Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Tuesday, January 18, 2011

Haramkan Nuklear di Bumi Tercinta Ini...!!!

Sedang aku membelek-belek berita online, aku tertarik dengan tajuk berita yang berkaitan tentang tenaga nuklear. Kalau anda perhatikan, sejak 10 tahun yang lalu, pelbagai pihak telah berusaha untuk menawan hati rakyat untuk memperkenalkan tenaga alternatif iaitu TENAGA NUKLEAR. Oleh kerana, ianya benda baru dan mungkin asing bagi rakyat, maka cara yang terbaik adalah dengan mengaitkannya dengan isu semasa. Apabila berlakunya gangguan bekalan, maka kedengaran suara-suara yang melaungkan Nuklear sebagai gantian. Apabila berlaku bencana, maka tenaga nuklear dikatakan selamat dan murah. Percayalah, MEREKA sedang melobi rakyat, sedang memeterai persetujuan dengan rakyat. Sehingga pada satu saat nanti, setiap daripada kita akan berkata, "Zaman semakin maju, bekalan tenaga pun terhad, jadi kita tidak boleh elakkan dari menggunakan tenaga nuklear". Cuba lihat kesan yang telah terjadi kepada negara yang menggunakan tenaga nuklear ini sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Apakah kesan-kesannya....????!!! Adakah anda masih kurang jelas...???!!!

Malaysia wajar pertimbang tenaga nuklear – Presiden TNB

15/01/2011 7:59 pm

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Banjir yang melanda Australia sekarang ini menaikkan harga arang batu dan ini mewajarkan Malaysia menimbangkan secara serius tenaga nuklear bagi menjana elektrik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

"Disebabkan kekurangan gas dalam negara, kita mempelbagaikan penjanaan elektrik kita untuk termasuk arang batu.
"Kini dengan keadaan cuaca yang buruk di Australia dan Kalimantan, serta cuaca sejuk di hemisfera Utara, permintaan bagi arang batu tiba-tiba melonjak tetapi bekalannya terhad.

"Juga terdapat semakin banyak kilang yang menggunakan arang batu di tempat-tempat lain dan ini menjadikan kenaikan harga arang batu lebih 50 peratus dalam masa enam bulan lepas,” kata beliau semasa ditemui pada karnival sukan untuk kanak-kanak anjuran TNB di sini hari ini.

Arang batu menguasai 40 peratus sumber penjanaan tenaga TNB.
Tenaga membeli 17 peratus daripada keperluan arang batunya yang sebanyak 18 juta tan dalam tahun kewangan 2010 dari Australia, 71 peratus dari Indonesia dan 11 peratus dari Afrika Selatan, kata firma penyelidikan itu.
Arang batu menguasai 48 peratus kos bahan api Tenaga bagi tahun kewangan 2010. 

(Sumber: Bernama)


Nak tahu kesan nuklear...???!!!! 

Sila Klik ini...!!! 

dan juga INI...!!!

Kalau tak cukup lagi, baca yang INI pula...!!!






(ur_whispers)
kita buat stadium runtuh...
buat jambatan gantung runtuh...
buat jalan bertingkat retak sana sini...
buat bangunan rosak sana sini...
ni nak main nuklear pula...???
walaupun ada kebaikan yang dicanangkan...
aku tidak bersetuju bumi Malaysia ini dicemari dengan sisa radioaktif..!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...