Entri khas ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat, para graduan ataupun warga pekerja yang berminat untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi (Master dan PhD). Menurut sumber, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukan sebanyak RM2.68 bilion bermula pada 1 Disember 2010, dalam usaha meningkatkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2015. Program ini telah dibuka untuk permohonan secara dalam talian (on-line) sepanjang tahun bermula 1 Disember 2010 ini.
Warganegara yang berkelayakkan yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka di Universiti Teknologi MARA (mungkin juga untuk IPTA lain dalam negara) kini boleh memohon pembiayaan melalui Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan di bawah RMke-10 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD. Aku sendiri tidak pasti sama ada mereka-mereka yang telah mendaftar boleh membuat permohonan dibawah program ini atau tidak. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila layari link berikut: https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php
(ur_whispers)
bagi mereka yang berkelayakkan jangan lepaskan peluang ini...
daripada maklumat yang diperolehi, jumlah elaun agak tinggi jugak...
cukuplah untuk menampung kos pengajian...
tapi untuk belanja kahwin tak pasti pulak...huhuhu
No comments:
Post a Comment