Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Monday, December 13, 2010

Facebook dan kesan tingkah-laku seksual

Rasanya aku tidak perlu nafikan dan bercerita lebih lanjut lagi tentang kewujudan hubungan sosial di alam maya pada masa kini. Dengan jelasnya, kewujudan Facebook (FB) dan lain-lain laman web sosial telah mempengaruhi cara hidup generasi masa kini (sebahagian besar masyarakat moden). Justeru itu juga, pada pandangan aku fenomena ini telah banyak memberi pengaruh kepada individu dalam menjalani perhubungan dengan masyarakat, cara bercakap, berfikir, bergaul, dan pengaruh seksual (yang agak sensitif dalam masyarakat kita).

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Mens Health, US, Facebook (adalah laman web sosial yang popular masa kini) telah banyak mengubah dan mempengaruhi cara menjalinkan perhubungan dengan pasangan. Satu penelitian ke atas sejumlah (3000) pengguna FB yang terdiri daripada 1377 lelaki dan selebihnya adalah wanita telah dijalankan.

Apakah hasil penemuan besar kajian ini?
Menurut kajian, berikut adalah antara penemuan penting:

Fakta #1) Bersikap tidak jujur dengan status sebenar
Pendapat aku: Kebanyakkan responden tidak menunjukkan status perhubungan mereka dengan sejujurnya. Mereka cenderung untuk bersikap terbuka dan berkemungkinan berlaku curang dengan pasangan mereka. Bagi aku, soal kesetiaan mungkin akan tercabar dan berkemungkinan bakal menimbulkan perselisihan. Boleh jadi golongan ini cuba untuk bermain kayu tiga...!!! AWAS...!!!

Fakta #2) Bermain-main cinta (penggoda)
Pendapat aku: Bagi aku, mereka ini adalah dari jenis yang terdesak dan tidak mempunyai tujuan dalam menjalinkan perhubungan. Mereka hanya suka bersembang kosong, bila berkata-kata seperti ahli falsafah, tetapi hakikatnya hanyalah seumpama tin kosong yang hanya boleh dikitar semula...!!!

Fakta #3) Cemburu yang dirancang
Pendapat aku: Golongan ini biasanya menjadikan FB tempat untuk merangsang perasaan cemburu terhadap pasangan. Sungguh pun cemburu itu tidak dirancang, namun cemburu mampu terhasil tanpa diduga dan hasilnya boleh menjejaskan perhubungan. Asyik cemburu, cemburu mungkin mengasyikkan...!!!

Fakta #4) Krisis dan perang “posting wall”
Pendapat aku: Emmmm...kadang-kadang pasangan tidak merasa berkenan ataupun bersetuju dengan apa yang dipostingkan dan gambar-gambar yang boleh menimbulkan perselisihan. Secara tidak langsung, pasangan anda akan merasa terkongkong dan tertekan dengan bentuk kawalan terancang ini. Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang anda postingkan, teliti terlebih dahulu sebelum dikongsi dengan sejumlah besar pengguna FB...!!! Jangan main hentam jer...!!!

Fakta #5) Pilih hanya yang menarik
Pendapat aku: Setuju atau tidak, aku dapat katakan bahawa kebanyakkan pengguna akan cencerung untuk meneliti ataupun mencari teman yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang menarik seperti; cantik, seksi, dan menggoda untuk dijadikan teman. Bagi aku, mereka yang berada dalam golongan ini dengan jelas tidak ikhlas dalam perhubungan mereka..!!!

Fakta #6) Mencari bekas kekasih
Pendapat aku: Sungguh tidak disangka, rupanya ada juga yang menggunakan FB untuk mencari bekas kekasih. Bahaya untuk mereka-mereka yang telah berumah tangga. Ia boleh menjadi racun yang mampu merosakkan segala-galanya. Sebaik-baiknya elakkanlah...!!!

Fakta #7) Mengintai-intai profil
Pendapat aku: Sejumlah responden juga cenderung untuk mengintai pasangan dan bekas pasangan mereka dalam FB. Golongan ini akan meniliti setiap posting terbaru dan gambar-gambar terbaru untul mengetahui dengan lebih dekat lagi akan setiap aktiviti yang dilakukan. Aku berpendapat, mungkin anda sebahagian daripada mereka...

Fakta #8) Cinta lama mekar kembali
Pendapat aku: Perkara yang akan menyumbang kepada berlakunya krisis rumah tangga dan peningkatan kadar penceraian. Jika anda tergolong dalam mereka ini, aku berpesan jauhilah sebelum bertambah parah...!!!  Sentiasalah berlaku jujur dengan pasangan anda...!!!

Fakta #9) Menceroboh FB pasangan
Pendapat aku: Ada juga pasangan yang amat terdesak untuk mengetahui segala tindak tanduk pasangan mereka dengan menceroboh akaun FB. Nampak sangat kurangnya kepercayaan terhadap pasangan mereka. Macam-macam ada...!!!

Fakta #10) Landasan untuk berlaku curang
Pendapat aku: Tidak dapat dinafikan bahawa FB telah banyak menyatukan pasangan, tetapi FB jugalah yang telah menjadi punca pasangan memutuskan perhubungan mereka dengan berlaku curang dengan terang-terangan. 


(ur_whispers)
gunakanlah.....manfaatkanlah....,
berhati-hatilah....berwaspadalah....,
dalam menggunakan perkhidmatan ini, 
jangan sampai suatu yang buruk berlaku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...