Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Sunday, January 23, 2011

Berkenaan Budak "U"...

Entri kali ini aku nak share berkenaan dengan budak "U". Rata-rata ibu bapa berkeinginan agar setiap anak mereka tak kira lelaki ataupun perempuan mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Suatu ketika dahulu, universiti merupakan tempat para ilmuan dan sarjana berdiskusi, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu yang ada. Universiti merupakan platform (atau dalam bahasa melayunya disebut landasan) bagi mereka berkumpul dan menjadikan tempat tersebut sebagai sumber rujukan.

Zaman terus berubah. Budaya terus berkembang. Ilmu terus terbuka luas. Namun matlamat asal universiti itu sendiri kini sering dipertikaikan. Mungkin tidak bagi sesetengah tempat. Tetapi menurut pemerhatian, aku berpendapat kurang daripada 10% graduan yang dihasilkan adalah benar-benar telah menjadi pemikir, pencetus idea, pencipta, pengembang idea-idea dan pencetus perubahan ke arah kebaikan sejagat (yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku tergolong dalam kategori itu ataupun tidak).!!!

Bila melihat karenah mahasiswa hari ini, mungkin INI dapat mengambarkan situasi sebenar. Jika tidak, mungkin yang INI lagi bijak, atau yang INI.

Justeru itu, para mahasiswa perlulah berfikir sebagai seorang sarjana yang sebenar dan bukanya berfikir seperti orang biasa. Kerana aku berkeyakinan, anda mempunyai potensi, kelebihan dan sebab yang melayakkan anda berada di universiti. Jika tidak demikian, maka mahasiswa hanyalah seorang yang telah dihadiahkan dengan segulung sijil yang tidak akan membawa sebarang makna. Yang sudah pasti akan digunakan sekadar untuk mengenyangkan perut yang kosong, memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan kepentingan diri sendiri. Walhal, seorang sarjana mempunyai kapasiti tanggungjawab yang sangat besar terhadap masyarakat sejagat, haiwan dan persekitaran.

Aku melihat isu ini dari sudut yang terpencil. Aku melihat hari ini universiti sekadar tempat bertemu rakan-rakan, mempromosi fesyen yang tungang langgang di badan sendiri, tempat mencari "awek" dan "pakwe" yang serba "cun" dan "jambu", hanya sedakar bersembang kosong dan merasa bangga dengan status "AKU BUDAK U". Lihatlah di kiri dan kanan, budaya ilmu belum menjadi budaya sebenar. Dalam library sendiri pun jadi tempat bermadu kasih; bak kata En. Sr. Mahayudin Mahmood - "dah makan ke belum...?", "hari ni makan berapa butir nasi..?".

Namun, bukan semua mahasiswa seperti yang digambarkan. Aku juga berpendapat, masih terdapat idea-idea bernas dan hasil yang membanggakan. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh pentadbiran universiti dalam memastikan matlamat utama penubuhan sesebuah universiti itu terlaksana. Aku juga berharap agar dapat melakukan perubahan terhadap diri sendiri dan dalam masa yang sama menyeru (melalui entri ini) kepada semua sarjana.

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat membantu kita dalam kehidupan dunia yang sementara ini dan memberi kebahagiaan dan kesejahteraan di akhirat. Jika sekadar hanya untuk memenuhi "perut yang kosong"(nafsu di dunia), apa lagi yang perlu aku jelaskan. "Tepuk dada, tanyalah hati".

Ayuh bangun mahasiswa!!!

Jadilah pemikir..!!!

Jadilah pencetus idea..!!!

Jadilah pencipta..!!!

Jadilah pengembang idea-idea..!!! 

Jadilah pencetus perubahan ke arah kebaikan sejagat..!!!


TAHNIAH kepada yang telah melakukan perubahan..!!!



Jangan hanya berlagak "AKU BUDAK UNIVERSITI"..!!!



(ur_whispers)
lalalalalalalalala
bukan marah, juga bukan kecewa...
bersedih tidak, apatah lagi perasan bagus...
cuma risau memikirkan keadaan manusia hari ini (termasuk diri sendiri)...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...