Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Wednesday, February 9, 2011

Buku Agung...!!!

Dalam kehidupan kita sehari-hari, sesuatu benda akan dianggap berharga dan sangat-sangat bermanfaat bila sering menjadi panduan dan bahan rujukan.

Manusia mempunyai bermacam-macam karenah, perwatakan, penampilan dan persepsi yang juga akan mendorong mereka untuk fokus dan menuju hari-hari mendatang.

Adalah menjadi trend dimasa kini untuk berhubungan secara sosial dalam jaringan komunikasi untuk mengetahui berita-berita terkini, bertukar-tukar maklumat dan berkongsi segala bentuk kegembiraan juga kesedihan.

Umum sedia maklum bahawa Facebook atau dalam bahasa "Muka buku" selalu menjadi 'santapan' utama di waktu pagi, tengah hari, petang, sebelum tidur, dan seboleh-bolehnya setiap masa dan keadaan!

Ironinya, fenomena muka buku ini telah menjadi budaya seharian dan menjadi santapan rohani kehidupan seseorang. Tidak dinafikan, malah ianya telah menjadi Buku Agung pada sesetengah pihak. Buku Agung yang aku maksudkan di sini adalah, menjadi tempat rujukan, tempat mengadu, berkongsi segala kegembiraan dan juga kesedihan.

Dalam pada itu, "mereka" (?) sebenarnya telah berjaya. Mereka berjaya mencipta sebuah kitab baru yang menjadi rujukan seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama dan sempadan. Kitab itu adalah Muka Buku atau pun lebih dikenali sebagai Facebook! Hampir semua telah terpedaya!


Sedang dalam masa yang sama Buku Agung yang sebenarnya semakin terlupakan...!!!

Berapa lama masa yang digunakan untuk menatap, merenung, mengkaji Buku Agung ini..?!!!

Sedangkan dalam buku Agung ini terdapat segala berita yang mengembirakan, kebahagian, panduan, pelajaran, peringatan dan untung rugi kehidupan selepas berpindah dari alam dunia ini.

Sedarlah, Buku Agung yang sepatutnya kita habiskan masa untuknya adalah Al-Quran ul-Karim..

Sungguh "Mereka" itu telah berjaya memesongkan manusia daripada Buku Agung yang sebenar..!!


*Komen agung anda sangat diperlukan jika anda meminati entri dalam blog ini. Silalah follow my blog, TQ.

(ur_whispers)
berapa banyak masa habis dengan Facebook...?
berapa banyak masa habis dengan Al-Quran...?
adakah manusia banyak masa untuk Facebook...?
adakah manusia sudah bosan dengan Al-Quran...?
hanya sebagai renungan bersama..!!!

2 comments:

  1. fb sudah menjadi santapan setiap golongan bangsa d serata dunia ...sehinggakn mereka alpa kepada perkara yg lebih penting seperti solat......terkadang mereka tak menyadari mereka telah meghadap pc berjam2 lamanya sehingga tak menyadari waktu solat telah berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakannya dek kekushukan mereka melayan fb..... bergembiralah sang pencipta fb kerana mereka berjaya dengan misi mereka

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua mengambil iktibar dan manfaat yang sebaiknya agar kita tidak leka dalam kehidupan yang penuh dengan godaan di akhir zaman ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...