Hadith Pilihan Hari ini


Random Hadith Widget

Saturday, October 15, 2011

Sebuah Ulasan Bola Sepak Malaysia - Piala Malaysia 2011

Jika kita memandang kehadapan dengan penuh perihatin dan berwawasan, sudah tentu tidak mustahil untuk melihat bola sepak Malaysia setaraf dengan negara luar. Cuba bayangkan terpampang di koran-koran yang mendedahkan kehebatan, gosip-gosip perpindahan pemain, percaturan pengurus dan jurulatih, perdebatan serta spekulasi antara pasukan yang bertanding, penonton yang tidak jemu datang memberi sokongan moral di stadium, sana-sini orang bercerita tentang bola sepak tempatan dan tidak lagi memandang ke sebelah sana.

Namun, semua ini masih belum jelas pada pandangan aku sebagai peminat bola sepak tempatan. Adakah kita hanya mampu tergelak melihat aksi "Ramli" yang beraksi bersama pasukan Manchester United dalam iklan TM...? Pasti ramai yang tergelak akan iklan ini kerana mungkin disebabkan oleh kenyataan bahawa kita hanya mampu bermimpi. Apa yang menjadi kesalan dan kehampaan yang sering kali jatuh tergolek adalah disebabkan oleh penghargaan kita terhadap bola sepak tempatan. Faktor ini telah mendorong kepada beberapa masalah berikut yang sering menghantui peminat bola sepak tempatan (pada pengamatan aku). Antaranya adalah:

1. Kesukaran untuk mendapatkan informasi terkini pasukan tempatan yang diminati sama ada melalui akhbar perdana (hanya segelintir pasukan yang mendapat liputan), laman web (tidak dimuatkan dengan informasi terkini - termasuk web FAM sendiri).

2. Peraturan yang sering berubah-ubah menyebabkan peminat menjadi bosan!

3. Pentadbiran FAM yang tidak melalui transformasi, sedangkan mereka menginginkan transformasi dalam bola sepak negara.

4. Tahap keselamatan yang rendah di dalam stadium khususnya dikalangan penonton.

Justeru itu, adalah wajar untuk kita melihat segala kelemahan dan kepincangan ini dari sudut yang positif dan berusaha untuk membangunkan kembali bola sepak negara. Kemungkinan cadangan yang aku berikan ini mampu untuk merubah keadaan. Antaranya:

1. Memberikan keyakinan kepada peminat bola sepak tempatan melalui liputan yang meluas didalam akhbar perdana tempatan.

2. Menyiarkan 2 atau 3 perlawanan bola sepak tempatan secara siaran langsung untuk menarik minat penonton ke stadium. Peminat bola sepak tidak akan teragak-agak untuk meluangkan masa ke stadium sekiranya mutu pemain terbukti. Sebagai pembuktiannya, peminat perlu mengetahui aksi dan kualiti yang ada pada sesebuah pasukan. Dengan menyaksikan perlawanan secara langsung di tv, mereka dapat menilai dan sedikit sebanyak mempengaruhi peminat untuk hadir ke stadium.

3. Menetapkan peraturan yang jelas dan berwawasan dalam memartabatkan bola sepak tempatan.

4. Melantik mereka yang layak untuk mentadbir sesebuah pasukan dan badan induk bola sepak negara.

Akhir sekali, adalah menjadi harapan agar apa yang aku nyatakan diperenggan pertama artikel ini menjadi kenyataan dan kita tidak lagi tergelak melihat iklan dan aksi anak tempatan dipentas antarabangsa. Dan pada masa itu, kita mampu merasa bangga dan mendapat pujian atas kebangkitan bola sepak tempatan setanding dengan yang ada sekarang.

*Artikel ini ditulis sebagai respon kepada aksi suku akhir Piala Malaysia 2011 yang berlangsung ketika ini. Tahniah dan syabas buat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir.

Selamat maju jaya buat bola sepak negara...!!!


persatuan_bolasepak-fam


(ur_whispers)
siapa kata kita tidak boleh....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...