Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Sunday, January 16, 2011

Harap & Takut

Pernahkan anda merasa berharap kepada Rahmat ALLAH SWT...? Bagaimana pula dengan perasaan takut pada Keadilan ALLAH SWT...? Sesungguhnya amatlah sukar untuk menentukan bahawasanya seseorang itu berada dalam keadaan yang diredhai serta dikasihi ataupun dimurkai serta terlaknat. Jangan sesekali anda memandang orang yang jauh daripada perintah ALLAH SWT itu hina dan orang yang zahirnya taat pada perintah ALLAH SWT itu mulia. Kehinaan dan kemuliaan adalah dalam ketentuan-NYA. Namun, janganlah pula anda memandang buruk pada orang yang taat pada perintah-NYA kerana dia juga sedang berusaha mencari redha ALLAH SWT. Sementara yang masih jauh daripada perintah ALLAH SWT, teruslah berusaha untuk berubah. Dengan niat dan azam yang kuat, Insyallah dengan taufik serta hidayat daripada-NYA anda akan lebih dekat pada-NYA.

Tujuan aku menulis entri ini adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri, keluarga, insan tersayang, sahabat handar serta manusia seluruhnya. ALLAH SWT tidak memandang pada rupa, harta, pangkat; sebaliknya ketakwaan dan keimanan yang sahih. Adakah kita benar-benar seorang yang beriman...? Tepuk dada tanyalah IMAN!!!

Cuba pandang sekeliling anda. Apa yang dapat anda simpulkan...?

  • Berapa ramai orang Islam tidak menutup aurat dengan sempurna..? Atas tertutup, yang bawah terdedah. Semua tertutup, tetapi yang tertutup amatlah ketat. Habis semua tertonjol, adakah sebab nak sangat menonjol di khalayak ramai...?

  • Berapa ramai orang Islam yang tidak menjaga Solat...? Solat itu tiang agama, orang yang meninggalkan solat itulah yang meruntuhkan agama. Nampak mudah, tapi sebenarnya amat berat. Seberat-berat seksaan adalah meninggalkan solat. Persoalan pertama di hari Hisab adalah berkenaan solat. Jika Solat diterima, maka semua amalan akan diterima. Tertolak solat, maka sia-sialah segala amalan. Bagi aku, orang yang miskin dan muflis di dunia dan akhirat adalah orang yang meninggalkan solat. Segerakanlah solat. Aku pun kadang-kadang cuai juga, sebab tu kena saling beringat. Bagi yang dah ada niat, segerakan niat anda itu, jangan cuma niat tinggal niat saja.

  • Berapa ramai yang mampu memberikan salam dan senyuman...? Mungkin sesetengah orang memandang perkara ini remeh, tapi ianya memberikan kesan yang sangat mendalam. Dengan salam kita akan saling memuliakan dan dengan senyuman sifat kasih sayang akan terjalin antara sesama manusia. Namun, perkara itu amatlah jauh daripada amalan masyarakat kita hari ini. Tamadun yang macam mana kita hendak contohi sebenarnya..? Bagi aku, tamadun manusia yang paling gemilang adalah zaman dimana terutusnya Nabi Muhammad SAW. Adakah kita hendak mencontohi kekasih ALLAH SWT atau tamadun yang dipelopori oleh Amerika? Britain? Jepun? etc? Contoh dan panduan yang lengkap telah diberikhabarkan oleh pembawa berita yang benar. Semuanya tercatat dalam Al-Quran dan Hadis. Tidak ada kehidupan yang lebih mulia melainkan mencontohi cara kehidupan suci murni Nabi Muhammad SAW. Aku yang lemah ini sedang berusaha kearah itu. Insyallah.

*Aku cuba memandang dari perspektif yang berbeza. Namun perspektif itu tidaklah berbeza bagi orang-orang yang terdahulu. Cuma cara kehidupan kita hari ini yang jauh daripada cahaya Islam yang sebenar menyebabkan kita beranggapan seolah-olah agama itu telah mati...!!! Matinya amalan agama, petanda orang Islam semakin jauh daripada ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW. Kita patut bertaubat dan beristigfar kerana pada zaman kita berada didunia ini Islam telah dipijak-pijak dan dihinakan. Bukan oleh orang lain, tetapi oleh orang yang mengaku diri Islam itu sendiri...!!! Astagfirullah al-azim...!!! Harap dan Takut itulah IMAN...!!!



(ur_whispers)
Cantiklah wanita yang berambut panjang...
Cantiklah lelaki yang memelihara janggut...
Kerana itu adalah satu tuntutan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...