Adakah anda pernah memikirkan persoalan yang asas ini...?
Bagi mereka yang mencari jawapan, pasti akan menemuinya. Penemuan yang pasti akan membuatkan anda menjadi taksub dan ghairah. Taksub dan ghairah untuk terus mencari jawapan disebalik putaran dunia yang pasti akan terhenti ini. Sejak kita dilahirkan, manusia telah cenderung untuk mengejar kemewahan dunia. Sedar tak sedar, aku juga turut tergoda dengan 'keindahan' dunia. Lalai dalam melaksanakan maksud dan tujuan sebenar kita dilahirkan didunia ini. 'Keindahan' yang takkan mungkin sama dengan apa yang ada di alam sebelah sana.
Persoalan yang bermain dalam fikiran aku adalah, adakah kita telah menjadi zalim dan kejam dengan diri sendiri...?
Adakah untuk mengejar kemajuan semata-mata...?
Kemajuan yang mana satu kita hajati...?
Sedarkah kita, negara manakah dalam dunia ini yang berstatus maju benar-benar 'maju'...?
Maju atau 'mundur' dalam erti klasik yang sepatutnya...?
Adakah ini yang dimaksudkan dengan kemajuan...?
Seluar dalam berjenama Camel, Levi's, adidas, renoma @ giant, tesco...
Seluar jeans Levi's, Guess, Lee, Wrangler's @ bundle
Baju-T berjenama adidas, NIKE, Puma @ cukup dengan brand murah...
Kereta berjenama Mitshubishi, Toyota, Proton @ cukup sekadar kereta second hand...
Rumah banglo, teres @ rumah flat bertingkat-tingkat...
Telefon bimbit Blackberry, Ipad dan macam-macam jenama lagi...
Laptop berjenama Apple, Acer, Dell @ Compaq...
Adakah adil untuk mengatakan bahawa
dengan memiliki semua ini kita telah mencapai maksud KEHIDUPAN yang sebenar...?
*Entri ini ditulis berdasarkan pemerhatian aku terhadap cara kehidupan kebanyakkan manusia di saat ini. Perhatikanlah sekeliling anda, pasti akan merasai apa yang sedang aku fikirkan (atau mungkin juga berlawanan dengan apa yang aku fikirkan). Terpulang pada anda.
**Entri berkaitan Apa itu Kejayaan...? (Klik sini)
(ur_whispers)
maksud kehidupan kita yang sebenarnya
adalah untuk menghidupkan Al-Quran dan Sunnah
dalam kehidupan seharian...
kemewahan di dunia ini
bukanlah jaminan kesudahan yang baik di "sana"
dekat kita padaNya, berbahagialah kita...
No comments:
Post a Comment