Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Grammar penting dalam bahasa Inggeris..?

Apabila bercakap tentang mempelajari bahasa Inggeris majoriti daripada kita merasa berat dan payah untuk memahaminya. Amnya masyarakat kita mempunyai masalah dalam penulisan dan perbualan yang melibatkan bahasa Inggeris dalam kerjaya dan aktiviti seharian. Untuk mengatasi masalah ini, ada antara kita akan menyertai kursus yang boleh meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris.


Majoriti juga memendam impian untuk menguasainya dalam masa yang singkat. Selain kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar, para pekerja dan golongan dewasa juga terdesak untuk menguasai bahasa yang utama ketika ini. Semestinya habuan yang menanti adalah kenaikan pangkat dan peluang pekerjaan yang lebih baik.


Selain itu, terdapat juga di antara kita yang perlu untuk mengambil peperiksaan khas bahasa Inggeris untuk tujuan akademik ataupun kerjaya seperti MUET, TOEFL dan juga IELTS. Menurut pengalaman aku, kebiasaanya ujian khas ini diperlukan sebagai syarat dalam kursus-kursus tertentu, universiti tertentu, tajaan dan biasiswa.


Berdasarkan pengalaman, penelitian aku yang tidak seberapa ini, dan nasihat pakar bahasa Inggeris yang akan dapat membantu dari segi (1) Fasih bercakap dalam bahasa Inggeris; (2) Lancar dan mudah difahami dalam peulisan bahasa Inggeris; (3) Cepat mahir dalam  bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan hingga setahun; dan (4) Mudah lulus dan mendapat markah atau band yang tinggi dalam peperiksaan bahasa Inggeris seperti MUET, TOEFL dan IELTS.


Tiga ASPEK penting yang perlu diberi perhatian adalah:-


1.       Pengetahuan Grammar bahasa Inggeris yang betul.

2.       Perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang mencukupi.

3.       Latihan yang berterusan dan mencukupi.


Secara ringkasnya aspek Grammar paling penting walaupun apapun tujuan dan niat anda mempelajari bahasa Inggeris kerana:-


1.     Grammar membantu anda menyusun ayat dengan betul bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tanpa terikut-ikut tatabahasa bahasa Ibunda anda.


2.     Grammar membantu anda tahu bila sesuatu perkataan bahasa Inggeris itu perlu ditukar. Antaranya konsep singular plural dalam Nouns atau kata nama dimana ianya mungkin perlu ditukar seperti one boy ditukar kepada two boys bila bilangan noun itu lebih daripada satu.


3.     Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana yang tidak boleh ditukar bentuk walaupun jumlahnya banyak dan lebih daripada satu khasnya Uncountable Nouns atau Kata Nama tidak boleh dikira seperti water, sugar, furniture, hardware dan sebagainya yang tidak boleh anda tambah s,es,ies dan sebagainya walaupun jumlahnya banyak.


4.     Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana  boleh anda gunakan dengan a dan an dan Nouns yang bagaimana yang tidak boleh anda gunakan dengan a dan anA dan an ialah seperti penggunaan seorang, seekor, sebuah dna. Oleh itu cuma boleh digunakan dengan singular nouns sahaja seperti a boy, a house dan sebagainya dan tidak boleh digunakan dengan plural nouns seperti a boysa children dan tidak boleh juga digunakan dengan uncountable nouns seperti a sugar, a furniture atau an advice.


5.     Grammar akan dapat membantu anda dalam penggunaan kuantiti ekspresi bila anda menggunakan uncountable nouns seperti a piece of furniture dan bukannya a furnitureA piece of advice dan bukannya an adviceTwo bottles of water dan bukannya two water atau two waters.


6.     Grammar membantu anda dalam penggunaan apostrophe s iaitu ’s atau pengunaan apostrophe sahaja iaitu ’ untuk menunjukkan pemilikan dalam bahasa Inggeris seperti Ali’s house dan the boys’ house.


Penerangan ini setakat penggunaan Grammar dalam Nouns atau Kata Nama. Dari sini kita dapat perhatikan amatlah rumit untuk memahami kesemua aturan yang betul dalam penggunaan Grammar ini. 
(Rujukan: Artikel tulisan saudara Yusoff (Cikgu Tuition))





(ur_whispers)

saya budak baru belajar....

kalau salah tolong betulkan....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...