Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Saturday, February 19, 2011

Aku, Telinga, Tekak & Logam Maut Merdu...

Aku
Suatu ketika dahulu aku juga seperti orang lain, menjalani kehidupan sehari-harian. Kadang-kala kisahnya menarik, ada ketikanya kisahnya juga berubah menjadi kurang menarik. Setiap kisah itu bagi aku amat berharga, sebabnya tidak semua akan melalui cerita yang sama! Aku di hari ini adalah kerana aku telah melalui hari-hari yang lalu!

Telinga
Halwa telingaku kadang-kala merasa rimas dengan bunyi sekeliling. Jiwa yang ada ketikanya merasa berat dan keras seperti logam yang kukuh ingin memberontak. Ketika itu mungkin itulah yang dikatakan darah muda, jiwa membara. Lalu pendengaranku tertumpu kearah bunyi yang bagi pandangan sesetengah pihak sebagai pencemaran bunyi!

Tekak
Disebabkan minat terarah kepada "pencemaran bunyi" itu (pendapat sesetengah pihak yang tidak mengerti dan skema itu!) maka tekak aku juga selalu basah dan kering kerananya. Mungkin sebab itu juga bila melayan bunyi sentimental, hasilnya sumbang belaka. Orang cakap nada lari! 

Logam maut merdu
Aku dewasa dengan bunyi logam. Adakalanya logam berat, juga logam kelajuan. Namun, aku paling meminati logam maut merdu. Sebab itulah setiap kali gigs, bunyi pilihan band As-Sirat adalah logam maut merdu!

Antara Aku, Telinga, Tekak & Logam Maut Merdu
Walaupun demikian itu aku telah alami, aku juga seperti insan lain. Walau dalam "kegilaan/keterujaan itu" aku tetap solat seperti orang lain, membaca ayat-ayat dalam Al-Quran, cuba memperbaiki akhlak, dan mengeratkan silaturahim sesama manusia. Bukankah itu perkara basis dalam hidup sebagai seorang ISLAM yang mengaku diri ini suatu masa nanti akan dihisab! Muzik / bunyi itu hanyalah peneman aku di masa-masa tertentu!

****
unsur-unsur pemujaan syaitan, air kencing syaitan, persundalan tidak ada kena-mengena dengan aku..!!! 
aku peminat logam maut merdu yang bebas dari itu semua..!!!

(ur_whispers)
Aku bingitkan telinga dan basahkan tekak dengan logam maut merdu!
logam maut merdu = melodic death metal......
logam berat = heavy metal.....
logam kelajuan = speed metal....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...