Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Sunday, October 10, 2010

Kisah Aku, Dia dan Seekor Anak Cicak

Kisah Aku
Dalam minggu yang terakhir bulan September lepas, aku telah menghadirkan diri ke beberapa aktiviti yang agak penting. Antara aktiviti yang telah aku sertai adalah Seminar de Raya anjuran BISA-UiTM Shah Alam; Malaysia Building Surveying Academic Carnival 2010 di UiTM Seri Iskandar, Perak; dan akhir sekali Experiential Retreat di Janda Baik, Bentong, Pahang. Jelas sekali aku telah melalui minggu yang sangat padat dengan aktiviti akademik. Dalam kesibukan itu, tidak dilupakan tugasan yang perlu di galas bersama walau kemana pun aku pergi. Alhamdulillah, semua itu telah aku lalui dengan penuh sabar dan berfikiran positif.


Kisah Dia
Dia berada jau dari pandangan mata aku. Tapi tidak bermakna aku melupakan dia. Dia sentiasa aku ingati. Ingatan aku tidak pernah kosong daripada mengingati dia. Dalam kesibukan aku, mungkin dia sedang merasakan kesunyian. Tapi kesunyian itu bukanlah seperti yang aku maksudkan. Dalam kesibukkan aku tidak lupa menghubunginya melalui telefon. Rupa-rupanya dalam kesunyiannya dia teringatkan seseorang. Seseorang yang telah memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian terhadap dirinya sepanjang hidupnya.


Kisah Seekor Anak Cicak
Dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Klang, aku menunggang sebuah motosikal. Aku tidak keseorangan pada malam itu, aku ditemani seekor anak cicak. Anak cicak yang rasanya baru lahir kedunia dan masih baru dengan keadaan sekeliling. Rupanya aku tidak keseorangan. Aku dihiburkan sepanjang perjalanan dengan gelagat anak cicak yang bergantungan di cermin sisi motosikal. Aku terpaksa menghadkan kelajuan perjalanan aku kepada kelajuan yang boleh ditanggung oleh anak cicak itu untuk terus bertahan. Lucu melihat gelagat anak cicak sepanjang perjalanan itu. Aku tidak sampai hati untuk menyingkirkan anak cicak itu daripada keadaan asalnya. Aku hanya membiarkan anak cicak itu terusan begitu. Semoga anak cicak itu mampu bertahan dan memulakan kehidupannya.



Kisah Aku, Dia dan Seekor Anak Cicak
Dalam kesibukan aku mengendalikan segala urusan harian, aku perlu memastikan setiap apa yang aku hasilkan adalah yang terbaik. Dan hasil yang terbaik adalah musuh utama kepada kemalasan. Dalam menghadapi situasi yang serba mencabar dan kesuntukkan waktu, aku perlu bijak dan pengurusan. Pegurusan waktu untuk tugasan hakiki. Pengurusan waktu untuk orang yang tersayang. Pengurusan waktu untuk mengabdikan diri pada yang Maha Esa.

Mungkin dalam kesibukkan aku, ada ketikanya aku alpa dan lalai. Tidak ada yang sempurna dalam diri ini. Kesunyian yang terdorong oleh rindu yang sangat mendalam mungkin menjadi faktor utama. Dia telah mengadukan halnya kepada aku. Kesunyian yang sangat mendalam. Sungguh dalam perasaan dia pada malam itu, hanya wanita yang mengetahui hati seorang wanita. Perasaan sebagai seorang anak. Perasaan sebagai seorang saudara. Perasaan sebagai seorang kekasih. Dalam kesunyian dia menangis. Menangis mengenangkan orang yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Namun, hidup perlu diteruskan. Perlu tabah menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini.

Dalam kesunyian, kerinduan dan kesedihan terpancar dari matanya yang cantik. Air matanya mengalir tanpa disedari. Aku melihat air mata itu menitis. Aku tersentuh dengan apa yang aku dengar. Aku tersentuh dengan apa yang aku lihat. Aku tersentuh. Namun aku perlu menjadi pembakar semangat kepada dirinya. Lalu aku ceritakan kisah seekor anak cicak yang menemani perjalanan aku. Dia mendengar dengan penuh perhatian. Dan kesunyian, kerinduan dan kesedihan pun beransur pergi. Senyuman indah mula terpancar. Dia tersenyum mesra. Dia tersenyum manis. Kisah seekor anak cicak membuat dia merasa bahagia. Tidak perlu wang bertimbun-timbun. Tidak perlu janji-janji manis. Kebahagiaan akan datang tanpa perlu diundang. Kebahagian akan datang dalam kerelaan hati.

Semuanya berlaku dalam satu malam.....


(ur_whispers)
perlu diakui, kadang-kadang manusia merasa alpa....
alpa dengan kerja seharian....
alpa sehingga terlupa ada insan yang perlukan perhatian...
semoga kisah aku, dia dan seekor anak cicak menjadi iktibar....

1 comment:

  1. begitu melankolik sekali--tetapi begitu bermakna--sy faham apa mesej yg cuba disampaikan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...