Bercakap tentang riba mungkin ramai yang akan berkata, "Alah, hidup zaman sekarang ni memang tak boleh nak elak riba ni. Semua urusan ada sangkut paut dengan riba. Nak tak nak, kita tetap kena terima jugak..!!!" Aku memandang masalah riba ini sebagai satu wabak atau penyakit yang amat parah kerana dalam setiap urusan jual beli kita hari ini terdedah dengan masalah riba. Dari pinjaman kenderaan, perumahan, modal memulakan perniagaan, pinjaman peribadi, mahupun pendidikan..!!! Lalu apakah kesan dan akibat yang parah untuk masa hadapan kesan daripada riba ini...???!!! Antara kesan-kesannya dibincangkan DI SINI, SINI dan SINI.
Sebagai renungan bersama:
Firman Allah Taala bermaksud:
"Barangsiapa yang kembali mengambil riba maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 275).
Dari Jabir R.A. berkata bermaksud:
"Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama."
(Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).
Semoga dengan KEAMPUNAN dan KERAHMATAN daripada ALLAH SWT dapat MENSUCIKAN segala harta dan jasad kita daripada RIBA yang terkutok..!!!
Mungkin wabak inilah yang menjadi punca dan penyebab DOA-DOA orang yang BERIMAN tak terjawab.
Sesungguhnya aku melihat pada hari ini, penyakit ini semakin parah dan membusuk...!!!
Kemana lagi kita nak mengelak dan lari...???
Hanya pada ALLAH SWT tempat aku BERHARAP dan TAKUT..!!!
(ur_whispers)
Ya ALLAH...
Lindungilah kami,
Kasihanilah kami,
Sungguh luas dosa-dosa kami,
Hanya ampunan-MU yang MAHA LUAS kami dambakan...
No comments:
Post a Comment