Semalam aku di Shah Alam. Berlegar-legar sekitar Tasik dan Dataran Shah Alam. Ternyata tidak banyak yang berubah. Ramai anak muda Melayu yang duduk lepak bersahaja. Lelaki dan perempuan bersekali meraihkan malam. Sedang dunia penuh dengan cabaran yang semakin merunsingkan kepala, kita di Malaysia, spesifik untuk malam tadi di Shah Alam, boleh aku kategorikan sebagai kurang bertamadun.
Mat motor dengan motorsikal masing-masing. Bagi mereka hebat dan satu bonus jika menunggang bersama minah cun (cun ke???). Berpeleseran kesana sini dengan bunyi enjin yang menyakitkan telinga. Yang pada aku secara tidak langsung bisa mengundang makian dan sumpah-menyumpah. Mat aksesori kereta pula dengan sistem bunyian seakan-akan bom atom yang meletup di Hiroshima. Ada juga yang datang sekadar melepak dan meninjau keadaan.
Seperti dalam lirik lagu Cerita Kedai Kopi "Di Eropah orang bentang idea, topik-topik didiskusi, anjakan paradigma bila kena kopi" (Malique feat Salam).
Apabila ini menjadi budaya dan amalan, apakah bentuk tamadun yang akan kita kecapi...???
Di wajah tampak gembira, terhibur dan bahagia. Tapi hakikatnya hati kosong, gundah gulana!!!
Semalam di Shah Alam....sejuta wajah, menunjukkan tamadun kita yang mundur!!!
*kita tunggu berita dalam bulan Ogos/September/Oktober 2011 (untuk pautan entri Klik Sini)
(ur_whispers)
asset agama, bangsa dan negara...
mengalami permasalahan besar...
aku dan kamu bertanggungjawab...
No comments:
Post a Comment