Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Thursday, December 23, 2010

Apa Perbezaan Solat dan Sembahyang...?

Setiap kali aku bangun pagi untuk pergi melaksanakan tanggungjawab dan amanah pasti aku akan menghadapi dua situasi yang lumrah dalam kehidupan kotaraya. Perkara yang menjadi perhatian aku adalah, apabila masuk waktu subuh yang menandakan berakhirnya waktu malam dan akan bermulanya siang hari...manusia terbahagi kepada beberapa golongan.

Perkara ini akan sentiasa membelenggu pikiranku semasa pergi dan kembalinya dari melaksanakan kewajipan itu. Sebagai seorang Muslim yang cuba untuk menerapkan nilai-nilai kehidupan seperti yang telah diperintahkan, aku mendapati tidak ada jaminan untuk kita kekal dengan "hidayah" yang telah diberikan oleh-Nya. Sebaliknya hidayah akan berkurangan apabila Iman menjadi lemah dan malap. Aku meyakini bahawa Imanlah yang menjadi pendorong untuk kita menjadi orang yang patuh dan taat pada perintah-Nya. Tujuan entri ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang lebih baik dari yang lainya, niat aku hanyalah untuk menjadikannya sebagai iktibar bagi yang ingin dan berkehendakan kepada kebaikan. Untuk aku kekal dengan amal seperti ini pun perlukah hidayah dari ALLAH SWT yang akan memacu Iman dan memudahkan untuk kita beramal.

Berbalik kepada persoalan yang menjadi tajuk entri kali ini, setiap kali bangun di waktu subuh dan berjalan menuju ke Surau aku akan mengalami satu ambient yang sangat berbeza. Perbezaan yang aku maksudkan adalah pada ketika itu juga, orang yang mempunyai anutan kepercayaan yang berbeza dengan orang Muslim juga sibuk dengan tuntutan agama mereka. Pada masa itu juga, kuil berhampiran bercahaya terang benderang dan di penuhi dengan beberapa penganut yang taat. Pada aku, walaupun mereka bukan dari kalangan orang Muslim, namun ketaatan dan kesetiaan mereka jauh lebih baik berbanding orang Muslim itu sendiri. Pada pandangan kita, ternyata mereka menyembah selain daripada ALLAH SWT, Pencipta Alam Semesta, tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Namun, setibanya aku di Surau, hanya terdapat beberapa susuk tubuh yang selalu mengimarahkan surau dengan solat berjemaah. Sedangkan dalam masa yang sama masih ramai lagi saudara-saudara semuslim berada diluar dan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Semoga hendaknya mereka telah dan akan mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya.  "Sesungguhnya tiada bahagian dalam Islam orang yang meninggalkan Solat."

Solat itu mendekatkan kita dengan ALLAH SWT, tempat untuk memohon dan mengadukan segala masalah kerana DIA adalah penyelesai kepada segala masalah. Sedang mereka yang tidak beriman kepada-Nya "bersembahyang" dengan harapan Dewa dan Dewi mereka dapat memberikan perlindungan dan keberkatan dalam kehidupan mereka. Bukankah orang Islam itu memiliki ketinggian dan kemulian melalui perantaan Solat..? Bukankah Solat itu menjadikan seseorang Muslim itu bertambah dan berkah kehidupannya...? Segerakanlah mendirikan Solat, sesungguhnya Solat itu tiang agama. Islam hari ini telah runtuh bukan sebab orang lain, runtuhnya adalah kerana kita sendiri. Semoga kita mendapat iktibar dan beramal seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Amin.


(ur_whispers)
semoga ALLAH SWT menjadikan aku, ahli keluarga, jiran-jiran, 
pemimpin-pemimpin, sahabat-sahabat,
Muslimin dan Muslimat,
orang yang sentiasa mendirikan Solat seperti yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...