Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Friday, December 24, 2010

Sudah Merancang Untuk Berkahwin?

Entri ini dikhaskan kepada bakal pengantin yang akan dan sedang merancang untuk berkahwin. Mungkin bagi sesetengah orang benda ini tampak janggal, namun ianya amat penting bila berbicara tentang pengurusan kewangan dan masa. Melalui perancangan dan perlaksanaan pengurusan kewangan dan masa yang baik untuk tujuan majlis perkahwinan, tidak mustahil ia akan dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dan masa yang diperlukan. Konsep yang menjadi pilihan bagi kebanyakkan pasangan adalah, kos yang amat minima tetapi dengan kepuasan yang maksima.


Berikut ini adalah beberapa panduan untuk memudahkan perjalanan majlis perkahwinan yang bakal ataupun sedang dirancang. Ianya mungkin berbeza dengan kehendak dan konsep pasangan yang lain, namun berikut adalah contoh bagi perancangan yang sederhana dan dalam kategori terbaik.


a) 6-10 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan
  • Tentukan hari perkahwinan anda
  • Tentukan jenis perkahwinan yang anda diinginkan
  • Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. (kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf)
  • Berbincang dengan bakal pasangan mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak
  • Tentukan tempat kenduri dilansungkan
  • Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis
  • Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan
  • Pilih pengapit-pengapit anda
  • Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan
  • Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami
  • Pilih baju untuk pengapit
  • Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun
  • Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai
  • Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah 
  • Sediakan fail khas untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda
  • Sediakan dokumen ini:

  1. Salinan Kad Pengenalan (min 10)
  2. Salinan Surat Beranak (min 3)
  3. Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
  4. Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
  5. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
  6. Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain
  7. Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
  8. Surat Perakuan Bujang dari majikan


b) 4-6 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan
  • Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara
  • Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori
  • Siapkan bilik atau rumah pengantin


c) 3-6 BulanSebelum Majlis Perkahwinan
  • Hadiri kursus Pra Perkahwinan
  • Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri
  • Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan
  • Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid
  • Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu
  • Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh
  • Pilih cincin perkahwinan
  • Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri
  • Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda
  • Tentukan aturcara majlis
  • Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain

d) 2-4 BulanSebelum Majlis Perkahwinan

  • Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri
  • Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam
  • Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk
  • Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu
  • Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu
  • Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

e) 7 HariSebelum Majlis Perkahwinan

  • Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
  • Semak terperinci bunga dan jurugambar
  • Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas
  • Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat
  • Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.

f) 1 HariSebelum Majlis Perkahwinan
  • Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam
  • Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan
  • Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda
  • Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.

g) Hari Majlis Perkahwinan
  • Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan
  • Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah
  • Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda

i) Selepas Majlis Perkahwinan
  • Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
  • Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
  • Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
  • Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda
  • Selamat Pengantin Baru kepada anda....
  • Selamat berhoneymoon
(sumber: portal perkahwinan)

(ur_whispers)
bagi yang mampu merancanglah....
bagi yang mampu berkahwinlah....
agar anda bahagia....
agar anda sempurna....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...