Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Monday, January 3, 2011

Api...!!! Api...!!! Api...!!! Tolong padamkan...

Ini gambar API...!!!
(photo source: credit to - http://www.separtz.com)


Api adalah satu tindakbalas yang berlaku antara haba + oksigen + bahan api. Apabila api marak dari sekecil-kecil nyalaan, maka setiap daripada orang yang melihatnya bertanggungjawab untuk memadamkan nyalaan sekecil itu. Namun sekiranya setiap daripada kita saling menuding jari dan saling menyalahkan, api sekecil itu akan terus menyala, berkembang dan merebak. Lebih membahayakan lagi, ianya mampu menyebabkan kematian. Memang semua sedia maklum bahawa kerja memadam api adalah tugas pihak BOMBA. Namun, adalah satu kejahilan dengan api sekecil-kecil nyalaan pun kita perlu menunggu pihak bomba datang untuk memadamkan api tersebut. Sebaliknya, setiap kita perlu berganding bahu dengan penuh tanggungjawab memadamkan api tersebut tanpa perlu tuding menuding dan berkata "Ini bukan kerja saya!!!". Apabila semua ambil tanggungjawab, maka selesai semua masalah.


Apa kaitan API dengan entri ini..???

Cerita diatas adalah perkara yang sedang bermain dalam benak aku. Masa silih berganti, dunia terus berkembang. Dari era pertanian. Kemudian era perindustrian. Kini era globalisasi tanpa sempadan. Pengetahuan dan informasi, semua berada di hujung jari. Namun tamadun manusia tidak juga bertambah baik. Bahkan kembali ke belakang. Menuju kearah kejahilian (Nauzubillah). Apakah signifikasi cerita API di atas dengan semua ini?

Sedarkah kita hari ini bahawa, sedar tak sedar, manusia sedang berbondong-bondong menuju kearah API yang maha dahsyat (API yang kekal - NERAKA). Ketika maksiat bermaharaja, apakah peranan kita terhadap masalah global ini...? Kiri dan kanan, atas dan bawah. Semua dipenuhi dengan maksiat. Setiap daripada kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat. Meninggalkan solat itu maksiat. Tidak jujur dalam perniagaan itu maksiat. Menipu itu maksiat.

Setiap daripada kita bertanggungjawab untuk saling ingat memperingati. Kerana Allah SWT hanya meletakkan kejayaan dalam ketaatan pada perintah-NYA. Ingatlah setiap maksiat yang berlaku disekeliling kita, maka kita bertanggungjawab untuk mencegahnya. Tak perlu tunggu Ulama atau Ustaz untuk mencegahnya. Setiap orang yang beriman, maka wajib atasnya untuk mencegah maksiat. Dari sekecil-kecil maksiat. Apabila setiap orang menafikan tanggungjawab ini ("Ini bukan kerja saya!!!" - seperti kisah API diatas) maka maksiat akan terus bermaharaja.

Ibarat seorang ibu yang menyuruh anaknya untuk mengangkat sebuah bekas yang berisi kaca. Namun anak yang paling dewasa merasa malas untuk pergi mengangkatnya. Lalu si anak kecil berlari-lari menyahut seruan si ibu. Kemudian si anak kecil itu berjalan dengan beban di atas tanganya. Akibat daripada kemampuan dan pengetahuan yang tidak seberapa, si anak kecil itu telah keciciran bekas berisi kaca itu. Lalu berkecailah kaca di atas lantai. Percaya atau tidak, si ibu pasti akan memarahi si abang kepada anak kecil itu kerana membiarkan si anak kecil mengalas beban yang diluar kemampuannya.

Dikalangan kita ada orang yang lebih mengetahui dan berilmu. Setiap pengetahuan dan ilmu yang diperolehi akan dipersoalkan. Seperti juga ibu tadi, Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang akan terlebih dahulu mempersoalkan mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Dikala maksiat bermaharaja, dimana ilmu mereka digunakan untuk memperbaiki keadaan Umat.

Anda dan Aku tidak terkecuali dari melakukan maksiat. Sesiapa yang melihat maksiat perlu untuk menasihati. Silakan menasihati, anda dialu-alukan.

Aku bukan Ustaz, sekadar berfikir sejenak akan keadaan kita yang kian jauh dari maksud kehidupan yang sebenar!!!


(ur_whispers)
Demi masa...
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...
malaikan.....
+orang yang beriman; serta
+beramal soleh: serta
+saling menasihati kepada kebenaran; serta
+saling menasihati kepada kesabaran...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...