Aku dah banyak kali nak posting isu ini, tapi selalu tak berkesempatan. Ok, isunya adalah "memandu sambil menggunakan telefon bimbit..!!!". Aku dah banyak kali terserempak dengan orang seperti ini. Perasaan bercampur-baur. Rasa GERAM ada, MENYAMPAH pun ada, rasa nak BALING dengan pad lock pun ada. Berdasarkan pemerhatian yang aku buat (sebab hari-hari naik motor, dan terserempak dengan masalah ini) aku dapati, mereka ini adalah dari kalangan orang yang SANGAT SIBUK dengan bermacam-macam urusan sehingga boleh menggadaikan nyawa pengguna jalan yang lain. Antara tempat-tempat panas yang sering aku hadapi manusia seperti ini adalah di persimpangan jalan, kawasan traffic light, dan jalan utama (majoriti).
Untuk itu, aku menyeru dan mengajak semua pengguna jalan raya sekalian.....
AMALKAN PEMANDUAN YANG BERHEMAH...!!!
BERHATI-HATILAH SEMASA BERADA DI JALAN RAYA...!!!
HARGAILAH NYAWA ORANG LAIN,
WALAUPUN ANDA TIDAK MENGHARGAI NYAWA SENDIRI...!!!
Sebelum dan semasa memulakan perjalanan menaiki kenderaan, terdapat beberapaa perkara yang perlu dicontohi. Tidak ada contoh dan tauladan yang paling mulia melaikan cara dan adab kehidupan yang telah ditunjukkan sebagai panduan kita oleh Nabi Muhammad SAW.!!!
ADAB PERJALANAN RINGKAS
1. Membaca doa naik kenderaan
2. Membaca 6 Surah + 1 Basmallah iaitu:
- Al-Fatiha
- Al-Maun
- An-Nasr
- Al-Ikhlas
- Al-Falaq
- An-Nas
- Basmallah
Setelah berikhtiar....
Kemudian bertawakkalah pada ALLAH SWT...
INSYALLAH, dipermudahkan perjalanan anda...
(ur_whispers)
beradab semasa berada di jalanan...
juga merupakan ibadat...
No comments:
Post a Comment