Dalam kehidupan kita sehari-harian, adalah satu kekurangan dan kerugian sekiranya tidak membaca dan menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Adalah menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berfikir secara waras dan bertindak berdasarkan pemikiran yang logik akal. Namun, secara realitinya perkara ini jarang berlaku.
Untuk menjadi seorang manusia yang berstatus manusia, kita tidak boleh lari daripada membaca dan menyampaikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada kebanyakkan orang. Apabila kurangnya membaca dan menyampaikan maka status manusia tadi mungkin akan menjadi lebih rendah, sehinggakan ke tahap yang lebih teruk daripada binatang..! Oleh sebab itu, sering dipaparkan dalam koran-koran dan media elektronik tentang ketidakwarasan tindakan manusia disebabkan oleh kurangnya penghayatan dalam membaca dan menyampaikan.
Sehinggakan pada satu tahap, aku memikirkan apakah lagi kedahsyatan yang telah dilakukan oleh manusia dewasa ini yang tidak dapat mengelakkan kemurkaan dan bala bencana daripada Penguasa langit dan bumi, Pencipta sekalian manusia..? Adakah kita telah benar-benar maju..? Jikalau benar kita telah maju, adakah disebabkan dengan kemajuan kita itu telah menjadikan kita manusia yang benar-benar taat dan berserah diri pada Sang Pencipta..? Rasanya kita memiliki jawapan yang sama, tidak sekali-kali bukan..!
Berkenaan dengan membaca dan menyampaikan, aku menulis dan merekod atas maksud untuk berkongsi atas apa yang sering aku bacakan, fikirkan, renungkan, tasbihkan, dengarkan, melihatkan, perhatikan dan bincangkan. Setiap daripada kita adalah orang yang berilmu, dan sempadan ilmu itu adalah mengenal mana yang baik dan buruk. Sekiranya perkara asas ini kita tidak fahami, maka pada pendapat aku yang tidak seberapa ini kemungkinan terlucutlah status sebagai manusia. Kerana yang membezakan antara manusia dan binatang adalah ilmu..! Ini perkara basis..! Ilmu bukanlah UPSR, PMR, SPM, STPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master atau PhD secara dasarnya. Ilmu terhasil kesan daripada pembacaan, penghayatan, pengamalan dan penyampaian dengan hati yang ikhlas. Bila tidak dikaitkan dengan amalan agama, semua itu hanyalah sekadar cari makan..!
Dalam banyak-banyak karya yang kita sering berhadapan dan teliti, bukan semuanya perlu dibaca dan disampaikan. Ada antaranya adalah sebagai maklumat semata-mata, tanpa amalan ianya tidak lebih daripada itu. Ilmu yang paling bermanfaat bagi aku adalah pengetahuan yang akan dapat membantu setiap daripada kita menjawab segala persoalan di dalam kubur dan dapat menyelamatkan diri daripada neraka dan masuk ke dalam Syurga (Insyallah, semoga kita tergolong dalam kelompok itu. Amin.). Sebab itu, apabila disarankan untuk mencari pasangan hidup, carilah si dia yang mempunyai pengetahuan agama (berserta amalannya sekali). Nescaya itu lebih berharga daripada dunia dan segala isinya kerana harganya adalah keselamatan di dunia dan akhirat.
Membaca dan menyampaikan adalah perkara yang aku dan kamu kena lakukan. Membaca dengan hati yang terbuka dan tenang akan kandungan ayat-ayat suci Al-Quran ul-Karim itu sangat penting dan fahamilah maksudnya dengan sebaik-baiknya. Sampaikan akan setiap perkara yang telah anda pelajari daripadanya dengan sedaya mungkin. Sebab Allah SWT melalui Nabi-nabi, Sahabat-sahabat, dan ulama-ulama seringkali mengingatkan: "Bukan kamu yang memberi rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu"; "Sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah syurga, sekiranya kamu mengetahui"; "Dunia hanyalah ujian untuk menguji keimanan" dan banyak lagi ayat sekiranya kita mendalaminya.
Amalkan setiap pembacaan dan penyampaian akan isi kandungan Al-Quran ul-Karim. Kerana ianya sangat bermanfaat, tidak kira di mana dan di zaman yang serba canggih sekali pun kita berada. Kembalilah pada Kalam Allah SWT dan As-Sunnah, pasti aku dan kamu tidak akan tersesat..!!! Aku bukanlah ustaz, aku juga sama seperti kamu. Aku hanya sekadar membaca dan menyampaikan dalam bentuk nukilan peribadi.
Jumaat,
Rabi Al-Awwal 22, 1432
Februari 25, 2011
(ur_whispers)
sambil melayan:
alunan irama lagu anggunmu,
the four season
attractive enigma
Hadith Pilihan Hari ini
Kata Kunci..!!!
academic
(28)
aku bukan ustaz...
(30)
alam perkahwinan
(8)
as-sirat
(4)
Bola bulat
(5)
buka minda
(74)
intro
(2)
kata-kata
(17)
kisah aku
(11)
masa depan
(44)
muzik
(10)
Professional
(6)
random
(89)
spiritual dimensions
(17)
Friday, February 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment