di dunia ini adalah untuk menjawab bermacam-macam persoalan.
Semoga kita semua dapat menjawabnya dengan cemerlang.
Untuk itu, aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan dunia ini.
Namun jangan dilupakan usaha untuk mendapat kejayaan di kehidupan akhirat dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
Bukankah matlamat kita semua hidup di dunia ini adalah untuk kehidupan akhirat itu...?
Pikirkan bersama.


(ur_whispers)
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama tidak ada masa lagi

Reade more >>

Thursday, April 21, 2011

Antara usia dan realiti

Pejam celik, pejam celik...usia semakin meningkat.
Adakah aku sudah "merasa cukup" dengan pencapaian setakat ini...?
Itu aku kena jawab dengan jujur dalam diri sendiri.
Semakin usia aku beranjak sedikit demi sedikit, dalam tempoh itu juga tidak putus-putus rahmat dari-NYA.

ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH......

Namun, tidak cukup sekadar ucapan.

Hari ini usia aku meningkat lagi. semalam angka 26 yang terakhir.
Hari ini angka berubah kepada 27 pula.
Tidak banyak bezanya, aku yang 27 tetap aku yang 26. INSYALLAH.
Dari tidak mempunyai apa-apa, aku dibelai manja oleh ibu dan ayah.
Mereka banyak berjuang dalam hidup untuk aku dan yang lain.
Terima kasih kepada mereka, Anugerah Kasih Sayang Sepanjang Hayat hanya untuk mereka.

Aku dibesarkan dengan didikan yang sebaik mungkin. Hasil usaha mereka dan iltizam dari aku.
Alhamdulillah, dengan itu aku berada ditahap ini. Ya, hari ini pada angka 27.
Setiap yang memandang, mendengar, menerobos pasti akan tahu perjalanan aku sampai ke tahap ini.
Bagi mereka mungkin aku hanya mensia-siakan masa.
Mungkin juga bagi mereka aku adalah antara orang yang berjaya dalam hidup.
Oh mungkin juga. Tapi pada pandangan mereka.
Oh ya...Semua itu berlaku pada angka 27 hari ini.


Dalam angka ini juga aku telah megenali seseorang.
Cukup sesuai dipikirkan untuk menjadi teman hidupku.
Semoga dia sentiasa menemani dan memahami aku selalu.
Semoga semuanya berjalan lancar.


Namun....
Oh namum adakah itu bermakna dalam realiti kehidupan sebenar...?
Mungkin juga.
Semoga pada angka 27 ini ALLAH SWT menerima segala amal dan usaha yang aku lakukan.
Kerana dalam tempoh aku menuju angka 27 ini, tidak ada nilainya jika aku tidak dalam redha-NYA.
Semua kertas yang diagung-agungkan manusia tidak ada nilainya jika itu benar-benar berlaku.
Aku hanya mengharap redha-NYA.
Semoga kita semua sentiasa mendapat redha-NYA.
Di dunia yang serba mencabar ini dan akhirat yang penuh dengan segala penghisaban.

Selamat buat diriku pada usia 27 hari ini.
Semoga kehidupan realiti selepas kehidupan dunia ini aku dan kita semua juga selamat.


27
DUA PULUH TUJUH

(ur_whispers)
Ooo ALLAH selamatkanlah aku...
Ooo ALLAH selamatkanlah semua orang yang aku sayangi....
Ooo ALLAH selamatkanlah kami semua....
Redha-MU yang kami harapkan.....
Antara usia dan realiti...
Reade more >>

Wednesday, April 13, 2011

Ada kebenarnya juga...

Orang tabligh...

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Sumber: Di Sini

(ur_whispers)
ada kebenaranya juga...
semoga layak menjadi ummat yang terbaik...
Reade more >>

Friday, April 1, 2011

Hanya Tinggal Kenangan (1970-an - 2011)

Masa kecil-kecil dulu selalu lepak dengan kawan-kawan. Duduk bersahaja bercerita tentang hal di sekolah. Bila cerita tentang sekolah bukan ilmu pengetahuan yang didiskusikan, "budak mana...?"....."apa lagi....jangan kasi lama..."...itu adalah antara perkara yang selalu kedengaran.

Namun itu semua cerita lalu dan kini hanyalah tinggal kenangan. Yang baik jadikan iktibar, yang buruk jadikan teladan. Walaupun orang mengenali Kampung Lembaga Padi dengan bermacam-macam benchmark. Tetapi sebagai warga sejati kampung ini, aku merasa bangga kerana disitulah aku bermula.

Dari seorang budak kampung, sehinggalah ke satu tahap di mana aku berada ketika ini. Juga merasa bangga dengan kejayaan warga kampung yang sentiasa berusa mengubah nasib menjadi lebih baik. "Saya merasa bangga dengan kejayaan sahabat-sahabat semua, kerana anda juga adalah warga LPN...!"

Dari kampung ini lahir bermacam-macam perwatakan. Dari yang putih sehinggalah yang hitam. Tidak perlulah diungkapkan disini, sebab yang putih juga bisa berubah menjadi hitam lalu yang hitam juga bisa luntur menjadi putih. Kitalah yang akan menentukan nasib kita masing-masing. Teruslah berusaha mencari warna hidupmu, dan jangan jemuh merasa takut dan harap pada-NYA.

Bercerita tentang kampung yang kini hanyalah tinggal kenangan, walau dimana berada ikatan akan tetap wujud antara setiap warga. Sebagai ingatan dan kenangan bersama gambar-gambar berikut mungkin akan dijadikan sebagai pengubat rindu, bahan cerita kepada anak-anak, cucu cicit dan susur galur keturunan.

Mungkin akan terus dikenang untuk 1000 tahun yang akan datang.














Suddenly....

















All photos credit to: 


sebagai penutup al-kisah hayati lagu ini.....

Ujung Aspal Pondok Gede
by: Iwan Fals


Di kamar ini aku dilahirkan

Di balai bambu buah tangan bapakku
Di rumah ini aku dibesarkan
Dibelai mesra lentik jari ibu



Nama dusunku ujung aspal pondok gede
Rimbun dan anggun ramah senyum penghuni dusun



Kambing sembilan motor tiga bapak punya
Ladang yang luas habis sudah sebagai gantinya



Sampai saat tanah moyangku
Tersentuh sebuah rencana dari serakahnya kota
Terlihat murung wajah pribumi
Terdengar langkah hewan bernyanyi



Di depan masjid samping rumah wakil pak lurah
Tempat dulu kami bermain mengisi cerahnya hari
Namun sebentar lagi angkuh tembok pabrik berdiri
Satu persatu sahabat pergi dan tak akan pernah kembali


.........................


Satu persoalan kepada semua:

Setelah ini semua berlaku, perlukah kita berterima kasih pada pembangunan....?
Nampak gayanya pembangunan hanya meminggirkan masyarakat....
Kisah ini adalah salah satu daripada ribuan kisah yang melanda di serata dunia....

Bila tiba musim pilihanraya kita dicanangkan dengan pembangunan....
Lalu semua warga bersorak...

Setelah pilihanraya berlalu kita terpinggir kerana pembangunan....
Lalu semua warga bersedih....

Terima kasih kepada yang "perihatin" dengan nasib warga ini....
Setiap warga akan kenang setiap "jasa" itu...


(ur_whispers)
semoga berjumpa lagi....
kisah masa lalu untuk tatapan generasi masa hadapan...

Reade more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...