Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Friday, January 14, 2011

Fikiran Random 12/01/2011 – 14/01/2011

Pembentangan tajuk thesis/dissertation bagi postgraduate students MSc. In Facilities Management (AP779) dicadangkan akan diadakan pada awal bulan February 2011 ini. So, kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian. Siapkan proposal (sebagai contoh boleh lihat yang INI) anda dengan sebaik-baiknya beserta cadangan supervisor thesis/dissertation anda. Insyallah, jika diberi waktu aku bercadang nak buat sebuah entri khas berkenaan dengan cara membuat rujukan dan pengolahan ayat dalam thesis/dissertation yang dapat membantu postgraduate & undergraduate students. Sebab ramai yang dah mula mengadu dan mengeluh. “Keluh lidah tak terkata.”

Institute of Graduate Studies (IGS) akan mengadakan “Research Writing Skills Seminar” yang akan diadakan khas buat postgraduate students. Tempat adalah terhad, untuk sebarang urusan dan tempahan tempat sila emailkan your details (name, program, contact number and email address to yuslinawati@salam.uitm.edu.my (03-55225572)). Seminar akan berlangsung pada 15/01/2011 (9 am – 1 pm) dengan topic Introduction to Thesis Writing and Writing the Introduction. Pada 22/01/2011 (9 am – 5 pm) dengan topic Writing Literature Review and Writing the Methodology & the Results. Pada 29/01/2011 (9 am – 5 pm) dengan topic Writing Discussion and Conclusion & Recommendations. Venue bagi semua program bertempat di APB Seminar Room, Level 9, Menara SAAS, UiTM Shah Alam.

“Roti canai dua bang, bungkus” kata aku pada peniaga kat tepi blok perumahan. Kemudian setelah beliau siap membungkus pesanan aku, lalu berkata “Siap” kepada aku. Lalu aku pun menghulurkan sejumlah wang yang biasa aku berikan untuk dua keping roti canai yang dipesan tadi. “RM1.80 bang” kata peniaga, “owwhh, ok” kata aku dalam keadaan tenang (tersentak sebenarnya). Kemudian aku tepikir, sejak bilalah pula harga roti canai naik ni…??? ARRRRGGGGHHHHH…!!!! ROTI CANAI DAH NAIK 10 SEN…!!! Lepas ni apa pula yang naik…??? MUSTAHIL GAJI NAIK…!!! RAKYAT YANG KAYA, RAKYAT JUGALAH YANG MISKIN…!!!

Rancang nak pegi jogging di awal pagi hari Jumaat. Juga tak jadi lagi. Bumi dilimpahi dengan hujan Rahmat dari yang Kuasa. Alhamdulillah. DIA-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita, bumi ini, dan semua makhluk. Kemuliaan, kehinaan, kebaikan dan kemudaratan semua datang dari-NYA. Itulah Qada’ dan Qadar NYA. Ingat, aku bukan Ustaz. Sebab aku juga seperti kamu…!!!


(ur_whispers)
Jika engkau bersedih…
Pastilah ini ada maksudnya…
Andai engkau bisa tertawa…
Seharusnya bahagia…!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...