Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Thursday, July 8, 2010

Kaedah memulakan perbualan dalam Bahasa Inggeris

Dalam perbualan kite sehari2an, kadang2 xtau cmana nk start perbualan sama ada dgn org yg kite tak kenali atau xbrape rapat. Rasenye stiap daripada kita pernah mengalami mslh ni. Tetapi mslh ini dpt di atasi melalui 'perbualan kosong' yang bersesuaian dgn 'SIKON' - situasi dan kondisi.

APAKAH topik yang diperbualkan dalam perbualan kosong?

Antara topik yg sesuai untuk digunakan dlm memulakan perbualan kosong adalah:-

Cuaca – Anda sentiasa boleh berbincang tentang keadaan cuaca semasa seperti musim hujan, jerebu, banjir dan sebagainya. Topik ini juga amat sesuai untuk anda gunakan dengan kawan-kawan rapat anda sebagai permulaan perbualan.

Isu-isu semasa – Bagaimanapun, cuba elakkan daripada berbual kosong tentang isu-isu agama, bangsa dan politik kerana hal ini mungkin isu yang sensitif untuk diperbual-kan.

Berita sukan – Sukan ialah topik yang sesuai diperbual-kan terutamanya jika melibatkan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia . Cuba elakkan daripada mengutuk pasukan-pasukan sukan tertentu kerana orang yang anda sedang berbual kosong itu mungkin penyokong kuat pasukan yang anda perbualkan itu!

Berita-berita hiburan – Berita terbaru tentang filem, artis dan konsert juga sesuai digunakan apabila anda berbual kosong.


Contoh-contoh permulaan perbualan kosong

Berikut adalah contoh-contoh permulaan perbualan yang boleh anda gunakan untuk mula berbual kosong dengan orang lain.

Talking about the weather/Berbual tentang cuaca

Beautiful day, isn’t it?
Cuaca baik hari ini, bukan?

Can you believe all of this rain we’ve been having?
Sekarang ini asyik hujan lebat sahaja, bukan?

It looks like it’s going to rain this afternoon.
Nampak macam nak hujan petang ini.

I hear they’re calling for thunderstorms all weekend.
Saya dengar mereka menjangkakan hujan berserta ribut sepanjang hujung minggu ini.

This haze sure is unhealthy, isn’t it?
Jerebu ini memang tidak menyihatkan, betul tidak?

How about this weather?
Bagaimana dengan cuaca ini?

selamat mencuba...

............................................................................................................................

(ur_whispers)

belajar dan terus belajar....xde org yg pandai, hanya Allah S.W.T yg Maha Bijaksana...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...